Sunday, April 6, 2014

Resepi : spaghetti carbonara meatballs

Lama tak tepek resepi. Kali ni resepi yg amat mudah, tak perlukan banyak bahan dan sudah semestinya sedap. Aku suka masak makanan yg nmpk mcm susah dan mahal tp sbnrnya mudah, sedap dan murah berbanding beli di kedai la opkos hahaha.



Spaghetti carbonara with meatballs

Bahan2 :-

Spaghetti
Sos carbonara
Capsicum (potong dadu)
Bawang putih (cincang halus)
Bawang holland (potong dadu)
Meatballs
Garam secukup rasa
Sedikit air atau susu segar (susu -optional)
Oregano dan serbuk lada hitam (optional)


Cara2 :-

Meatball direbus atau goreng atau bakar terlebih dahulu. Aku rebus shj senang keja hahah. Spagheti pun kena rebus juga dulu jgn lupa.

Tumis bawang putih dan bawang holland seketika. Masukkan capsicum dan goreng seketika.

Tuangkan sos carbonara. Sos itu sgt pekat jd boleh tambah air sedikit. Jgn terlalu banyak. Nak lagi sedap gantikan air dgn susu segar. Tapi masa aku buat susu xde so bub air je hehe. Tunggu hingga mendidih.

Letakkan secubit garam. Tak lupa sedikit oregano dan serbuk lada hitam. Tak letak pon xpe. Kalu nak tambah boleh tmbah hirisan sosej atau hirisan cendawan butang. Lagi meriah.

Masukkan spagheti yg siap direbus dan ditoskan terlebih dahulu. Masukkan jg meatball dan gaul spagheti itu sampai sebati.

Dan sebati boleh hidang dan makan. Aku dah buat 2 kali. Satu versi agak kering dan lagi satu versi berkuah. Lagi sedap yg ada kuah skit hehehe.

Kuantiti sos dgn spagheti tu agak2 la ye aku xtau nk bagi kuantiti cmne sbb main agak2 dan campak je. Aku agak utk sebotol sos carbonara tu blh mkn dlm 4-5 org bergantung kpd bnyk mana org tu makan hahahaha. Spagheti pula aku biasa guna san remo, itu yg paling sedap. Dan setengah bungkus cukup utk satu botol tu.


Ini versi basah.




Ini plak yg kering. Selamat mencuba :)



0 cuit-cuit:

Post a Comment