Monday, October 19, 2015

Resepi roti poket doraemon 😁

Assalamualaikum  dan sklt petang. Blog ni dh jd blog masak2  dah hahaha. Okla tu kurang2 dpt jg share resepi.

Kali ni nk share resepi roti poket doraemon 😁 ang ang ang. Hehehhe ok resepi ni sebenarnya dapat dr groul di FB tp aku olah ikut bahan apa yg ada dlm peti.

Boleh la buat utk minum ptg2.



Bahan2 utk roti poket :
------------------------------------

Roti keping
Serbuk roti (breadcrumbs)
Telur

Bahan2 utk masuk dlm poket :

Isi ayam (cincang/hiris)
Bawang holland (dadu)
Carrot (sagat)
Tomato (buang biji dan potong dadu)
Daun ketumbar &daun sup (cincang)
Serbuk lada hitam
Serbuk lada  sulah
Serbuk paprika
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ambik 2 keping roti dan ambik cawan. Tekap 2 keping roti tu sampai putus. Buat la bbrp keping. Kemudian lenyekkan roti tu guna penggelek ke apa ke asal dia jadi nipis. Kemudian celup dlm telur  dan salutkan dgn breadcrumbs. Goreng seketika smpai breadcrumbs kekuningan. Ketepikan.

Untuk inti; panaskan skit minyak dan tumis bawang. Masukkan ayam dan kacau sampai masak. Masukkan garam gula, serbuk lada hitam, lada sulah, paprika. Masukkan daun ketumbar+daun sup, tomato dan carrot. Kacau sekejap dan matikan api. Kalau inti ada air make sure toskan dlu buang air ye.

Roti poket tu toreh skit nak buat bukaan. Nk potong tengah2 pon boleh nanti jd semi-bulatan. Tapi jd saiz kecik skit la. Sapukan mayonis atau sos cili kat bhg dlm roti tu. Sumbatkan inti. Picitkan sos cili/mayonis atau cheese sauce. Saya guna cheese sauce dgn sos cili je. 

Inti tu blh letak apa2 saje bhn yg ada  kat rmh anda. Menu di atas yg saya buat tadi sbgai panduan je. Kebetulan itu je ada dlm peti hahaha.

Ok selamat mencuba.

10 comments:

  1. macam best jer.. ni kalu akk buat akk yg mkn byk.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy buat dpt 6 biji. Sy mkn 2 je. Suami mkn 4 haha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. boleh cuba ni, sgt menarik, thanks berkongsi resepi

    ReplyDelete
  3. Sedapnye.. Nk try la.. Bahnnye pun xsush.. Esok nk buat utk minum petg.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. Sedapnye.. Nk try la.. Bahnnye pun xsush.. Esok nk buat utk minum petg.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete