Tuesday, February 19, 2013

JJCM @ JB

Minggu ni ke Jb lagi. Minggu lepas baru balik dr Jb/Singapore. Sebenanrnya decide last minit  nih sebab adik ku baru dapat baby. Mak memang plan nak pegi dah siap beli tiket bas. Pastu tetiba PB ajak gi jugak. Pastu  bincang punya bincang tak jadi lah, baru je balik ,rumah tak abih kemas lagi. Ok habis kat situ.

Hari Khamis tu pegi lepak umah mak sebab pagi tu bapa saudara ku meninggal. Malam tu mak akan naik bas dgn ayah aku. Petang tu PB balik keja ambik aku kat umah mak, sembang punya sembang tetiba dia jaak gi JB lagi. Maknanya balik nanti bawak mak sekali lah tp mak still pegi naik bas sbb dh beli tiket. Malam tu pas Maghrib packing semua tunggu isyak pastu terus bertolak. Sebelum packing tu banyak kali aku confirm balik dgn PB, betul ke nak pegi ni? hahahaha aku pun was was lagi nak pegi ke tak.

Tiba di Jb pukul 6.30 pagi setelelah berenti tido 2 jam hahaha, ngantuk sehh.

Ok back to the topic.


Anak buah terbaru - Siti Nur Amanda



1st time makan kacang pool. Penah dengar nama makanan ni t p tak ambik tau pun. Memang terbaik lah best giler. 2,3 kali jugak duk ulang makan nih. Kedai Kacang Pool Haji ni kat bomba Larkin dekat sgt dgn rumah adik aku tu yg berulang 2,3 kali. Ayah aku lagi lah, pagi tu awal2 dah hilang mak aku kata dia pi joging rupanya pi pekena kacang pool nih hahahhaa.



Rojak Asma di kedai sebelah Kacang Pool Haji. Ayah aku la duk sebut nak makan rojak k****g. Aku kata kat Jb ni xdok rojak tu, dia kata nampak rojak asma. Rasanya ala2 yong tau foo gitu best jugak. 2 kali jugak makan ni, sekali kat bomba Larkin, sekali lg kat food court Plaza Angsana.


Mi bandung. Rasa sedap tapi pedas sgt. Yg aku penah makan tak pedas tp yg ni tak leh nak abis huhuhu.


Mee rebus stulang. Wajib makan kalu pi JB hahaha. Sebenarnya beli bungkus pasal xde parking. Masih sedap dan menyelerakan. 


Bakso Jawa di food court Plaza Angsana. Ingat nak try jugak mee rebus Hj Wahid tp masa kitorang smpai tu depa baru nak siap2.

Aku rasa berat aku dah naik asyik makaaan je duk 2 hari kat Jb nih. Sebenarnya ayah aku kuat makan sebab tu ada alasan nk kuar jjcm hahahahaha. Last but not least otw balik singgah Ayer Hitam sekejap, tak lupa beli putu bambu :)


Ok, sedap sangat!

Sekian laporan JJCM utk minggu ini hahahha. Ok bai nak cari nasik lapaq la tengok makanan nih.

6 comments:

  1. bubur kacang pool tu x pernah rasa lagi. nampak mengiurkan je bubur tu. nasib baik jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu p jb cari lah kat larkin, mmg x rugi :-)

      Delete
  2. Ya Allah sedapnya nmpk mee bandung tu.

    ReplyDelete
  3. aku dah lama perati kacang pool tu wei dekat blog2 org....teringin buat tapi nak buat mcm mana kalau belum pernah merasa kan....so kena rasa dulu la kot.....sini tadok yg jual..takkan aku nak pi JB wei? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom buat ween, rasa dia simple je. Xtau cmne nk describe tp mmg menarik tetarik dabommm lah..

      Delete