Wednesday, February 27, 2013

Sarapan semalam.

Antara makanan ruji kami di rumah. Senang, mudah, sedap dan yg penting kenyang hahahaha.


Ari tu try guna air panas, ikut resepi kak yati. Betullah adunan jd lebih kental dan mudah dibentuk. Tapi sebab ari ni malas nak panaskan air, guna air sejuk macam biasa. 

Aku lebih suka guna air sejuk sebenarnya. Ketiadabentukkan itu lah yg sedap tu. Ok sila jgn tiru ayat ini, tidak sesuai digunakan di sekolah.

Alhamdulillah

Tuesday, February 26, 2013

Dinner

Mulanya ingat tak nak masak. Ada orang tu takmo makan nasi. Katanyaaaaa. Masa tu dia kat opis lagi hehehe. Sape agaknya ye hahaha.

Pukul 6.30 sampai rumah, dia bawak balik seplastik roti. Ada roti krim +jem kiwi. Makan skit, tak sukaaaaaaaa. Ok, aku bukan penggemar roti.

Last2 pukul 7 pm start masak. Laparrrr.



Sotong paprik, sayur tauge. Ikan goreng pon ada tp xdan ambik.

Alhamdulillah.


Monday, February 25, 2013

Anjing

Malam tadi tido masuk tido pukul 2 am. tapi mata lelap mungkin sejam selepas tu.

Lepas suami pi keja aku terasa sejuk dek cuaca yg mendung, cadangnya mau bermalasan dulu.

Tetiba terjaga (eh, bila masa tido? hahah) terdengar bunyi anjing menyalak. Tengok jam 9.55 am. Pejam mata kut masih bermimpi. Buka mata, masih ada bunyi anjing menyalak.

Bila masa plak ada anjing kat kawasan perumahan ni?

Pasang telinga elok-elok. Rupanya bunyi org renovate rumah daaa. Lupa la jiran selang sebuah rumah ni tengah buat renovation. Bunyi org bancuh simen guna penyodok kut.

Hehehe tu lah lain kali tido lagi pas subuh huhuu.

Adik2 sila jgn tiru aksi ini ye :D

Thursday, February 21, 2013

Owl



Cute tak cute tak? :D


Wednesday, February 20, 2013

Winny

Kepada pencinta set comforter mesti tau brand ni. Aku baru tau sebenarnya. Biasa beli Akemi pastu lg satu lupa brand. Comforter ni item wajib dibeli tapi setahun satu je. Nak beli banyak-banyak maklumle harga nya kan. Kalu nak beli plak time sale je la. Tahun lepas punya tal beli. Tahun ni masa p JB aritu nama la tp x heran pon psl x perasan ada sale CNY lagi.

Yg buat tertarik nak pi tengok harga psl ada sefamily chinese ni duk tilik2, pastu pi belakang kat stok banyak2. aku pun tengok la pas depa lari tu, rupanya memang sale uolls hahahaha. Sebelum tu dah tengok kat belakang harga Rm 700++ tak mampu mak :( . Sekali tengok yg depan mmg betul ada sale, apalagi gua rembat le satu yihaaa. Harga slps sale dpt RM 178 .


Aku ambik yg ni. Nak buh gambar yg dh pasang segan leww ai hihihi. 1st time ambik kaler cerah nih. Material dia lembuuuut sangat. Mak aku dah coip nak sewa kalu abg aku kawen nanti hahahhaa.


Logo.

Tahun depan cari lagi 1 :)




Tuesday, February 19, 2013

JJCM @ JB

Minggu ni ke Jb lagi. Minggu lepas baru balik dr Jb/Singapore. Sebenanrnya decide last minit  nih sebab adik ku baru dapat baby. Mak memang plan nak pegi dah siap beli tiket bas. Pastu tetiba PB ajak gi jugak. Pastu  bincang punya bincang tak jadi lah, baru je balik ,rumah tak abih kemas lagi. Ok habis kat situ.

Hari Khamis tu pegi lepak umah mak sebab pagi tu bapa saudara ku meninggal. Malam tu mak akan naik bas dgn ayah aku. Petang tu PB balik keja ambik aku kat umah mak, sembang punya sembang tetiba dia jaak gi JB lagi. Maknanya balik nanti bawak mak sekali lah tp mak still pegi naik bas sbb dh beli tiket. Malam tu pas Maghrib packing semua tunggu isyak pastu terus bertolak. Sebelum packing tu banyak kali aku confirm balik dgn PB, betul ke nak pegi ni? hahahaha aku pun was was lagi nak pegi ke tak.

Tiba di Jb pukul 6.30 pagi setelelah berenti tido 2 jam hahaha, ngantuk sehh.

Ok back to the topic.


Anak buah terbaru - Siti Nur Amanda



1st time makan kacang pool. Penah dengar nama makanan ni t p tak ambik tau pun. Memang terbaik lah best giler. 2,3 kali jugak duk ulang makan nih. Kedai Kacang Pool Haji ni kat bomba Larkin dekat sgt dgn rumah adik aku tu yg berulang 2,3 kali. Ayah aku lagi lah, pagi tu awal2 dah hilang mak aku kata dia pi joging rupanya pi pekena kacang pool nih hahahhaa.



Rojak Asma di kedai sebelah Kacang Pool Haji. Ayah aku la duk sebut nak makan rojak k****g. Aku kata kat Jb ni xdok rojak tu, dia kata nampak rojak asma. Rasanya ala2 yong tau foo gitu best jugak. 2 kali jugak makan ni, sekali kat bomba Larkin, sekali lg kat food court Plaza Angsana.


Mi bandung. Rasa sedap tapi pedas sgt. Yg aku penah makan tak pedas tp yg ni tak leh nak abis huhuhu.


Mee rebus stulang. Wajib makan kalu pi JB hahaha. Sebenarnya beli bungkus pasal xde parking. Masih sedap dan menyelerakan. 


Bakso Jawa di food court Plaza Angsana. Ingat nak try jugak mee rebus Hj Wahid tp masa kitorang smpai tu depa baru nak siap2.

Aku rasa berat aku dah naik asyik makaaan je duk 2 hari kat Jb nih. Sebenarnya ayah aku kuat makan sebab tu ada alasan nk kuar jjcm hahahahaha. Last but not least otw balik singgah Ayer Hitam sekejap, tak lupa beli putu bambu :)


Ok, sedap sangat!

Sekian laporan JJCM utk minggu ini hahahha. Ok bai nak cari nasik lapaq la tengok makanan nih.

Tuesday, February 12, 2013

New baby girl


Anak buah yg terbaru :



Trip ke Singapura bersama PSPT

Alkisahnya trip selama 4h3m ni dengan membawa rombongan Persatuan Spinal Pantai Timur yang terdiri dari 11 orang OKU dan jugak para pengiring serta beberapa orang doktor ortopedik. Mereka semua naik bas 2 tingkat dan kami naik serena serta sebijik lagi van untuk membawa kerusi roda.Tujuan lawatan ni adalah untu melawat tempat-tempat yang ada kemudahan OKU ni disamping mendapatkan maklumat.

Day 1

Bertolak agak lewat dari jangkaan iaitu dalam pukul 10 am dan tiba di Singapura pukul 3 am. Banyak perkara di luar jangkaan yang berlaku sebab tu lambat sampai tapi takpe, boleh dijadikan pengajaran. Bermalam di Hotel Furuma Riverview. Hotel nya 3 bintang je tapi macam 5 bintang kat Malaysia. Lawa beb siap ada bathrobe lagi. Kat Malaysia hanya 5 bintang je yang sedia bathrobe kalu yg penah aku stay lah.

Bertolak ke Hospital Tan Tock Seng untuk melawat dan melihat teknologi mereka.


Singgah makan di Restoren Singgah Selalu. Makananya sedap tapi sudah lewat malam jadi selera pun dah tumpul. Tapi next time boleh pegi lagi.


Mata bengkak, eyebag semua ada. Tido x sampai 2 jam huhuhu.


Sarapan berhampiran Masji Sultan. Aku makan mi rebus, jemput-jemput, PB makan soto Singapore.




Makan di Mustafa. Solat di Masjid di Jalan Serangoon.

Day 2

Bermalam di New York Hotel, JB. Tapi akan ulang alik ke Singapura untuk sesi lawatan seterusnya iaitu ke Society for the Physically Disabled (SPD) Ability Centre. Tempat ni adalah satu NGO yg menguruskan serta memberi tunjuk ajar kepada OKU untuk meneruskan hidup seperti org normal. Tapi gambar takleh ambik atas sebab-sebab privacy untuk OKU ni.




Ala gambar tak ikut susunan. Belasah je lah ye hahahaha





Pakcik ni obses sikit dgn nama tu hahahahaha maklumle sama dgn wife dia hahahaha


Hari last singgah ayer hitam pekena cendol dgn putu bambu special. Bessstttt tapi manis hahaha. Ok rasa nk makan putu plak nih.

Itu je lah takde part 2 dah. aku combine semua. Hahaha.

Ok berita terbaru tahniah buat adik ku di Johor yg baru menimang cahaya mata pertama :)

Wednesday, February 6, 2013

Hello Singapore :)

Pada saat dan ketika ini, kami berada di sini.

 pic from google

:D


Monday, February 4, 2013

Manik bunga tanjung

Tempahan dari kawan sepupuku. Cikgu jugak. Nak jahit manik di baju hijau. Mula-mula xde idea pas dah siap manik serong baru mai idea. Aku panggil ni bunga tanjung sbb nampak mcm bunga tanjung hahaha.


Lengan dan hujung baju.




Tempahan untuk raya sudah dibuka :D

Sunday, February 3, 2013

Kursus jahitan manik asas

Sebenarnya secara tak sengaja  terpandang banner kursusni. Bayaran pun murah je so cepat-cepat lah
daftar.




18 jenis jahitan manik selama 2 hari. Sangat menarik.







Ok bai