Tuesday, April 22, 2014

Resepi aiskrim jeruk mangga


Oh my nak tulis tajuk pon dah rasa terliur hahaha..

Ok aritu ayah ada kaitkan buah mangga. aku yg request sebenanrnya hehehe pantang betul aku tgk buah mangga bergayut. Geram hihihi. Ok niat aku sebenarnya nak buat jeruk mangga. Pastu sebijik dua utk wat cicah kicap gula hehehe. 


Cara-cara :-


Potong atau hiris mangga ikut suka hati. Kalu yg masih belum bersabut lagi senang dan opkos lagi best bila mkn nanti. Nak kupas kulit atau tak itu terpulang. Aku lebih suka ada kulit. Lebih rangup.

Dah siap bilas bersih kemudian rendam dgn air dan tabur garam kasar. Buh garam sampai air tu jd masin ok. Kemudian tutup la besen. Rendam selama 2 hari.

2 hari kemudian toskan dan rendam mangga tu dgn air bersih selama 10 minit. Kemudian bilas sekejap dan toskan.

Aku buat 2 versi jeruk mangga, 1 yg pedas dan satu lg yg manis.

Utk jeruk mangga pedas, masukkan air ke dlm periuk ikut suka hati banyak mana tp sesuai dgn kuantiti mangga yg hendak dijerukkan. Kemudian buh gula 5-6 sudu dan jg cili boh. Nk pedas boh lebih. Aku buh 3 sudu je kut. Gula tu pon ikut kuantiti ye. Manis skit xpe. Tunggu hingga mendidih.

* kuantiti sukatan ni ikut keseuaian jumlah mangga ye. Kalu lagi banyak mangga lagi banyak kuantiti gula dan air. Pandai2 la ye. Boleh jg gantikan gula dgn gula melaka atau org ganu panggil nisan (bukan batu nisan ok). Pndai2 la ejas rasa tu ye ikut lidah masing2 :)

Kemudian sejukkan, dah sejuk tuang dalam mangga yg telah ditoskan. Kacau2 dan rasa. Kalau agak2 x manis tambah je gula dan kacau. Simpan dlm peti utk 4-5 jam. Aku tggu 1 hari utk bagi air garam dr mangga tu turun supaya nt sebati.  Selepas sehari tu rasa dlu cukup x manis, masin pedas semua. Kalu x cukup manis tmbah gula. Kena ingt mesti mau manis kalu x nanti bila jd aiskrim x best.

Utk jeruk manis ; letakkkan mangga yg ditoskan ke dalam bekas. Tabur gula sampai tutup mangga. Letak mangga, tabur gula. Ulang je sampai mangga habis. Buat selapis selapis spya semua mangga dpt gula tu. Gaul skit kasi coated semua. Tambah air masak. Gula banyak xpe.  

Sama jg kekdahnya tggu 1 hari kasi air garam turun dan gula mencair. 

Selepas satu hari rasa la sedap ke x. Kemudian tuang ke dlm plastik aiskrim guna la copong ke apa nama tu. Ikat ketat2. Buh dlm freezer tggu la esok baru blh mkn bila dh keras. 


Ok. Dah beku boleh makan. Series sedap sgt time2 musim panas ni .

Selamat mencuba.

Friday, April 11, 2014

Fesyen tudung terkini di Malaysia

----- SPONSORED POST -----


Tudung ni sebenarnya pon boleh berevolusi. Maksud aku evolusi tu perubahan mengikut perkembangan semasa. Dulu-dulu kita tau ada tudung bawal je lah kan. Sekarang ni dah macam-macam fesyen tudung yang ada. Siap ada nama lagi tu hahahaha. Aku ingat lagi masa Mawi tgh glamer kat AF tu dan-dan tu kuar tudung Mawi. Pasu masa Siti Nurhaliza kawen dgn Datuk K kuar plak tudung misai Datuk K, hahhaha Aku tak taulah tang mana dia reka tudung serupa misai tu hahaha.

Aku pun tak ketinggalan nak juga merasa tudung-tudung yang ada di pasaran. Masa zmn study dan zaman mula keja banyak tudung bawal je lah. Senang nak pakai tapi yg malasnya bab gosok hahaha.


zaman gonjeng haha. Kurusnyaaaa


 i olls nikah pakai bawal jek. Masa tu x kuar lagi tudung lapis2 ni hahaha

Kemudian kuar plak tudung awning. Yg ni senang sgt nak pakai sarung je. Kena haribulan xyah gosok langsung hahahaha.


Kemudian aku nj try tudung yg jenis awning lembut. Boring dah kut pakai yang awning keras hahahaha tapi serius best tudung awning lembut ni. Nampak muda hahahahaha . #Perasansangat :P




Sekarang dah kuar tudung berlapis2 plak, aku tak ketinggalan nak try jugak hahahahhaa


Dah mcm-mcm jenis tudung kuar dah sekarang. Dan sekarang aku try shawl plak. Best jugak kena pandai lilit2 je lah. 



Panjang plak mukadimah . Sebenanrnya nak cite kat mana nak dapatkan tudung-tudung dengan fesyen yang terkini. Nak tau kat mana? Kat mana lagi iaitu di  ZALORA.  Ada ke yg tak tau ZALORA? tipu sangat kalu tak tau. Kat internet kat blog biasa banyak sgt iklan pasal Zalora. Kat tv pun ada tipu lah kalu x tengok hahahaa. 

ZALORA adalah destinasi fesyen terkini di Asia yg menyediakan pelbagai koleksi dari pelbagai jenama yang terbaik dan terkini. Semua ada di ZALORA ; pakaian, aksesori, kasut mahupun produk kecantikan. You name it, Zalora got it! waah giteww hahaha 

Ok sekarang aku nak highlight pasal tudung. Ko jangan main-main Zalora pon jual tudung dengan fesyen terkini lagi.


Tudung dan wanita Muslim itu amatlah sinosim sekali. Bagi Muslimah, tudung adalah antara item penting buat mereka terutamanya apabila berada di luar rumah. Ini kerana mengikut tuntutan agama mereka memerlukan mereka menutup aurat dalam keadaan tertentu. Oleh itu tidak hairanlah jika dilihat pasaran tudung terkini semakin meluas kerana permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan wanita yang berhijab atau kini turut dikenali sebagai 
hijabista.



Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.


Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar ‘plain’. Namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam-macam lagi.  Sentuhan yang diberikan membuatkan headscarf kini lebih popular dan trendy.



Selain itu tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat.  Pada masa yang sama, tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai. Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik. Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt labuh agar nampak lebih santai namun elegan.





Dapatkan fesyen tudung terkini wanita secara online di Zalora Malaysia. Online shopping adalah mudah serta menjimatkan masa dan wang anda!

Klik ZALORA untuk dapatkan fesyen tudung terkini dan pakaian dengan fesyen terkini. Tak lupa juga like FB ZALORA dan anda boleh subcribe newsletter dr ZALORA dan nanti akan dapat voucher RM 20. Aku dah korang bila lagi? 



Tuesday, April 8, 2014

Manik baju pengantin

Awal bulan 2 aritu bertungkus lumus aku siapkan beading utk baju nikah, kenduri dan sambut menantu sepupu ku yg comel dan manis. Tak lupa jg bju mak, adik dan kakak pengantin.










Pengantin yg sgt sederhana. Selesai mekap boleh dia p sapu lipstik abis. Mmg xsuka mekap hehehe.






Layan gambar hasil kerastangan lukis inai pd tgn2 yg bukan jd pengantin hehee. Pengantin inai kuku je yg lain plak over hahaha. Adik pengantin paling over hahahahah




Sunday, April 6, 2014

Resepi : spaghetti carbonara meatballs

Lama tak tepek resepi. Kali ni resepi yg amat mudah, tak perlukan banyak bahan dan sudah semestinya sedap. Aku suka masak makanan yg nmpk mcm susah dan mahal tp sbnrnya mudah, sedap dan murah berbanding beli di kedai la opkos hahaha.



Spaghetti carbonara with meatballs

Bahan2 :-

Spaghetti
Sos carbonara
Capsicum (potong dadu)
Bawang putih (cincang halus)
Bawang holland (potong dadu)
Meatballs
Garam secukup rasa
Sedikit air atau susu segar (susu -optional)
Oregano dan serbuk lada hitam (optional)


Cara2 :-

Meatball direbus atau goreng atau bakar terlebih dahulu. Aku rebus shj senang keja hahah. Spagheti pun kena rebus juga dulu jgn lupa.

Tumis bawang putih dan bawang holland seketika. Masukkan capsicum dan goreng seketika.

Tuangkan sos carbonara. Sos itu sgt pekat jd boleh tambah air sedikit. Jgn terlalu banyak. Nak lagi sedap gantikan air dgn susu segar. Tapi masa aku buat susu xde so bub air je hehe. Tunggu hingga mendidih.

Letakkan secubit garam. Tak lupa sedikit oregano dan serbuk lada hitam. Tak letak pon xpe. Kalu nak tambah boleh tmbah hirisan sosej atau hirisan cendawan butang. Lagi meriah.

Masukkan spagheti yg siap direbus dan ditoskan terlebih dahulu. Masukkan jg meatball dan gaul spagheti itu sampai sebati.

Dan sebati boleh hidang dan makan. Aku dah buat 2 kali. Satu versi agak kering dan lagi satu versi berkuah. Lagi sedap yg ada kuah skit hehehe.

Kuantiti sos dgn spagheti tu agak2 la ye aku xtau nk bagi kuantiti cmne sbb main agak2 dan campak je. Aku agak utk sebotol sos carbonara tu blh mkn dlm 4-5 org bergantung kpd bnyk mana org tu makan hahahaha. Spagheti pula aku biasa guna san remo, itu yg paling sedap. Dan setengah bungkus cukup utk satu botol tu.


Ini versi basah.




Ini plak yg kering. Selamat mencuba :)