Saturday, November 14, 2015

Resepi roti john mudah dan sedap.

Alkisahnya semalam dlm perjalanan nak bali rmh dr dungun p mkn kfc dulu. Kira makan tengahari lah. Pastu ptg tu masih kenyang lg so malam tu cadangnya malas nak makan dah. Tup2 lps maghrib tetiba rasa lapar. Magic betoi perut aku nih asal malam je lapar. Asal lapar je malam hahaha. Dan tetiba jg rasa mcm nk makan roti john. Mana pulak nak carik memalam buta nih. Apalagi kita tanya pakcik google hahah. Ok bahan2 semua dah ada tp kita improvise skit ikut apabyg ada dlm peti ok.

Roti john ni nama nya roti john asal jadi hahaha sebab aku guna roti burger hahaha. Bijak x mokcik kahkahkh . Ala sama je sedapnye cuma bulat tak pjg mcm roti john yg konvensional tu hahhahaha. Ok roti john versi aku ni mmg simple dan mudah. 

Sebenanrnya apa2 resepi pon kita x semestinya follow resepi asal 100%. Aku suka ubah ikut apa bahan yg kita ada. Janji sedap hahah.

Ok kita tgk kejadiannya.




Bahan2 :-
-------------
2 biji Roti burger (kalu ada roti pjg lg ok)
2 biji telur
Bawang holland (dadu)
Daging @ ayam (cincang)
Kobis (racik halus)
Carrot (sagat halus)
1 sudu bsr rempah bunga ros (rempah kari lg sedap)
Garam gula secukup rasa
Serbuk lada putih
Mayonis dan sos cili

Cara2 :-
------------
Tumis bawang holland sampai layu. Masukkan rempah. Rempah ni ikut le korang nk guna rempah apa. Kebetulan rempah cap bunga ros je ada. Kalau guna rempah kari lg sedap. Kacau sampai rempah masak. Masukkan daging/ayam. Gaul sampai masak. Masukkan carrot dan sedikit kobis. Perasakan garam gula dan serbuk lada putih. Dah masak ketepikan dlu.

Roti burger tu potong 2. Pecahkan sebijik telur dlm mangkuk dan kacau. Panaskan sedikit minyak atas kuali lain. Tuang telur tu. Kmudian letakkan sambal daging tadi tu ikut  suka nk letak banyak mana. Kemudian letakkan roti burger tu atas daging dan telur tu. Tunggu sampai masak. Kemudian angkat. Buh lebihan kobis td atas roti john yg dh masak. Letak mayonis dan sos cili kemudian blh ngap . 

** kuantiti bahan tu pandai2 korang la ye nak tambah. Aku buat tu utk 2 org makan. Next time nk try buat roti john cheese plak hehehe.

Tuesday, November 10, 2015

Resepi yg mudah dan sedap utk sarapan : Baked bread pudding

Sebenarnya  resepi ni aku terbaca kat fb tp aku ubah ikut apa yg ada dan tambahkan skit ikut cara aku. Makan utk sarapan sedap ni.




Bahan2 :-
------------
2 kpg roti (sy guna lebihan roti je)
Setengah cwn full cream milk
2 biji telur
2 btg sosej (hiris)
Setengah ketul bwg holland (dadu)
Capsicum (potong dadu)
Carrot (sagat)
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Mixed herbs (optional)
Setengah sudu kecil baking powder (optional)

Cara2 :-
-------------
Panaskan oven oven terlebih dahulu.

Roti dipotong dadu. Satukan semua bahan2 dan roti tadi dlm bekas. Gaul sampai semua sebati. Griskan loyang atau bekas. Tuangkan semua.

Bakar dgn suhu 180°C api atas bawah selama 20 minit atau mengikut keperluan oven anda. Mungkin x sampai 20 min ataupon mgkin lbh skit. Tgk la nmpk dah naik dan warna dah bertukar tu kira masaklah tu 😁

Dah siap. Makan dgn sos cili ke mayonis ke cheese sos ke. Semua sedap insyaallah.

*resepi di atas utk 2 org makan