Thursday, September 3, 2015

Small reunion Diploma Perikanan 1998-2000

Ni cite lama dah. Saje belek2 gambar terjumpa gambar ni. Alang dhblama x update aku update le heheh btw tq Nuffnang wpon dh bbrp bulan x update tp td aku cek ada 10 adverts yg sedang ongoing.

Ok ni sebenarnya masa kenduri adim bongsu Kak Tie. So mana2 yg ada tu kitorang plan jumpa kat majlis tu.



Dari kiri : Ida Kassim (with her new baby, anak no 4 ok), aku le tu si manis bertudung pink 😁, aini cina ( dia mmg cina korang jgn salah paham lak, kak tie.

Lama sgt x jumpa. Selepas grad Dip Ikan, kebanyakannya sambung degree tp ramai yg bertukar course. So ada bbrp org je yg ex dip ikan masih stay dlm degree perikanan.

Ok babai.

Wednesday, September 2, 2015

Resepi mi goreng basah

Resepi Mi goreng udang basah. Menu ni adalah menu berbuka sewaktu Ramadhan aritu hehehe.



Bahan2 yg saya gunakan adalah apa yg ada dlm peti ais hahahah.

Bahan2 :-
----------------

3 sudu bawang blend
3 sudu cili boh
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu kicap manis
Udang sebanyam mana yg anda suka (bersihkan)
Fishball (potong 2)
Carrot
1 biji telur gred A
Mi kuning separuh bungkus (rendam air seketika)
Garam & gula secukup rasa
Minyak
Air secukup nya * boleh tambah sayur lain ikut suka. Buat masa ni hanya ada carrot shj dlm peti ais hahahha. Kesiannnn 😂

Cara2 :-
-------------
Panaskan minyak dan tumis bawang mesin sampai naik bau. Masukkan cili boh, tumis smpai masak atau keluar minyak.

Masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram. Masukkan air secukupnya. Agak2 nanti letak mi, mi tenggelam (lbh krg 2 mug air). Tunggu mendidih, masukkan udang, fishball dan carrot.

Masukkan garam & gula kalau perlu. Biasanya kalau dh masuk sos-sos tu sy x masuk dah garam dan gula. Kalau x pose blh rasa. Kalu puasa pandai2 lah. Yg penting mesti yakin sedap 😅 hahahah.

Masukkan mi. Kacau dan tunggu sampai kuah berkurang tp jgn smpai kering. Kita nak mi basah. Pecahkan telur dan gaul cpt2 dan terus tutup api. Telur tu akan masak masa gaul tu. Api terus tutup kalau tak nanti hilang kuah.

Ok dh siap. Versi saya senang je. Janji sedap. Makan dgn cili potong dan keropok gerenti tambah 2x 😁.

Tuesday, September 1, 2015

Daripada Nya kita datang, kepada Nya kita kembali

Alfatihah buat ayah mertua saya Haji Mat bin Embong yg telah kembali kepada pencipata Nya pada 29 Ogos 2015 pada jam 6.15 pagi pada umur 80 tahun.

Kronologinya, arwah terjatuh semasa keluar dari bilik air dan lututnya bengkak sehingga perlu dipapah untuk bangun berjalan ke bilik air. Beberapa hari kemudian semasa tertidur di atas kerusi, arwah terjatuh lagi akibat tempat letak lengan kerusi patah. Dan selepas itu kesihatan makin merosot. PB dan adik beradiknya kemudian  berbincang utk buat bilik air baru yg hanya 2-3 langkah dr bilik arwah. Kebetulan hari tu aku dan PB balik kampung, dan nampak arwah Bat x sihat sgt so PB bawak ke Hospital Dungun. Asalnya nak cek lutut dia je. Kemudian masuk icu. Tak lama pB bgtau kena transfer ke HSNZ Kuala Terengganu. So aku bersiap-siap tunggu PB balim dr hospital. Ambulans akn hantar Bat ke Hsnz. So anak sedara aku yg jaga Bat selama dia cuti sem ni ikut sekali.

Sampai di Hsnz dlm pukul 8.45 pm. Masa tu arwah Bat dlm kecemasan bgh kritikal. Keadaan dia agak teruk memandangkan dia lelah/asthma dan paru2 dia agak lemah. Pukul 1.00 am baru dipanggil utk di pindahkan ke ward. Lama giler weh menunggu. Mlm tu anak sedara pb Hanif yg tunggu atok Bat. Selepas tu kami adik beradik selang bergilir-gilir temankan Bat di hosp. Kemydian bat dapat pindah ke ward 8A. Jauh lebih selesa drpd ward skrg. Masa dlm 8A 3 kali Bat pi dah kedudukan katil kerana keadaan agak kritikal. Bat mengalami jangkitan kuman dlm paru-paru dan buah pinggang jg sudah terkena jangkitan. Jangkitan kuman yg sedia ada canpur dgn jangkitan kuman dr hospital memburukkan lagi keadaan bat. Lutut bat dah ok setelah doc sedut air yg ada pada lutut. 

Setelah bbrp hari, arwah Bat kemudiannya tak sedarkan diri. Doc kata bukan koma tapi separa sedar. Walaupun mata dia pejam dan tak sedar tp kaki dan tangan dia bergerak kdg2 sgt kuat. Dan dlm masa yg sama kami adik beradik ada menjemput ustaz Hj Hassan dr Darusyiffa utk tolong tengokkan2 arwah. 

Hari ke  11 arwah Bat di ward, beliau telah menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ptg  sebelum tu aku hantar PB ke hospital. Kemudian aku stay skali tunggu. Tp pB surub balik sbb mak mertua dgn kakak ipar aku ada dirumah. So aku balik lah. Pagi esoj pjul 5.26 am PB call, doc kata nadi dah tak stabil. Aku terus kejutkan kak ipar dan mak mertua suruh siap-siap nak p hosp. Sampai je kat pintu depan hosp, pB call katanya arwah dah xde. 

Urusan untuk keluarkan arwah dr hospital sekejap je dan Alhamdulillah  dipermudah Allah swt. Arwah Bat di pusarakan di Tanah Perkuburan Yahya di Dungun.

Sekarang ni aku dan Pb masih berkampung di Dungun. Urusan tahlil dan selesai selama 3 hari berturut-turut. Sekarang temankan mak mertua. Kesian plak dia duk sorang2. Mujur ada Kakak ipar sebelah rumah. Lps ni xtau la cmne. Sabtu ni aku akn balik sbb pB nt dh start kelas utk sem baru.  X sampai hati plak nak tinggalkan mak mertua. Cadangnya kakak ipar yg seremban 2 ajak duk rumah dia tp mak mertua  mcm xnak je. Hmmm xtau la cmne.