Tuesday, January 29, 2013

Jalan-jalan ke KB

Minggu lepas anak sedara PB dan kawannya dari Seremban datang bercuti. Sembang punya sembang maka panjanglah langkah kami ke Kota Bharu. Spontan punya plan hahaha. Kebetulan cuti panjang kan tapi di Terengganu cuti sampai Sabtu je, Thaipussam tak cuti.

Macam biasa, kalu pi KB mesti stay kat Khalifa Suites and Apartment kat bandar Kb betul2 depan Masjid Muhammadi. Nasib baik booking dulu pagi sebelum bertolak, bilik dah hampir penuh tu yg dapat single twin. Bertolak pagi Jumaat pas pekena nasi dagang Kak Pah kat Bt Buruk pastu terus shoot ke KB dan sampai kul 12.30. Sempat PB solat jumaat di Masjid Muhammadi.




Bilik air cantik dan bersih. Itu yg paling penting.


Makan tengahari bersama ustaz Rosli, Imam Tua Masjid Muhammadi. Imam Tua tu maksudnya imam senior. Tuan nye muda lagi hehehehe. terima kasih ustaz belanja kami.


Malam pulak ke sini destinasi kami. Terletak dekat area Tesco je, dari jauh dah nampak. Betul betul tepi sungai.


Restoren ni bentuk kapal. Atas darat tapi  betul2 tepi sungai. Ada lagi satu kapal tapi kecik skit betul2 atas sungai tapi x sempat  nak ambik. Juga dijadikan restoren.



Ini menu kami. Kongsi saje psl sebelum tu dah melantak macam-macam hahahaha.


Yg tudung hitam masih available, tudung corak2 tu single but not available, makcik yg tengah tu no komen ye hahahahaha.




Siap ada tempat pancing udang galah lagi. Dia buat keliling kapal ni, aku ingat saje dia buat hiasan rupanya tempat mancing. Ada kerusi disediakan. Best sangat rasa xmo balik hahahaha.

Hari kedua mau balik dah tapi sebelum tu makan dulu. Kammi berpecah pagi tu, anak2 dara nak pi pasar Siti Khadijah dan kami pi sarapan kat Hayaki. Kalu pi Hayaki Kopitiam ada menu yg wajib order hahahaa.


Ini diaaaa! Mango rock yg best dan rasa nak order satu lagi hahahaha.


Sarapan nasi kukus hayaki. Hehehe masa ni dah kul 10 dah. Sedap nasi kukus dia.

Perjalanan balik bermula. Kami tak shopping apa pun just enjoy jalan-jalan. Biasa gi KB mesti beli beras tapi beras kat umah ada lagi.

Sampai kat Besut singgah makan keropok. Juga acara wajib apabila lalu di Besut hehehe dan semestinya kedai ni menjadi pilihan kami setiap kali.



Keropok kedai ni memang terbaik ah. Kita order baru dia goreng, lembut dan garing. Lawan plak dgn air nyor, fuhhh perot kenyang jadi lapar balik hahahhaa.

Panjangnya perjalanan hahaha. Sampai dirumah pukul 3 lebih kurang. Ok satu short trip yg menyeronokkan. Next trip ke mana plak kita ye? Tungguuuuuuu.

1 comment: