Tuesday, September 17, 2013

Durian crepe

Musim durian kali ni 2 kali aku buat durian crepe. Buat utk makan je lagipun sebab dapat durian free hihihi. Dan lebih bersemangat sebab dah ada kuali leper utk buat crepe tuuuuuu. Beli kat langkawi arituuuuu. Nak jugak bagitau tuuu hahahaha.

Untuk bancuhan nya aku beli campuran tepung yg dah siap campur kat kedai Mee Soya kat Jalan Tok Lam tu. Sape org ktrg yg slalu buat kuih muih ni mesti tau kedai tu punya. Satu peket RM4 berat 500g. Utk 500 g tu kena tambah telur 10 biji, susu 1.25 liter. Pastu aku letak pewarna kuning telur setitik dua. Kalu tak letak pon dah ok tapi nak kaler yg lebih terang skit hihiihi.


Yg mula-mula ni aku buat 250 g je dapat  lah dlm 30 biji ++. Yg ++ tu x jd hahaha sbb terkoyak dan x masak. Ni buat utk kenduri raya surau kat taman ni. Sekelip mata laku. hahaha yelah krim campur durian mmg sedap. 



Dapat lah dalam 2 tuppeware.

Yg bawah ni masa buat kat umah mak. Tu adayg terkoyak hahaha. Petua nak dapatkan kulit nipis senang je, jgn bancuh pekat. Cair skit xpe senang nak dapat kulit nipis. Kalu xnak koyak biarkan crepe masak sampai bhg tepi yg paling nipis tu tertanggal dr kuali, tapi api pelan la kang hangit plak. Kalu kulit koyak tu maknanya crepe tu x masak lagi. Hahaha ni pengalaman aku buat lah. Orang lain aku xtaulah. Lain org lain caranya ye dok? hehehe

Aku tak pandai sgt nak lipat kasi nmpk comel dan menyelerakan tu. Camne ntah nk lipat kasi kemas kat bawah lipatan tu ? Sebab tu aku xnak jual sbb tak pandai lipat. Lipat baju boleh lah hahahahha. Ok tak lawak.



Aku sebenarnya tak lah suka sgt durian crepe nih. Makan le seketul dua ok lah tak lah craving. Buat ni pon sbb ramai yg nak makan.  Paling best kalu kita masak sesuatu dan makanan tu habis hihihi.

Tepung ada lg skit nih tapi durian plak takdok hahaha kena tunggu durian lagi lah. 

4 comments:

  1. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. inysaallah saya singgah blog awak

      Delete
  2. cuba letak kastard yg dah dimasak dlm adunan krim..
    perghh.. org yg makan mmg ketagih lepas tu..

    tp kena rajin la.. nak buat kastard pulak..heheee..

    ReplyDelete
  3. Ohemji Irma dh lama akak nk rs yg letak kastard tu tp mcm leceh plak

    ReplyDelete