Monday, October 19, 2015

Resepi cucur kembung

Assalamualaikum. Lamanya x update blog. Nafsu berblog dah x macam dlu. Huhuhu idea tu ada tapi masa dan malas nak buka blog hahaha. Sbb skrg kan lebih guna fb dan ig. Ok la aku nk share resepi mudah dan sedap. Resepi asal dari ig Cik Mat Gebu. Resepi aku ni aku buat separuh dari adunan yg cikmat bagi.


Bahan-bahan :
-------------------------
1 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 mug air

Cara-cara :
------------------
Satukan kesemua bahan kecuali telur dan air. Gaul-gaulkan. Masukkan telur. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul guna whisk. Air tu saya tak masukkan semua tp tgk adunan tu jgn terlalu cair dan jgn pekat mcm nk buat cekodok biasa. Whisk sampai adunan x berketul/berbintil. Rehatkan adunan selama 5 minit.

Sudukan ke dalam kuali yg telah di panaskan minyak. Api sederhana je. Jgn goreng byk sgt. Sy masukkan 5-6 biji je sekali goreng sbb nanti penuh kuali bila kembung. Balik balikkan dan angkat bila dh kekuningan.

Adunan ni dapat lah utk 2-3 org makan. Kalau nk buat banyak sila double bahan2. Tapu kalau ikut resepi asal cikmat, 1 biji telur tu utk 2 cwn gandum  tapi aku buh je sebiji walaupun pakai 1 cwn gandum.

7 comments:

  1. suka cucur kembung ni sbb dalam dia cam ada angin kan.. hihi

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete