Friday, October 30, 2015

Resepi nasi minyak gulai daging Terengganu style

Dh brp lama aku nk buat nasi minyak gulai daging ni. Pernah buat tp bab gulai daging tu x brp ingat hahaha. Ok tepon mak mintak resepi hehehe.

Daging tu yg korban aritu ni baru nk guna. Duk berdua je nk masak beriya sgt po  jarang la. Biasa  masak simple je. Tp sempena hari Jumaat ni pagi2 buta aku dh masuk dapur. Pukul 7 am aku dh start dah. Sebabnya PB ada kelas pkul 9. Pukul 8 lebih dia dh gerak dah so masak awal skit supaya perut x menyanyi masa tgh belajar hahaha.

Ok lets masak uolls!


Bahan2 utk nasi :
----------------------
- 3 pot beras (basuh dan toskan)
- 4 pot air (guna pot beras utk sukat air)
- 3 hiris halia
- 2 ulas bwg merah (dihiris halus)
- 2 bsr sudu mentega
- 1 sudu bsr sos tomato
- daun pandan
- rempah 4 beradik (buah pelaga, bunga lawang, kayu manis, cengkih- kuantiti agak2 la ye)
- garam secukup rasa

Bahan2 utk gulai daging
--------------------------------
- daging (potong dan bersihkan)
- 2 sudu bsr bwg mesin
- 1 sudu bsr cili boh
- 2 sudu bsr rempah gulai cap bunga ros (blh jg guna rempah kari)
- rempah 4 beradik
- daun pandan (optional)
- santan
- minyak utk menumis
- garam dan gula secukup rasa
- ubi kentang

Cara2 :-
-----------
Utk nasi, panas kan mentega dan tumis rempah 4 beradik, bawang dan halia yg dihiris sampai naik bau. Masukkan air, sos tomato, garam dan daun pandan. Tunggu air mendidih dan masukkan beras. Kemudian saya pindahkan ke sarang rice cooker dan tekan suis.

Utk gulai, panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan. Bwg blender td campurkan dgn rempah dan gaul sebati dan tumis sekali dgn rempah 4 sekawan. Tumis sampai rempah masak/pecah minyak skit. Masukkan daun pandan kalau suka. Nanti akn lebih wangi. Masukkan daging dan ubi kentang. Perlahankan api. Biar mereneh dgn api perlahan sehingga daging hampir masak dan kentang empuk. Org trg panggil mati air. Kemudian  masukkan santan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sampai mendidih dan masak dan rasa dulu kemudian siap.

Utk acar kobis ; kobis, carrot, cili merah dan bawang merah dihiris halus2. Dlm bekas lain 3 sudu cuka + 3 sudu air +garam skit + gula. Kacau sampai larut dangaul dgn kobis, carrot, bawang dan cili td.
Resepi ni utk makan 3-4 org. Kalau nk banyak lebihkan bahan2 ye.

Tuesday, October 20, 2015

Resepi : Nasi wangi dengan sambal bilis

Assalamualaikum. Sarapan hari ini ; nasi wangi dgn sambal bilis dan telur. Resepi belasah sendiri.


Nasi wangi ni sebenarnya evolusi dr nasi minyak yg mak saya buat tp makan dgn lauk ikan atau bilis. Dulu2 masa zmn sekolah pagi2 bangun tido dahbterbau wangi satu rumah. Tu yg saya panggil nasi wangi. Bahan2 nya simple je.

Resepi ni utk 2-3 org mkn je. Tambah lg kuantiti kalau nk buat byk.

Bahan2 utk nasi wangi :
--------------------------------------
2 pot beras (pot plastik yg kecik tu)
Bawang merah (mayang/hiris nipis2)
Setengah inci halia
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Cengkih
Garam secukup rasa
Daun pandan
Mentega/majerin

* rempah 4 beradik tu agak2 le ye sesuai dgn kuantiti nasi.
Cara2 :
--------------
Basuh  beras bersih2, toskan. Dlm periuk, panas kan sudu bsr mentega. Tumis bawang merah (dihiris), kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. Saya tumis dlm rice cooker tapi atas dapur dulu kemudian lps masuk beras baru buh dlm sarang dia. Tumis sampai naik bau. Jgn lupa daun pandan. Kemudian masukkan beras yg ditos kan td dan masukkan air secukupnya. Buh garam skit. Kemudian buh dlm sarang rixe cooker tu dan jgn lupa tekan suis kang x masak hahahaha.

Bahan2 utk sambal bilis :
----------------------------------------
- 4 biji bwg merah (ditumbuk). Ataupun boleh guna bawang blender 3-4 sudu.
- 2 sudu bsr cili boh
- 1 keping asam gelugor
- gula secukup rasa
- secubit garam

Panaskan minyak. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili boh, tumis sampai cili masak dan pecah minyak. Masukkan gula secukupnya. Pastu masukkan ikan bilis, sekeping asam gelugor. Kacau jap kemudian masukkan air utk buat bilis ni berkuah. Air sukahati nak byk mana. Nak kuah lebih letak banyak skit. Kacau dan rasa kalu terkurang gula or garam sila tambah. Tunggu sampai mendidih.

Yg saya buat ni saya buh telur sbb suami kurang suka ikan bilis. Telur tu goreng kemudian buh je dlm tu. Ok dh boleh makan.

Monday, October 19, 2015

Resepi roti poket doraemon 😁

Assalamualaikum  dan sklt petang. Blog ni dh jd blog masak2  dah hahaha. Okla tu kurang2 dpt jg share resepi.

Kali ni nk share resepi roti poket doraemon 😁 ang ang ang. Hehehhe ok resepi ni sebenarnya dapat dr groul di FB tp aku olah ikut bahan apa yg ada dlm peti.

Boleh la buat utk minum ptg2.



Bahan2 utk roti poket :
------------------------------------

Roti keping
Serbuk roti (breadcrumbs)
Telur

Bahan2 utk masuk dlm poket :

Isi ayam (cincang/hiris)
Bawang holland (dadu)
Carrot (sagat)
Tomato (buang biji dan potong dadu)
Daun ketumbar &daun sup (cincang)
Serbuk lada hitam
Serbuk lada  sulah
Serbuk paprika
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ambik 2 keping roti dan ambik cawan. Tekap 2 keping roti tu sampai putus. Buat la bbrp keping. Kemudian lenyekkan roti tu guna penggelek ke apa ke asal dia jadi nipis. Kemudian celup dlm telur  dan salutkan dgn breadcrumbs. Goreng seketika smpai breadcrumbs kekuningan. Ketepikan.

Untuk inti; panaskan skit minyak dan tumis bawang. Masukkan ayam dan kacau sampai masak. Masukkan garam gula, serbuk lada hitam, lada sulah, paprika. Masukkan daun ketumbar+daun sup, tomato dan carrot. Kacau sekejap dan matikan api. Kalau inti ada air make sure toskan dlu buang air ye.

Roti poket tu toreh skit nak buat bukaan. Nk potong tengah2 pon boleh nanti jd semi-bulatan. Tapi jd saiz kecik skit la. Sapukan mayonis atau sos cili kat bhg dlm roti tu. Sumbatkan inti. Picitkan sos cili/mayonis atau cheese sauce. Saya guna cheese sauce dgn sos cili je. 

Inti tu blh letak apa2 saje bhn yg ada  kat rmh anda. Menu di atas yg saya buat tadi sbgai panduan je. Kebetulan itu je ada dlm peti hahaha.

Ok selamat mencuba.

Resepi cucur kembung

Assalamualaikum. Lamanya x update blog. Nafsu berblog dah x macam dlu. Huhuhu idea tu ada tapi masa dan malas nak buka blog hahaha. Sbb skrg kan lebih guna fb dan ig. Ok la aku nk share resepi mudah dan sedap. Resepi asal dari ig Cik Mat Gebu. Resepi aku ni aku buat separuh dari adunan yg cikmat bagi.


Bahan-bahan :
-------------------------
1 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 mug air

Cara-cara :
------------------
Satukan kesemua bahan kecuali telur dan air. Gaul-gaulkan. Masukkan telur. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul guna whisk. Air tu saya tak masukkan semua tp tgk adunan tu jgn terlalu cair dan jgn pekat mcm nk buat cekodok biasa. Whisk sampai adunan x berketul/berbintil. Rehatkan adunan selama 5 minit.

Sudukan ke dalam kuali yg telah di panaskan minyak. Api sederhana je. Jgn goreng byk sgt. Sy masukkan 5-6 biji je sekali goreng sbb nanti penuh kuali bila kembung. Balik balikkan dan angkat bila dh kekuningan.

Adunan ni dapat lah utk 2-3 org makan. Kalau nk buat banyak sila double bahan2. Tapu kalau ikut resepi asal cikmat, 1 biji telur tu utk 2 cwn gandum  tapi aku buh je sebiji walaupun pakai 1 cwn gandum.