Tuesday, March 26, 2013

JJCM Kuala Selangor - Mi Udang Banjir

Misi hari kedua bermula hehehehhee. Ok, terima kasih kepada sahabat kami Kak Zie dan Paqlee kerana sudi menumpangkan kami tido hehehehe.

Sebenanrnya dah lama nak pi Kuala Selangor, nak tengok keindahan sawah padi nya yang seluas mata memandang. Alhamdulillah tercapai. Tapi sebelum tu kena isi perut dulu hehehehe. Menu yg diidam-idamkan. Ni kes terliur tgk Iqram Dinzly makan le ni tapi lupa kedai mana, xpe kita redah je.


1st time sampai sini, dan insyaallah lepas ni akan datang lagi :D




Ok, dah tiba ke destinasi hehehe




Kami berempat. 3 order mi udang banjir, sorang lagi nasi goreng udang. Nampak sangat menyelerakan. Rupanya betul lah kedai ni yg masuk JJCM TV3 tu sebab ada plak JJCM hehehe nasib baik jumpa hihihi.



selak udang baru nampak mi hihihihi


Model ni kata sedaappppp!



Sedap ke tak? ok, biarlah pinggan mangkuk itu berbicara hahahahaha.


Lawan plak dengan laicikang di tengah panas terik. Memang mantop! hahaha laicikang ni best aku suka sebab pertama dia tak de sampah sarap yg terlalu banyak, simple je. kedua sbb ada parutan buah pala mmg terbaik!

Next time boleh datang lagi. Aku bagi 4.5 bintang dr 5 bintang. Bagi yg duk Kuala Selangor tu best lah korang ek hari2 boleh makan hihihihihi. Ok tak kelaka.

2 comments:

  1. ok, pasni nk ajk husband try makan...selalu lau, tapi tak pernah singgah pun ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah jgn x singgah hehehe.mmg best

      Delete