Wednesday, September 2, 2015

Resepi mi goreng basah

Resepi Mi goreng udang basah. Menu ni adalah menu berbuka sewaktu Ramadhan aritu hehehe.



Bahan2 yg saya gunakan adalah apa yg ada dlm peti ais hahahah.

Bahan2 :-
----------------

3 sudu bawang blend
3 sudu cili boh
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu kicap manis
Udang sebanyam mana yg anda suka (bersihkan)
Fishball (potong 2)
Carrot
1 biji telur gred A
Mi kuning separuh bungkus (rendam air seketika)
Garam & gula secukup rasa
Minyak
Air secukup nya * boleh tambah sayur lain ikut suka. Buat masa ni hanya ada carrot shj dlm peti ais hahahha. Kesiannnn 😂

Cara2 :-
-------------
Panaskan minyak dan tumis bawang mesin sampai naik bau. Masukkan cili boh, tumis smpai masak atau keluar minyak.

Masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram. Masukkan air secukupnya. Agak2 nanti letak mi, mi tenggelam (lbh krg 2 mug air). Tunggu mendidih, masukkan udang, fishball dan carrot.

Masukkan garam & gula kalau perlu. Biasanya kalau dh masuk sos-sos tu sy x masuk dah garam dan gula. Kalau x pose blh rasa. Kalu puasa pandai2 lah. Yg penting mesti yakin sedap 😅 hahahah.

Masukkan mi. Kacau dan tunggu sampai kuah berkurang tp jgn smpai kering. Kita nak mi basah. Pecahkan telur dan gaul cpt2 dan terus tutup api. Telur tu akan masak masa gaul tu. Api terus tutup kalau tak nanti hilang kuah.

Ok dh siap. Versi saya senang je. Janji sedap. Makan dgn cili potong dan keropok gerenti tambah 2x 😁.

13 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. salam. saya buat tak pernah nak jadi basah2 gini la. fail sokmo. sedih. huhuhu. kadang2 macam kena serap dengan mi pun ye juga. hahaha. ada tips tak nak jadikan basah2 gini. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis masa nk agak kuah utk mi tu letakkan air banyak biar smpai mi tu tenggelam. Kemudian tggu smpai mi lembut dan agak nmpk masih ada kuah terus pecahkan telur . Kmudian terus tutup.

      Delete
    2. Lupa nk ckp . Lps pecahkan telur tu tutup terus api dan gaul terus sms msih panas. Ataupon kalau xnak telur xpe bila mi dh nmpk lembut dan masih ada kuah terus tutup api. Kalu dlm ms menunggu mi lembut tu kuah dia kering sis tambah air lg. Tp xyah la tmbh garam gula sbb nt kuah tu akn pekat semula

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Salam sis. Cuba lebihkan kuah dia nt bila mi dh agak lembut terus pecahkan telur dan tutup api. Gaul cpt2 jgn lama sgt . Ataupon kalu x suka letak telur lg senang. Bila mi dh lembut dan nmpk masih berkuah tu dh boleh tutup

      Delete