Friday, May 31, 2013

BBQ

Minggu lepas orang jauh balik kampung. Plan punya plan kita wat bbq lah ye. Enjoy the pics :)







Baik punya landing tokki jaga cucu hahaha siap dgn penyapu lidi nak halau lalat

Thursday, May 30, 2013

5 tahun yg lalu





Happy 5th anniversary

Sekejap aje masa berlalu. Rasanya baru semalam aku mencium tangan suami ku. Kini setelah 5 tahun berlalu, terlalu banyak nikmat yg Kau berikan kepada kami. Apa lagi yg hendak ku didustakan? Ya Allah Ya Rahim, Kau berkatilah perkahwinan kami ini, kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami. Kau curahkan lah rahmatMu yg melimpah dan semoga dapat kami kongsikan bersama org lain semua nikmat yg Engkau kurniakan ini. Amin

Wednesday, May 29, 2013

Sayur jambu golok dgn sotong

Entry wordless wednesday. Xleh cakap banyak. Yg pastinye meletop bom bom bom. Sedaaappp!


:D



Tuesday, May 28, 2013

Nuffnang blogbuster campaign

Lama benor tak cek nuffnang. Buka je nuffnang ternampak ada blogbuster campaign lak. satu dah terlepas, lg satu due 26 mei hahaha x sempat den. Banyak jugak payment dia bagi kalu buat nih klau x silap 50 sen setiap kali org tengok. Kalu tak silap lah aku baca sekali harung je hahaha


Rasanya ramai yg dapat ni kut. Tapi aku tak reti le plak nk buat video ni. Padahal 10 saat je hahaha nasib kau lah labuuuu.

Monday, May 27, 2013

Megi bandung muar :)

Ok tajuk tak salah ok. Memang asal perencahnya dari sana hahhaa. Ok sebenanrnya ternampak baki perencah ni dlm peti. Bau lah kut expired ke apa, tp ok lagi. Hmm tinggg idea sudah mari rasa nak makan megi tapi nk kuah mi  bandung. Udang dlm peti ada lagi so kaw2 taruk udang punya hahaha.


Tambah crabstick skali hahaha nasiblah x mecing pon. Ni PB punya x nmpk udang.


Haaa ni baru nampak udang. Mmg sedap giler perencah ni, Tapi lupa cap apa. Alah kalu p Johor bersepah depa jual, rasanya ni aku beli kat highway tp harga mahal lah skit drpd beli kat Johor sana nun, xpelah asal sedaaaappp.

Sunday, May 26, 2013

Jambu arang

Rasa dalam setahun sekali kut boleh makan buah ni. Tu pun ada sedara yg duk sekampung sokmo call ayah aku kalu time ada buah. Ada 2 batang pokok jambu arang ni kat umah dia. So dia tepon ayah atau adik2 aku suruh mai panjatkan utk dia sekali.


Kat utara Mak Monas kata dipanggil buah riang. Tapi size kecik lah skrg nih. Dulu masa kecik2 rasanya besar lg kut hahaha. Ambik nisan tumbuk dgn cili best ni. slurrpp hahaha. Terliur kau tunggu tahun depan plak la marina weii..

Friday, May 24, 2013

Dress with rose utk Princess Eisya

Mak princess request nak bunga2 kat dada mcm satu contoh gambar pengantin. Tapi tak lah sebijik sbb ni baju kanak-kanak kan kita wat versi cute and sweet.



Menggunakan chiffon rose warna soft pink, pink dan putih. Agak susah jugak nk mikir kaler yg match dgn baju ni. Baju ni mak princess kata brownish grey aduss pening2 tp ala2 kaler belacan tp lembut skit boleh lah masuk kaler pink. Utk pearls saya combinekan wrna dark belacan (hehehe ada ke wrna ni) haha dia bukan wrna coklat tp wrna belacan yg agak gelap, pink, soft pink dan off white.



Princess Eisya jadik flower girl utk majlis kawen mak sedara dia nanti :)

Semua material untuk beading, rose dgn pearl tu saya beli kat MyBeads. Boleh like Fb MyBeads. Banyak sgt yg cantik.

Thursday, May 23, 2013

Manik bunga untuk baju Hari Guru

Ini adalah cuctomer yg paling setia. Hahaha dia lah yg paling banyak suruh saya jahitkan manik di baju tak lain tak bukan sepupu saya sendiri hahaha. Baju ni material dia sutera asli terengganu. Senang nak jahit sbb bukan lembut mcm sutera campuran tu iaitu sutera satin atau sutera crepe.

Baju kaler oren atau peach terang, pening jugak mikir nak buat corak. Kak Long xnak crumble nak manik bunga biasa.


Pikir punya pikir, gugel punya gugel terhasil lah corak ini. Kira main reka suka hati. Kalu boleh taknak pattern sama mcm yg dh buat kat baju-baju dia sebelum ni.




Sebenanrnya mula2 nak buat bunga guna labuci tp try buat tak jadi. Alamak dah lupa plus susah skit lah. Huhuhu dh belajar tpi lupa acaner tu? Hhaha

Ok Kak Long sgt berpuas hati dgn corak ni. Brp kali sms aku ckp cantik. Alhamdulillah kepuasan pelanggan adalah diutamakan :)


Wednesday, May 22, 2013

Crumble baju biru lagi :)

Ni ada lagi baju yg wrna biru macam Sabrina punya. Kawan satu opis dia. Baju sempena maulud nabi. Material sgt best masa nak jahit beads.




2 helai baju sebenarnya. Kaler yg sama saiz je lain-lain hehehe. Yg satu tu nak crumble lengan dan hujung baju. Yg satu lagi crumble lengan sahaja.

Terima kasih buat pelanggan2 ku. Semoga berpuas hati :)



Tuesday, May 21, 2013

Crumble utk sutera crepe

Ada 2 tempahan untuk sutera crepe. Ini order dari Nina nak buat crumble utk dua2 baju. COrak dan warna hampir sama tapi tak serupa. Acaner tu? hahaha cantik sangat kaler baju ni warna warni mcm paddle pop tapi material crepe ni agak mencabar sebab nipis so saya tak buat crumble yg tebal.



see, hampir sama kan tapi cantik dan ceria. I like :). Customer request nak highlight kan juga depan baju tu kasi timbul corak skit. Satu kaler pink, biru. yg satu lagi pink hijau.



Utk baju yg lebih dominan kaler hijau pink ni aku guna round beads kaler dark pink dgn green utk merenjis di pangkal dan light pink , light green utk renjisan hunjung diikuti round beads silver.



Utik baju yg domanan kaler biru aku guna dark pink dan biru utk renjisan di pangkal, light pink, light green dan silver utk renjisn hujung. Beza skit bhg pangkal tu dgn baju sebelumnya.

Tempahan untuk raya sudah dibuka. Siapa yg dah ada baju boleh mula hantar. Tempahan akan tutup 2 minggu sebelum raya maknanya lagi 2 minggu nak raya tak ambik dah bukan apa takut tak sempat  nk pos kalu yg jauh lah, kalu yg dekat2 ni boleh dipertimbangkan lagi.

Sunday, May 19, 2013

Nasi goreng sedap dan mudah

Ni resepi nasi goreng yg paling mudah dan sedap. Kalu yg tak pandai buat nasi goreng pon confirm jadi. Resepi ni ambik kat blog Kak LemonGrass kalu taksilap. Aku pun taktau mudah benor nak buat.



Bahan-bahan :-

Cili besar
Bawang merah
Belacan (kalu suka)
Ikan bilis (kalu suka)
Telur
Garam dan gula secukup rasa
Nasi
Kacang pjg

Cara-cara:- 

Cili besar, bawang merah, belacan dan ikan bilis tumbuk. Tak lumat sgt pun xpe.


Tumis bahan tumbuk sampai masak skit.


Masukkan nasi, gaul rata, masukkan kacang panjang. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa. Ok ada org tak suka masuk gula tau x kira la nasi goreng ke sup ke apa. Tapi bagi aku gula tu kena buh juga skit sbb combination gula dan garam tu boleh jadi bhn perasa ajinomoto. aku masak singgang pon buh gula hihiii


Ketepikan nasi goreng tu. Pecah telur , kacau dan  tuang kat tepi kuali tu. Kemudian hancurkan telur tu. Pastu gaul dgn nasi goreng. Dah pun siap.


Ok dah boleh makan. Untuk buat nasi goreng aku guna kuali hitam yg berkilat tu. Memang syok lah hahaha beli kat giant  saiz besar skit senang la nak kacau ganas-ganas skit nasi tak terkeluar hahahaha.


Ni la rupanya kuali kesayangan ku. Aku sayang kuali ni dari kuali Tefal hahahaha.

Selamat makan :)

Friday, May 17, 2013

Resepi - Crab stick roll

Alaaaaa resepi la sgt hahaha. Nmpk benornye xdak idea hahaha. Ok saje la. Dah lama nak buat tp malas nak beli breadcrumbs tu. Murah je rupanya x sampai rm2 seplastik.


Bahan-bahan :

Crab stick
Roti keping
Serbuk roti
Telur

Cara-caranya :-


Roti keping digelekkan sampai nipis. Aku gelek guna alu lesung. Lapikkan plastik atas roti tu pastu gelekkan . Kemudian letak crabstick dan gulung. Sapukan telur skit kat hujung tu nak kasi lekat.


Jadik lah macam ni.


Celup crab stock roll dlm telur dan gelekkan dalam breadcrumbs sampailah ia menyaluti sekeliling roti iteww.


Kemudian goreng lah dgn api sederhana. Gambar diatas agak terlebih garing skit hahahaha.

Kalu nak buat sosej pun boleh gantikan je crab stick tu dgn sosej tapi sosej perlulah direbus terlebih dahulu ::

Selamat makan :)





Thursday, May 16, 2013

Crumble baju pengantin

Baru ni Farah mintak tolong sama-sama jahitkan manik utk baju pengantin sepupunya memandangkan masa dan suntuk hahaha. Malam tu kul 5 tido demi nak siapkan baju ni kang tak bersanding plak pengantin nanti hahahaha.

Aku hanya jahit crumble je, lace semua farah dah letak siap2. Crumble kat pinggang pun farah dah buatkan.








Memandangkan dress ni kain payung mmg ambik masa la jugak nak menyiapkan bahagian kaki tu. Tudung juga buat crumble skit utk  bhg atas kpala sbb pengantin ni tak pakai crown :)

Selamat Pengantin baru buat cik pengantin :)

Wednesday, May 15, 2013

Aiskrim bubur kacang :)

Ok, selamat bersiaran semula. Haahah gile lama tak update. Mengejarkan tempahan yg perlu disiapkan sblm 18hb. Alhamdulillah semua dah siap. Legaaaaa.

Ok ari tu aku buat bubur kacang. Kacang nya dah  berbulan beli buat nya tak. Nasib elok lagi kacang hijau tu. Pastu teringin nk wat aiskrim since ada lebih. Call PB mintak dia belikan plastik aiskrim.





Dapat le dlm 8 batang aiskrim. Sebelum masuk freezer rendam seketika dalam air kasi ilang belengas. Ok, next nak buat aiskrim asam masin plak, huhuhu sedapnyeee


Friday, May 3, 2013

Perang pilihanraya - meriah dan kreatif :D

Gambar2 ni diambil sepanjang perjalanan dr bandar utk balik ke rumah ku melalui jalan yg berlainan. Kreatif giler dorang yg buat nih.








Yg aku perasan, banyak puak hijau punya replika . Puak biru takde sgt bukan sengaja xnak ambik tp mmg x jumpa. Ada lagi sebenanrnya ni tp tak sempat nak ambik maklumlah ambik dr dalam kereta je, nak kuar malewww hahahaha.

Hari mengundi tinggal 2 hari lagi. Apapun yg anda pangkah, berfikir lah dgn rasional demi masa depan kita semua. Cewaaah pesanan khidmat msyarakat le sgt hahaha. Ok la, selamat memangkah!