Tuesday, January 1, 2013

Selamat tahun baru 2013 dan selamat hari lahir suamiku :D

Mula-mula nak ucapk selamat hari lahir yang ke 34 buat suamiku yg tercinta, Fairul Hisyam a.k.a Pakcik Botak pada 31/12/2012. Kebetulan dia ambik cuti sampai akhir  tahun selepas outstation seminggu KL-JB. Pastu Sabtu balik Dungun dan sambutan dibuat di Dungun.Tapi diawalkan sehari sebab esoknya iaituhari birthday 31hb tu nak daftarkan anak sedara masuk sekolah form 5.

Sebenarnya awal-awal lagi Pb dah request nak suruh buat makan-makan utk family je lah. Jadi menu adalah nasi ayam.


Buat banyak sangat guna 2 ekor ayam. Esok pagi boleh makan lagi hahahahah tapi puas hati la semua boleh tambah tanpa was was hahahaha.

Ok ini entry pertama tahun baru 2013. Selamat tahun baru buat semua, semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Tahun baru dimulakan dengan hujan yang kembali turun dan tak berenti.



Mendung. Hujan tak berenti walaupun tak lebat dan air longkang dah penuh. Tapi tak melimpah keluar sebab taman sebelah umah aku ni baru buat longkang besar jadi air mengalir dengan baik.

Ok sejuk nih, nak mandi pon malas hahaha. Apa azam tahun baru ye? Aku punya azam nak mengait banyak-banyak, jahit manik banyak-banyak dan belajar sesuatu yg baru dan mahu menjadi orang yg lebih baik. Dan sudah tentu ingin menjadi seorang ibu satu hari nanti. Semoga diperkenankan Allah.


2 comments:

  1. Sejuk kan aekang..erkhh..besnye tito...;)

    ReplyDelete
  2. Amin..twins sepasang trus kakna ;)))

    ReplyDelete