Sunday, January 6, 2013

Maharaja Lawak Mega 2012

Satu hari tu, Pb balik keja bagi satu envelope. Bukak je ada 2 kepning tiket MLM. Waaahhh apa lagi hahahaha. Kebetulan pada malam yg sama PB ada jemputan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT 2013) kat luar stadium. Pastu cadangnya terus masuk stadium.

Malam tu pegi la awal kul 8 pasal kena hadiri pelancaran TMT 2013 dulu. Mula-mula duk belakang bajet senang nak kuar. Sekali staf dia panggil kena duk depan pulak dekat jabatan masing-masing, aku ni dah la pakai blouse biasa, ah belasah je. Tp ada untung nya duk depan hahaha depa bagi tiket MLM baru dan specialnya tempat duduk kat Arena iaitu depan stage lah. Yg Pb wat balik sebelum ni Upper tier punya tingkat atas tu free sitting. dan dekat tiket tu siap ada cop 'WAK' lagi rupanya dah direserved so xyah berebut lah hahahaa best-best.


Masuk je mak aiii ramiainya orang. Kami ni mujur dapat tiker free kalu x mmg tak pegi lah tak kuasa nak berebut tiket. Cari punya cari tak jumpa seat, main belasah je duduk pastu Pb gi dekat kwan dia kat depan. Sekali dia panggil. Seat kami hanya 2 baris di belakang juri! tapi kami punya belah kanan stage, kat tengah2 tu opkos VIP lah, MB dan exco dan yg sewaktu dengannya. Tapi best lah dekat giler.






Kesimpulannya best le jugak sebab benda free kan. Semua gambar kredit kpd FB MLM 2012 kecuali 2 keping yg pertama. Merasalah tengok Lisa Surihani live, putih melepak. Yg aku suka opkos Jozan la walaupun hanya Zizan sorang diri. R2 pun aku suka  tp dah kuar dah.

Habis je MLM tu Zizan wat persembahan lagu dia dgn Kaka la. Kaka ni sebijik gaya Ella, liuk lentok hmm mcm tiru plak ahahaa.

OK, sampai rumah kul 1, pastu makan burger bakar. memang 'terbaik'  sangat tengah malam buta melantak lagi hahahaa. 

3 comments:

  1. Saya nak kena tgk balik ahh..nak cari awak ngan PB hahahahah...kot2 terselit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha x n,pk la su,kamera asyik fokus bhg tengah je hehehe

      Delete