Thursday, January 31, 2013

All about foods

Makan dan makan dan makan.


Terasa nak makan popia yang berinti penuh. Ni bila punya ntah. Popis tu aku isi dgn isi udang, tauge, carrot dgn sengkuang. Sos cicah buat sendiri.


Kuewteow kungfu Katana Seafood. Tapi yg ni tak berapa nak kena rasa nya dgn tekakku walaupun hidangan nampak mewah tapi habis jugak hahahaha.


My all time favorite meatball. Bukan nak promote nama tapi hakikatnya memang sedap. Nugget dia pon best isi ayam semata mata.


Nachos di A&W. Memang sedapppp sangat. RM 3.99 je kalu x silap.


Mi bandung johor. Aku beli paste dkt highway masa balik dr JB itu hari. rasanya boleh lah tapi tak sesedap masa makan kat Tg Agas dulu. Yelah yg tu fresh dari kuali kan hehehe. Lupa nak ambik gambar plastik bungkusan tu.

Makan memang sedap tp exercise jgn lupa. Pesanan khidmat masyarakat dari Marinahunny :)







Tuesday, January 29, 2013

Jalan-jalan ke KB

Minggu lepas anak sedara PB dan kawannya dari Seremban datang bercuti. Sembang punya sembang maka panjanglah langkah kami ke Kota Bharu. Spontan punya plan hahaha. Kebetulan cuti panjang kan tapi di Terengganu cuti sampai Sabtu je, Thaipussam tak cuti.

Macam biasa, kalu pi KB mesti stay kat Khalifa Suites and Apartment kat bandar Kb betul2 depan Masjid Muhammadi. Nasib baik booking dulu pagi sebelum bertolak, bilik dah hampir penuh tu yg dapat single twin. Bertolak pagi Jumaat pas pekena nasi dagang Kak Pah kat Bt Buruk pastu terus shoot ke KB dan sampai kul 12.30. Sempat PB solat jumaat di Masjid Muhammadi.




Bilik air cantik dan bersih. Itu yg paling penting.


Makan tengahari bersama ustaz Rosli, Imam Tua Masjid Muhammadi. Imam Tua tu maksudnya imam senior. Tuan nye muda lagi hehehehe. terima kasih ustaz belanja kami.


Malam pulak ke sini destinasi kami. Terletak dekat area Tesco je, dari jauh dah nampak. Betul betul tepi sungai.


Restoren ni bentuk kapal. Atas darat tapi  betul2 tepi sungai. Ada lagi satu kapal tapi kecik skit betul2 atas sungai tapi x sempat  nak ambik. Juga dijadikan restoren.



Ini menu kami. Kongsi saje psl sebelum tu dah melantak macam-macam hahahaha.


Yg tudung hitam masih available, tudung corak2 tu single but not available, makcik yg tengah tu no komen ye hahahahaha.




Siap ada tempat pancing udang galah lagi. Dia buat keliling kapal ni, aku ingat saje dia buat hiasan rupanya tempat mancing. Ada kerusi disediakan. Best sangat rasa xmo balik hahahaha.

Hari kedua mau balik dah tapi sebelum tu makan dulu. Kammi berpecah pagi tu, anak2 dara nak pi pasar Siti Khadijah dan kami pi sarapan kat Hayaki. Kalu pi Hayaki Kopitiam ada menu yg wajib order hahahaa.


Ini diaaaa! Mango rock yg best dan rasa nak order satu lagi hahahaha.


Sarapan nasi kukus hayaki. Hehehe masa ni dah kul 10 dah. Sedap nasi kukus dia.

Perjalanan balik bermula. Kami tak shopping apa pun just enjoy jalan-jalan. Biasa gi KB mesti beli beras tapi beras kat umah ada lagi.

Sampai kat Besut singgah makan keropok. Juga acara wajib apabila lalu di Besut hehehe dan semestinya kedai ni menjadi pilihan kami setiap kali.



Keropok kedai ni memang terbaik ah. Kita order baru dia goreng, lembut dan garing. Lawan plak dgn air nyor, fuhhh perot kenyang jadi lapar balik hahahhaa.

Panjangnya perjalanan hahaha. Sampai dirumah pukul 3 lebih kurang. Ok satu short trip yg menyeronokkan. Next trip ke mana plak kita ye? Tungguuuuuuu.

Monday, January 21, 2013

Baju bertunang Rosmaliza

Ni hasil yang dah siap utk baju bertunang. Baju ni dah ada manik dan bunga skit kat bawah baju dgn lengan tapi kat depan tu kosong so dia mintak saya tepek bunga dari riben satin. Tak pernah-pernah aku buat bunga riben satin ni.

Pas balik dari KL tu menggugel la keja nya carik tutorial. Banyak jugak yg jumpa tapi banyak tak paham hahaha dan tak jumpa pattern bunga ros yg sesuai utk dimecingkan dgn bunga yg dah sedia ada kat baju tu. Last-last jumpa kat blog somethingaboutkatie.blogspot.com . Mula-mula tu berpeluh jugak nak buat. Bila dah jadi tu waaah suka sangat pastu makin lama makin laju dan dah boleh pegang dgn kemas.






Ok, dah siap.

Sunday, January 20, 2013

Aku Bercerita- Ramblee Awang Murshid

Dah kuar dah novel terbaru RAM. Tengok dalam group kat fb semua dok pakat tayangdh. Aoshh tak bleh jadi ni. Minggu lepas otw balik KL singgah solat kat Mesra Mall pastu macam biasa singgah Popular jap. Sudaj dijangka memang dah ada . Apa lagi sambar lah satu!


Masih berbalut lagi hehehe macam biasa aku akan peram dulu. Sayang nak baca hahahaha

Tak lupa juga sebuah bacaan yg diidamkan sejak dulu, alhamdulillah. Aku rasa buku wajib ada. Buku apa?


Ensiklopedia solat. Tak lupa bacaan tambahan. Novel seram dr Ahadiat Akashah hehehe. Guna kad diskaun Popular dapat lah diskaun 10% utk sebuah buku.

Selamat membaca :D

Wednesday, January 16, 2013

Purple crumbles

Dah siap jahit crumbles baju Kak Zie. baju nya plain kaler light purple. Kain tebal dan mudah nak jahit,.





Lega dah siap :D




Tuesday, January 15, 2013

Belated birthday celebration

Birthday tahun lepas punya tapi kek baru ada hahahaha. Hari tu xde kek, buat nasi ayam je tapi diam-diam aku beli kan kek sebab dia kata nak kek. Tapi aku buat surprise la, masuk rumah suruh dia tutup mata hahahahaha.




Sedap mmg sedap hehehe. Sape nak tempah boleh contact fiza ye :) . tapi area k.trg, marang dan yg sewaktu dengan nya je lah ye hehehehe


 :D


Sunday, January 13, 2013

Siti Nurhaliza bertudung penuh :) comellll

Hepi besday Kak Iti ececece dan dan panggil kak hahaha.

Ari ni jadi blog gossip artis jap eh. Hahahaa tadi blogwalking terjumpa gambar Siti pakai tudung. Rupanya dia dah mula bertudung penuh. Alhamdulillah. Tapi nampak makin comel lah.Mungkin dia kurang mekap dan  pakai tudung stail budak2 skrg. Apa pun tahniah dan nampak makin comellll.

Hahaha aku ni nak kata tak minat tu tipu lah. Minat pun tak lah fanatik sampai kumpul gambar ke apa tapi suka lah baca pasal dia ni. Tipu lah kalu ada yang kata tak suka siti ni kan.

Gambar-gambar kredit kpd RotiKaya .com





Alahai comel nyeee.. hehehee

Saturday, January 12, 2013

Bila nak baca?

Ada beberapa bijik novel yg belum dibaca. Bila agaknya nak baca ye? Duk dalam plastik lagi masa pi BBW ari tu huhuhu.





Sebenanrnya ada beberapa bijik lagi target novel yg aku nak beli tapi tungguuuuuuu. 

P/s : Novel tu baca lah tapi Al-Quran jangan dilupa. Pastikan tiap-tiap malam baca insyaallah. Peringatan untuk diri ku yg mudah lupa.

Friday, January 11, 2013

Fridge magnet

Semenjak dua menjak duk rumah sendiri ni terasa nak kumpul fridge magnet. Pantang pi mana-mana mesti nak cari fridge magnet.  Benda ni murah boleh nak kumpul banyak-banyak kan hahahahha.


Dekat-dekat je semua, paling jauh Hollywood hahahaha. Tu jiran sebelah bagi masa suami dia pi US itu hari.



Yg paling suka yg kebaya dgn terompah tu pastu I loveTrg tu sbb comel macam icing atas cupcake je hahahhaa.

Thursday, January 10, 2013

Murtabak megi

Rindu nya nak makan murtabak megi. Lama dah teringin tapi asyik luuuuupa je hahahaha. 2 hari lepas kebetulan semua bahan ada, boleh buat makan tengahari dan dinner sekaligus hahahaha dan masih berbaki untuk sarapan esok  pagi hahahahahaa.

Resepi dah ada kat tepi tu rasanya.


Saya guna 2 peket megi kari, 4 biji telur, daun sup, daun bawang, rempah kari megi tak dilupa, daging cincang sekeping, bawang holland potong dadu. Megi jgn lupa rebus tanpa rempah dan toskan kemudian gaulkan sekali, letak rempah dan pecahkan telur. Kalu suka boleh tambah cili api kalu nak pedas, lada hitam atau lada sulah.


Kemudian bentukkan ikut suka hati bentuk apa pun ke dalam kuali. Api sederhana je yejgn kuat pasal takut daging tak masak tapi kulit luar dah hangit.


Gorenglah biar garing skit baru best. Boleh cicah dgn sos cili atau kuah cuka. Lupa nak ambik gambar kuah tu. 2 sudu cuka, 4-5 sudu air masak, gula 2 sudu, bawang merah mayang halus, cili api. Kacau smpai gula larut. Kalu rasa masam  sangat tambah air dan gula skit lagi. Kacau dan rasa sampai secukup rasa.

Selamat makan :D





Wednesday, January 9, 2013

Makanan musim hujan

Musim hujan nya minggu lepas. minggu ni tak berapa nak hujan tapi ramalan kata ada ribut nak datang. Setakat ni hanya angin dan hujan rintik je. Alhamdulillah ribut takde lagi. Katanya dah pegi ke tempat lain kut. Wallahuallam.

Boring nak makan nasi maka kita fikir alternatif lain. masih nasi jugak hahahahaa.


Ala kecoh je padahal bubur nasi je ponnnn hahahahaha.

Tuesday, January 8, 2013

Burger bakar Pokwan Kopitiam

Hari Jumaat siang tu aku dan kawan2 yg terlibat ada perjumpaan kat Pokwan Kopitiam nak bincangkan kes kami. Pastu aku nak menerai burger bakar dia, dah lama tau dah tapi tak penah rasa.  Tapi aku nak makan roti tempayan dulu, hmm kita bungkus lah.

Malam tu pi tgk MLM pastu balik rumah kul 1.00 am baru makan hahahaha. Nak kata sedap biasa je yg sedap mungkin beef patty yg tebal lain dr burger biasa kan. Tapi mungkin sebab dah sejuk dah, kalu makan panas mungkin lagi best kut.



Next nak try burger bakar kat dungun plak hehehehe. Makan je keja nye hahahaha