Friday, June 7, 2013

Buah laici

Minggu lepas balik kenduri kat Wakaf Tengah ternampak la org jual buah tepi jalan. Tetiba ternampak buah laici. Hahha terus suruh PB gostan balik u turn nbak beli jugak hahahha.


Harga RM12 sekilo. Aku beli sekilo setengah, bagi ayah sikit.


Ok sedap sangat. Kebanyakan aku yg makan hahaha Pb makan juga tp tak bersungguh mcm aku hahaha. Nak beli lagi la. Nak p Pasar Payang lah cari :D


Thursday, June 6, 2013

Ketupat Sotong

Musim ada sotong boleh la merasa ketupat sotong. Ada 2 versi yg kuah putih ni versi Trg punya kalu yg kuah coklat tu versi Kelate mari. aku x pnh rasa lagi yg Kelate punya. Nanti p KB blh try :)

Ni buat masa umah mak. Aku tak buat tapi mak yg buat, aku tukang tengok dan tukang ambik gambar je hahahaha.




Ketupat sotong versi mak aku adalah pulut tu ditanak terlebih dahulu mcm biasa kemudian baru sumbatkan ke dlm sotong. Ada jugak yg letak beras pulut yg belum masak kan kemudian baru masakakn bersama sotong tu tp takut nanti pulut tak masak. Nak senang tanak pulut siap2 hehehe.

Selamat makan :)
m

Wednesday, June 5, 2013

Pokok mulberi

Dulu aku pernah post psl  buah mulberi ni yg mak mertua aku tanam. Baru ni masa balik kg aku tgk pokoknya memanjang ke atas dah mencapai atap rumah sebatang je tanpa buah. Ranting pon xde. Masih duk dalam pasu. Tunasnya agak banyak tp x kuar daun.

Aku pun potong beberapa bahagian dan cucuk kat belakang rumah sebatang, kat umah kak ipar sebatang. lagi sebatang aku ambik nak cucuk kat rumah. Sampai rumah aku potong kpd 3 bahagian dan cucuk kat 2 tempat. Satu cucuk kat laman depan nak test boleh tumbuh tak since tanah depan ni tak brp nak subur.

Lagi 2 aku cucuk kat belakang dapur. Selepas seminggu aku pun jenguk lah.


Yg atas ni yg kat laman depan. Alhamdulillah kuar jugak tunas. Mmg pokok ni mudah hidup.



Yg 2 ni kat blkg dapur. Yg ni perkembangan cepat skit dr yg depan rumah tu dah nak kuar daun dah. Tanah belakang ni lebih subur dr yg depan tu. 

Batang pokok tu potong menyerong pastu cucuk je. Aku siram mula2 tanam tu je pastu dah tak siram dah. Lepas tu hujan plak yg turun ok lah kan.

Ok kita tunggu bila dia berbuah plak nanti. harap2 membesar dengan jaya nya la kan hahaha.



Tuesday, June 4, 2013

Patch lace crumble

Baju ni utk sambut menantu seorang kawan di Suk. Takleh revel nama hahaha tuan dia x kasi tak surprise katanya hahaha. Dia bagi lace saya hanya jahit lace dan crumble. Agak mencabar kerana jenis kain ni sangat lembut dan benang mudah tertarik.





Baju ni siap dlm masa 2 hari. Nak kejar masa sebenarnya sbb minggu ni saya berkampung di Shah Alam selama 4 hari Selasa-Jumaat. Kepada sesiapa duk area Shah Alam atau KL kalu rajin nak turun Shah Alam  boleh lah hntar baju hahaha. minggu depan pun sekali lagi tapi stay kat PJ. Kalu sape2 nak hntr baju boleh roger2 k :)

Monday, June 3, 2013

Nur Amanda vs Nur Amani

Dah besar dah anak2 buah ni :). Sorang dah bam bam sorang lagi akan foillow la tu hehehe


Nur Amanda





eee x maluuuuuu .. hihihi


Nur Amani




Nur Amanda dah balik JB dah,. Nanti jumpa lagi masa raya. Mesti lagi bam bam hihihi


Saturday, June 1, 2013

33

Happy 33 years old to me.

Apa yg aku dh capai sepanjang 33 tahun hidup ini? Berjayakah aku?

Bagi aku, seseorang yg berjaya dalam hidup itu bukan semestinya bekerja dgn pangkat tinggi, bergaji besar, berkereta besar, berumah besar tapi bagi aku hidup dalam keadaan ekonomi yg sederhana, punyai keluarga yg lengkap dan bahagia tanpa dibebani hutang yg melampau. Nak kata takde hutang tu tipu lah kan, bayar kereta rumah tu pun hutang tp itu normallah.

Takde celebration mana pon since arini p makan kenduri pastu singgah beli kek 2 potong hihihi. Kalu p tuti fruti dpt discount tp x rasa nak makan tuti fruti lak pulak tu malas nak masuk bandar cuti2 sekolah ni ko fhm2 je lah jalan tu.


Happy 5 years together

Takde celebration sangat pon, dah tua2 nih hahhaa p makan2 je lah masa anniversary aritu. Kira sekaligus lah hahaha.


Kek durian-durian. Gile sedap! Deep fried wonton tu mmg peberet ah huhuhu sedap2 :D


Beef lasagna for me


Prawn cheese macaroni for him


Terkini : Berat 66 kg, tinggi 162 cm. Lagi 3 kg nak sama dgn Pakcik Botak hahaha.


Pakcik Botak ku sayang tapi dah tumbuh rambut hahahaha.

Hari ni balik kenduri singgah SC beli kek hahaha teringinnnnn sgt. Nak kek je tak nak benda lain hihihi.


Pecan butterscotch. Alamak gegar plak


White chocolate macadamia. Yummy sgt hihihihi 

Ok babaiiiiii :)