Friday, December 28, 2012

Big Bad Wolf

Excited sangat nak cite pasal Big Bad Wolf (BBW) nih hahaha. Aku mula-mula tau pasal BBW ni tahun lepas, tapi tak sempat pegi lah tahu pun dah last minute. Tahun ni plak kebetulan PB ada talk kat KL so aku dah susun jadual siap-siap.

Tapi malangya 2 hari di Kl lepas je abis kursus Pb demam lak adoyaiiii. Musnah harapan ku huhuhuhu. Namun begitu dah jadi rezeki aku kut, chat punya chat dengan dak Alis nih, depa setuju nak mai ambik aku wuhuuuu!! Hari-hari terakhir BBW tu depa bukak 60 hours non stop so 24 jam la boleh pegi. Plan asal nak pegi pukul 2.30 am tapi di tukar ke pukul 1.30 am. Masa sampai orang masih ramai lagi.


Aku dan Alis, 1st time jumpa nih hehehe.


Hasil rembatan kami berempat.


Ni aku punya hasil rembatan. Sebijik novel tu hanya RM8 ok! Ripleys tu RM 10, Guiness tu RM 12. Total semua RM78 je. Kalu harga betul RM30++ utk sebijik novel ok.

Thanks to Dilla sudi ambik akak  join BBW :D

 Us

Ok, tahun depan aku nak pegi lagi tapi nak pegi awal-awal. Takmo lah gi hujung-hujung. Bila mau start baca ni ye? 

Thursday, December 20, 2012

Hobi baru :)

Ok ini hobi baru saya :D banyak nya hobi aku. Ari tu dah pi belajar pastu kita buat kat baju kita plak kan.



1st trial. Tak berapa menjadi sgt, manik tabur pun main ikut suka je psl tak cukup manik hahahahaha. ok baju sendiri tak lawa takpe hehehe.


Baju pelanggan ku yg pertama tak lainh tak bukan makcik ku sendiri hahahaha. Pattern ni aunty kedai manik tu yg bagi dan dia sangat pandai mecing kan manik dgn kaler baju hehehe best aku takyah pening nak pikir kaler apa yg sesuai. Tunjuk je baju kat aunty tu dia sap sap soi ambik manik. Senang keja takyah pening pikir cuma bayar lah harga manik tu jgn ambik free plak hahahaha.



Baju kedua juga dari orang yg sama. Pattern ni aku gugel tapi lupa sape punya. Credit kpd tuan punya pattern.


Tambahan bahagian depan baju. Yg ni aku reka. main lukis atas kerta dulu takut silap huhuhu sib baik menjadi. Ada 3 helai lagi yg perlu disiapkan menjelang tahun baru nanti. Baju cikgu nak pakai gi sekolah, tak lain tak bukan sepupu ku jugak hahahahaha.

Ok, tatkala entry ini dipublish aku berada di Kuala Lumpur kotaraya yg penuh warna warni. Ceh tetiba lak hahaha ok jom Alis kita lepak kat Big Bad Wolf!


Wednesday, December 19, 2012

Durian crepe lagiiiii!

Adoi tak habis-habis durian crepe. Kalu diikutkan ni kali ke 3 dah aku buat nih. Kali pertama wat umah makcik aku ari tu, kali kedua buat hari Jumaat. Pastu ada lebihan isi durian dgn cream banyak jugak so esok nya Sabtu aku buat sekali lagi perabiskan balance yg ada. Masa buat Jumaat tu dapat sikit je dalam 25 biji pastu bagi kat jiran sebelah skit pastu simpan utk adik aku request nak makan dgn bff aku yg mengidam sokmo Cik Umie kita.



Kali ke 2 dan ketiga dah boleh agak camne nak wat nipiskan crepe tu. Mungkin tak cantik mcm yg jual tapi utk makan dah terlebih cantik dah hahahaha ok naik lif tekan sendiri hahahaa.

Ok kesimpulannya semua orang kata sedap. Sedap la sebab durian dgn cream tu yg buat jadi sedap, whipping cream aku guna cap Rich memang perfect rasanya. 1st time buat ari tu guna Value Pride sedap jugak cuma manis skit bagi akulah.

Ada yg tanya tak jual ke? Maaf la sebab aku buat utk makan je rasanya tak larat kut nak buat untuk jual. Dah ramai sangat yg jual kan huhuhu. Ni pun buat sebab ada permintaan since durian dapat free hahahaha. Kalu kena beli takde maknanya aku nak buat hahahahahahaa. Ok tak kelaka bai.

Tuesday, December 18, 2012

Mekap

Ari tu duk chat dgn Fiza dia kata kawan dia nak suruh mekapkan adik nak bertunang. Ok boleh je. Hari Jumaat minggu lepas sebelum zohor aku pi rumah yang nak bertunang tu, tak jauh pun area rumah mak aku juagk dekat dengan sekolah rendah. Pengantin nya comel sangat macam Umie Aida pun ada hehehehe.



Awal-awal masa sms kakak Jannah ni dah bgtau adik dia ni mengalami masalah jerawat yg teruk. Ok, xpe kita cuba tutup mana yg termampu. Kening aku tak usik dia dah siap pantis.


Hari Isnin pal nak mekapkal Lieza untuk sambut menantu. Lieza kawan sebelah pejabat masa keja dulu. Muka dia macam mat saleh huhuhu. Betul tak tipu.



Lieza mempunyai mata yg dalam dan tulang kening yg tinggi. Senang nak mekap.


Nakal Lieza nih :D


Ok, aku tak reti nak buat rambut. Untuk bagi nampak ayu aku jalin rambut kat tepi dahi ke belakang kasi kemas pastu lepas je lebihan rambut ke tepi.

Ok itu je baiii.

Monday, December 10, 2012

Durian crepe

Haishh orang buat durian crepe aku pun nak buat durian crepe. Sebenanrnya aku tak tau kenapa baru skrg glamer durian crepe ni. Aku dah pernah makan dulu tapi nama nya durian pancake le. Aku dah penah citer dah dulu. 

Ok, sebenanrya aku pi rumah makcik aku nak hantar baju dia dah siap jahit manik, pastu sepupu aku tanya lak pandai tak buat durian crepe tu? Aku kata tak pernah buat tapi tengok resepi macam senang je. Plan punya plan terus setuju nak buat kebetulan ada durian. Pi kedai cari whipping cream, pewarna kuning dgn esen vanila. Aku gugel punya gugel nak cari resepi yg paling senang dan simple, jumpa lah cikepal punya. Sonang  yo! Tayah nk guna banyak jenis tepung, ko pakai tepung gandum dah cukup. Ada aku tengok kat fb sape ntah dia jual durian crepe  ni, siap mention dia guna 5 jenis tepung tapi tak guna tepung gandum. Amboii macamkan guna tepung gandum tak sedap. Aku guna ok je sedap jugak.

Ok lah layan je lah, resepi kat bawah ye. Lupa lak nak ambik gambar bahan-bahan. Nanti bukak je blog cikepal, aku tiru sebijik dia punya.

Bahan-bahan :-


250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Utk filling :-

Isi durian
1 cawan whipping cream 

Cara-cara:-

Ok senang je,ko satukan semua. Masukkan tepung, santan, air, telur,m garam, esen vanila, garam dan pewarna kuning. Pastu aku guna hand mixer senang skit sebati.

Pastu whipping cream tu pukul la sampai gebu.




Pukul sampai sebati. Pastu tapis dulu kasi buang ketul-ketul.


Dah siap tapis leh start mengcrepe plak. Pastikan guna kuali non stick ye.


Tuang satu senduk pastu gelek-gelek bagi nipis dan rata. Aku tak tau nak agak besar mana nak buat crepe ni. Yg aku buat ni tak besar mana so masa nak lipat susah skit.


Jadilah durian crepe hahaha. Agak comot lipatan tapi tetap gebuuuu. Yg pecah pun ada hahaha. Tak sempat nk simpan dlm peti ais, dorang ni tak sabar nak ngap.

ok, aku guna whipping cream cap Value Pride. Sedap macam aiskrim. Jangan lupa cek cop halal ye dan utk lebih faham lagi boleh baca kat blog Kak Ita Masam Manis ni mengenai perbezaan whipping cream. Jangan sampai salah beli kang jo pukul tak kembang-kembang hahahhaah.


Ok lah aku rasa 1st time buat ni menjadi lah walaupun berpeluh ketiak nak menyiapkan crepe. mencabar jugak nk buat crepe tu jd nipis. Aku rasa nak buat lagi sekali lah. Sape nakkkkkkk?? Ok sila datang rumah :D




Sunday, December 9, 2012

Pancake a.k.a lempeng orang putih

Pagi Jumaat ari tu celik mata je teringat nak buat apa untuk sarapan pagi ni ye? Tetiba ada idea nak buat pancake. Pancake le sgt kan hahaha. Kalu lempeng melayu lain ni kira lempeng org putih lah kan hehehe.

Gugel punya gugel terpikat pada resepi Cik Mat Gebu yg guna self raising flour malangnya aku punya self raising flour dah expired. Bau pun semacam je. Kalu tak berbau mungkin aku guna lagi hakhakhak. Pastu jumpa resepi dari MyResepi.com. Lebih kurang je plus yg ni lagi senang. Guna tepung gandum pastu masukkan baking powder, jadi lah self raising flour hahaha sama je kekdahnya hahaha.


Yg hangit skit tu bukan apa aku ralit tengok buih tepung tu pecah hahahaha.


Makan dengan madu dan sos coklat. PB suka madu aku suka campur. Tapi kalu ada sambal bilis lagi best nih. Ok, resepinya spt kat bawah.


Bahan :-

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu besar minyak (aku guna minyak jagung)

Cara-cara :-

  1. Satukan tepung dan baking powder
  2. Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur hingga kembang dan putih. Dalam  bekas lain, campur kuning telur, gula dan susu. Kacau sebati.
  3. Masukkan minyak dan susu ke dalam no 1 tadi. Masukkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
  4. Sedia utk dimasak atas non sticky pan dgn api sederhana.
Aku buat ni dapat dalam 6-7 keping. Kira utk 2 org makan je lah.

Sumber dari MyResepi.com.

Saturday, December 8, 2012

Sms Misteri

Hahahaha tadi saja duk belek draft dlm blog ni. Ternampak lah tajuk 'sms misteri'. Sebenarnya aku dah publish dah masa Ogos 2008 dulu. Haaaa ambik kau 4 tahun yg lalu. Pastu bila dipikirkan balik aku simpan sebagai drafj je lah walaupun sempat publish. Aku tak nak delete sebab aku nak simpan sebagai kenangn hari tua.

Tangan aku ni gataaallll je nak tekan publish hahahaha tapi kalu aku publish mungkin akan jadi kontroversi antara aku dgn seseorang. Adoyai tak sangka plak benda mcm ni boleh jadi kat aku. Biasalah kan manusia, dalam ramai-ramai yang sukakan kita mesti ada jugak yang tak suka kan. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Sebenarnya aku tengah boring ni, tadi aku siapkan manik kat baju makcik aku. Dah lama dah tak buat-buat lagi. Aku ikut turn dgn mengait sebenarnya. Dah siap skit bunga kat lengan esok nak buat tangkai dgn manik tabur plak.


Syok sebenarnya buat manik ni cuma kena perah otak cari idea lah nak wat pattern mcm mana. Aku ni baru berjinak-jinak dalam dunia manik ni jadi otak tu selow skit nak pikir pattern. Sudahnya gugel je laaa. Antara memanik dgn mengait mana paling best? Hmmm mengait sudah tentu no 1 di hatiku hahaha. Aku suka mencuba sesuatu yg baru sebenarnya.

 Aku ada beli  buku manik, pastu ada cara sulam bunga dgn benang, hihihi rasa nak cuba. Pastu tetiba teringat kat cross stitch. Dulu aku suka buat cross stith. Rasa nak buat jugak tapi ada ke masa nya  senah oi? Nampaknya aku kena siapkan semua tempahan baru boleh pikir nak try buat cross stitch atau sulam.

Ok dah melalut, aku nk tido dulu. Babaiiii.

Thursday, December 6, 2012

Resepi : Nasi minyak mekah

Nasi minyak mekah ni aku tak tau lah sama ke tak dengan nasi arab tapi hampir sama tapi berbeza jugak. Paham ke tak ni? 1st time makan masa gi umah mak Salwa kat Besut. Dia dah bagitau awal nasi ni tak makan dengan kuah. Aku dah cuak dah pasal aku memang makan nasi kena ada kuah hahhaa. Ok, nasi minyak mekah ni memang asal Mekah sebab arwah ayah Wa memang orang Mekah, kawen dgn mak Wa orang Thailand. No wonder la Wa cun melecun mcm orang arab sebab kacukan Arab+Thai. Mak dia pon comel :D

Tapi bila makan tu rasa sedap plak walaupun xde kuah. Aku siap bertambah hahahahahaha. Ok pastu minggu lepas Pb dgn Adzhar ada kursus kat Melaka, so aku berkampung kat umah Wa sebab teman dia lagipun dah sampai bulan. Risau jugak kut terbersalin ke. So plan dgn Wa nak buat nasi minyak mekah ni masa hari suami-suami kami balik.

Maka bermula lah misi hahahaha. Aku tak expect akan sedap macam mak Wa buat hehehe. Harap-harap aku masih ingat bahan nya hahhaaha.


Bahan A  (kisar kering)
Jintan manis
Ketumbar
Buah pelaga

Bahan B 
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Tomato puree
Buah tomato (dipotong)
Minyam untuk menumis
Garam gula secukup rasa
Beras (basuh bersih)
Air
Bawang besar (dihiris bulat)
Ayam dipotong suka hati.
Salad

Bahan C (sambal)
Buah tomato (lebihkan buah tomato)
Cili besar (2 biji cukup)
Air perahan limau nipis
Garam gula secukup rasa
* semua bahan C di kisar sehingga lumat)

Bahan D (acar)
Timun ( dihiris utk buat acar mentah)
Cili besar (hiris halus)
bawang (hiris halus)
Cuka
Garam gula secukup rasa
Daun sup skit.
*gaul sekata semua bahan D.

Cara-cara :-
  1. Mesin kering Bahan A sehingga lumat. Panaskan minyak dalam periuk. Aku guna rice cooker, terus tumis dlm tu. Tumis bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan A yg telah dikisar. Tumis seketika, masukkan buah tomato dan tomato puree.
  3. Dah agak naik bau, masukkan ayam yg dipotong dan dibasuh bersih. Kalu agak kering tambah air skit. Tapi nanti air ayam akan turun. Gaul sehingga rempah sekata menyaluti ayam. 
  4. Agak-agak dah separuh masak masukkan beras dan air yg mencukupi. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
  5. Tunggu sehingga rice cooker masak dgn sendiri nya hahahaha.
Ok ada 2 versi sebenanrnya. Masa aku makan dekat umah mama Wa resepi nya seperti di atas iaitu ayam di dalam nasi. Versi yg aku buat dgn Wa ayam tu dikeluarkan setelah separuh masak dalam rice cooker sebelum masukkan beras. Kemudian goreng ayam tu. Ni pun mak dia ajar jugak.


Aku tinggalkan 2 ketul ayam dalam tu. Ok dah siap lah ni. Makan bersama sambal tomato, acar mentah dan salad, itu je. Tiada kuah ye. Aku suka dua2 versi sebenanrnya. Kira berjaya jugak lah 1st attemp cuma kurang garam hahaha. Ok aku rasa nak buat lagi sekali hehehehe. Gambar complete dgn sambal dan ulam xdok plak lupa nak ambik. Aku harap resepi ni dah betul dah, kalu ada pembetulan nanti aku update.

Ok sebenanrnya aku tak reti nak agak brp banyak rempoah nak guna tu sebab mama wa dah bagi siap satu plastik kita just blend je. Ala korang agak2 lah ye. Kpd sape2 yg bertanyakan resepi tu sila lah cuba ye. Tak jadi aku tak tanggung hahaha ok gurau je. 


Wednesday, December 5, 2012

ABC Katana - The best in town

Hahaha ini ikut selera aku lah. Memang the best in town. Tak tau lah selera orang lain plak. Tapi air jagung Lan Banana tetap di hatiku hahahaha.


ABC ni dia letak abc cendol dlu kat bawah, dgn cendol, air nisan pastu parut ais lg kat atas dan yg bestnya ada chip coklat.


Kepada sesiapa yg terliur terutama Ina yg tgh pregnant sila maafkan hamba penunggu gua. Sila dapatkan ABC ni di warung Katana jalan Wakaf Beruas. hehehe


Tuesday, December 4, 2012

Kenduri di Shah Alam

Ni Sabtu minggu lepas punya kenduri. Yg berkahwin adalah anak sepupu kepada mak aku. Kiranya tok pengantin dgn arwah tok aku adik beradik lah, toknya duk Johor. Mak si pengantin ni duk Shah Alam. Oleh sebab kalu kita yg kat Trg ni kalu buat kenduri mereka selalu datang jadi mak aku pun nak pegi lah kenduri depa ni. Ayah pun ikut sekali jadi satu kereta kami berempat je. Sedara mara lain keta masing-masing lah.

Kami bertolak Jumaat pas aku mekap Amirah dalam kul 11 mcm tu, pastu balik esoknya Sabtu dlm kul 2.






si gadis berkasut pink. siapakah gadis itewwww :D


ok bai. 2 minggu lagi p KL lg.

Monday, December 3, 2012

Selesai satu hutang, ada satu lagi

Alkisaaaahhhh.

13 yg tahun yg lalu aku telah menyambungkan pelajaran di peringkat diploma di univesiti tempatan yg dulu nya dikenalai sebagai UPM cawangan Terengganu atau UPMT. Masa tu aku ambik loan Yayasan Terengganu. Tapi kawan-kawan yg lain semua ambik JPA. Masa tu PTPTN xde lagi. PTPTN aku ambik utk degree. Bila nak abis xtau lah.

Setelah 13 tahun berlalu baru tahun ni abis bayar hahahaa. Dulu ada duit bayar xde duit tak bayar. So, baru ni cek baki ada lagi RM940. PB kata bayar habis terus. Ok aku sangat bersenang hati hahahha.


Terima kasih Yayasan Terengganu kerana memberi pinjama utk aku  mencari ilmu, dan terima kasih yang tak terhingga buat suami ku yg menaja pembayaran ini hahahahahaha. 

Sunday, December 2, 2012

Online shopping : Terkena atau tertipu?

Aku sebenarnya memang suka online shopping ni. Semenjak dua menjak kenal m2u, fb semua kan, dah banyakk sangat barang aku beli kut. Biasa aku beli baju lah. Dulu2 beli blouse, sekarang ni tambah lagi satu iaitu jubah. Setakat ni aku tak pernah kena tipu lagi tp kalu rasa tak puas hati tu adalah. Tipulah kan kalu kata semua ok, dah nama online shopping ko hanya boleh tengok dlm skrin je lah, tp kena terima hakikat lah kan dah ko nak beli sangat.

Nak dijadikan cerita setahun setengah yg lepas aku ada beli bantal yg bentuk haiwan yg comel2 tu. Aku rasa ramai jugak yg jual. Aku berkenan sgt wei sbb ingat nak letak depan ruang tamu ats tempat kami selalu lepak. Bantal tu besar jugak so memang comel lah kalu letak situ. Aku pun beli lah 2 biji dgn harga sebijik kalu tak silap aku rm36. Jadi 2 bijik rm72 la kan, postage aku lupa brp. Aku beli ni dgn sorang blogger yg agak glamer jg kut. Dia ada blog yg jual-jual brg ni, blouse, handbag semua ada.

Dia ni kalu sape baca blog personal dia memang rasa dia ni baik sgt dgn kisah cintanya yg bagaikan telemovie. Ok, bantal tu sebenanrya pre-order pastu barang tu dari  over the sea lagi so kena tunggu la utk satu tempoh kan.  Tunggu punya tunggu adalah 2 bulan, aku tanya dia brg tak sampai lg ke? Dia kata barang xde stok kena tunggu, lbh kurang camtu lah aku malas nak buka email.  Tak lama lps tu aku email lg dia mintak tunggu lagi. Aku tak la syak yg dia nk tipu ke apa. Tak percaya plak kalu dia nak tipu sebab aku tengok ada je blogger yg beli baju dgn dia ok. Ok aku bukan nak kata dia tipu. Last last dia kata tnggu sampai Nov tahun lepas, kalu tak nak dia blh refund balik duit. Ok, aku kata aku sanggup tunggu sebab aku memang nak bantal tu. Sebenanrnya kalu nk kira kan sampai ke hari ni hampir 2 tahun lah.

Ok kemudian aku email dia 3,4 kali jugak since dh lama sangat kan, dan dia reply katanya barang tu memang takde. Ok dah takde kena lah refund duit kan. Pastu dia kata partner dia dah refund semua. Ok part ni aku x puas hati. Aku bukan hadap sangat duit tu tapi kalu aku beli benang nona mau dekat 60 ketul dapat tu. Dia kata partner dia dah refund, aku balas ada email tak inform yg barang tu x dpt la sekian sekian bla bla. Dia pun mcm tak pasti nk jwb. M2u hanya blh trace setakat 3 bulan je. aku cek mmg takde masuk amount tu. Cek email pun xde plak. Last2 dia kata nak refund dan mintak no akaun aku semua. Tapi sampai ke hari ni nan hado! hahaha terkena aku, padan muka.

Ok aku sebenanrnya terkilan sebab dia ni glamer la jugak. Pastu blog dia aku baca, tp tak sangka plak jadi mcm ni. Tak tau lah kalu org lain yg order sama aku dah dpt refund kut aku sorang je jadi mcm ni. Hmmm nak kata apa ye, aku halalkan lah nk buat cmne lagi kan. Bukan rezeki kita.


Ni lah rupanya bantal tu. Kalu aku buh nama bantal ni nanti kalu gugel terus kluar blog tu. Huhuhu