Wednesday, June 5, 2013

Pokok mulberi

Dulu aku pernah post psl  buah mulberi ni yg mak mertua aku tanam. Baru ni masa balik kg aku tgk pokoknya memanjang ke atas dah mencapai atap rumah sebatang je tanpa buah. Ranting pon xde. Masih duk dalam pasu. Tunasnya agak banyak tp x kuar daun.

Aku pun potong beberapa bahagian dan cucuk kat belakang rumah sebatang, kat umah kak ipar sebatang. lagi sebatang aku ambik nak cucuk kat rumah. Sampai rumah aku potong kpd 3 bahagian dan cucuk kat 2 tempat. Satu cucuk kat laman depan nak test boleh tumbuh tak since tanah depan ni tak brp nak subur.

Lagi 2 aku cucuk kat belakang dapur. Selepas seminggu aku pun jenguk lah.


Yg atas ni yg kat laman depan. Alhamdulillah kuar jugak tunas. Mmg pokok ni mudah hidup.



Yg 2 ni kat blkg dapur. Yg ni perkembangan cepat skit dr yg depan rumah tu dah nak kuar daun dah. Tanah belakang ni lebih subur dr yg depan tu. 

Batang pokok tu potong menyerong pastu cucuk je. Aku siram mula2 tanam tu je pastu dah tak siram dah. Lepas tu hujan plak yg turun ok lah kan.

Ok kita tunggu bila dia berbuah plak nanti. harap2 membesar dengan jaya nya la kan hahaha.



0 cuit-cuit:

Post a Comment