Tuesday, October 20, 2015

Resepi : Nasi wangi dengan sambal bilis

Assalamualaikum. Sarapan hari ini ; nasi wangi dgn sambal bilis dan telur. Resepi belasah sendiri.


Nasi wangi ni sebenarnya evolusi dr nasi minyak yg mak saya buat tp makan dgn lauk ikan atau bilis. Dulu2 masa zmn sekolah pagi2 bangun tido dahbterbau wangi satu rumah. Tu yg saya panggil nasi wangi. Bahan2 nya simple je.

Resepi ni utk 2-3 org mkn je. Tambah lg kuantiti kalau nk buat byk.

Bahan2 utk nasi wangi :
--------------------------------------
2 pot beras (pot plastik yg kecik tu)
Bawang merah (mayang/hiris nipis2)
Setengah inci halia
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Cengkih
Garam secukup rasa
Daun pandan
Mentega/majerin

* rempah 4 beradik tu agak2 le ye sesuai dgn kuantiti nasi.
Cara2 :
--------------
Basuh  beras bersih2, toskan. Dlm periuk, panas kan sudu bsr mentega. Tumis bawang merah (dihiris), kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. Saya tumis dlm rice cooker tapi atas dapur dulu kemudian lps masuk beras baru buh dlm sarang dia. Tumis sampai naik bau. Jgn lupa daun pandan. Kemudian masukkan beras yg ditos kan td dan masukkan air secukupnya. Buh garam skit. Kemudian buh dlm sarang rixe cooker tu dan jgn lupa tekan suis kang x masak hahahaha.

Bahan2 utk sambal bilis :
----------------------------------------
- 4 biji bwg merah (ditumbuk). Ataupun boleh guna bawang blender 3-4 sudu.
- 2 sudu bsr cili boh
- 1 keping asam gelugor
- gula secukup rasa
- secubit garam

Panaskan minyak. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili boh, tumis sampai cili masak dan pecah minyak. Masukkan gula secukupnya. Pastu masukkan ikan bilis, sekeping asam gelugor. Kacau jap kemudian masukkan air utk buat bilis ni berkuah. Air sukahati nak byk mana. Nak kuah lebih letak banyak skit. Kacau dan rasa kalu terkurang gula or garam sila tambah. Tunggu sampai mendidih.

Yg saya buat ni saya buh telur sbb suami kurang suka ikan bilis. Telur tu goreng kemudian buh je dlm tu. Ok dh boleh makan.

12 comments:

  1. sampai ke sini wanginya tauuuuu... boleh dicuba ni.. tapi kena masak ayam masak merah.. baru laku sbb kat rumah ni takde peminat sambal bilis.. karang makan sambil menangis susah akak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe lauk tu boleh tukar lauk apa. Biasa mak sy buat ikan. Sy ni plak kebetulan sambal bilis buat byk ms buat cekodok kembung tu hehee. Kalu ayam lg sedap kak

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. best jugak try nasi wangi ni kan...hehehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete