Sunday, November 25, 2012

Mekap Amirah nikah dan sambut menantu

Amirah ni adik ipar kepada adik saya. Ari tu dah mekap utk tunang, pastu dia request utk mekap nikah dan sambut menantu. Yg sanding punya dah ambik sekali dgn pakej pelamin.Nikah pagi Khamis, sambut menantu esoknya Jumaat. Dia ni misi so takleh cuti pjg tu yg esok terus buat majlis belah laki.

nikah



Sambut menantu.

Ramai yg tanya kenapa aku tak buat serius bisnes mekap ni. Entahlah aku rasa aku hanya suka-suka je. Caj pun sedang-sedang je setakat saudara mara, kawan-kawan gitu lah. Bulan 12 ni ada 2 lagi yg menanti ok lah boleh wat beli benang hahahahaa.



Saturday, November 24, 2012

Himalaya peel off mask

Ari tu pegi watson nak beli benda apa ye, pastu round punya round teringat pencuci muka dah nak abes. Ari tu pakai Nutox tp rasa nak tukar Simple balik. Dulu aku pakai simple, yg bestnya sebab dia  lembut dan isi dia banyak. Tahan lama. Pastu jumpa lak peel off mask ni. Aku memang dah lama cari. Dulu selalu beli yg cucumber Avon punya tp takde dh skrg ni rasanya. Beli je lah yg ni boleh pakai lama. Harga kalu tak silap RM27.90. Tapi banyak lah aku rasa setahun tak abis ni.



Macam biasa lah, model tak berbayor. Letak muka dia lah, takkan nak letak muka aku lak, kang kena edit tak bagi nmpk rambut lak. Senang buh muka pakcik ni je.

Kesimpulannya aku suka sgt peel off mask ni. Dari beli yg peket-peket 5.90 sepeket tu sekali pakai baik ko beli yg ni boleh tahan bertahun hahahaha.




Friday, November 23, 2012

Anak sedara pertama kahwin

Oh terasa sudah tua. Ni anak sedara Pb yg sulung. Anak abg nya yg sulung di Kuantan. Hari tu dah bertunang so majlis nikah 9/10 ari tu. Pastu kenduri esoknya 10/10. Maka berkampunglah kita di Cenderawasih.


Pelamin dalam rumah.


Meja makan di luar rumah.


Pakcik-yang-rasa-dah-tua-tapi-memang-dah-tua-pun tengah menstapler alas meja makan utk tamu.


Dah selamat dah Wani dan Afiq. 

Anak sedara Pb no 3. Aku nampak pendek kah? ok jgn tertipu. Kasut fatin tinggi dan tebal ok. sebenarnya aku lagi tinggi dr dia tp sebab aku pakai kasut flat dan dia punya kasut tinggi mcm KL tower hahahaha.


gambar kontoroversi abad ini :p


Pengantin tua hahahaha. Muda lagiiiiii :D

Gambar sanding dlm fb. Tak sanding pun sebenarnya, ambik gambar pastu makan-makan gtu lah. Petang tu aku duk membungkus lauk tak habis. Penat berdiri malam tu sakit betis.

Nanti anak sedara dapat baby jadi nenek la aku ye, Nek Na hahahaha.


Thursday, November 22, 2012

Update makan

Assalamualaikum....  sapu sawang skit hehehehe. Lama tak hapdet. nape lah malas sgt nih. citer banyak tapi banyak hal lak aku nih. Kita update mana yg ada.

Kita update psl makanan lah. Hehehe ampunkan kami penunggu gua kalu ada yg terliur. Ala makanan biasa-biasa je.


Ni bubur jagung aku beli jagung dgn Anne. 80sen setongkol. Jagung comel lote. Aku beli RM20. Mulanya ingat nak buat bubur banyak-banyak pastu bagi kat jiran tapi malas plak. Kebetulan masa balik petang tu semua jiran ada kiri kana depan. Aku bagi Kak Siti 5 tongkol, Kak Mi 6 tongkol, umah Cik depan ni 4 tongkol. Pastu selebihnya aku bagi mak dan aku punya aku wat bubur jagung.Sebelum aku post gambar bubur jagung ni aku dah hantar siap-siap 2 bungkus ke pembaca tegar blog aku nih hahahaha. Jgn marah ina dgn An :) .Ina sedang mengandung sebab tu aku hantar, kalu tak sian dia terliur :P


Ok, ari yg sama aku buat bubur jagung tu aku masak sekali utk makan malam. Makan petang sebenarnya. Aku buat kari telur. Ada telur kenduri anak sedara PB kawen ari tu. Kari ni aku buh santan. Tak tau nak agak sudahnya pekat skit. Telur nya 2  butir je hahahaa, cukuplah sekali makan. Resepinya aku tiru kat belakang pek kari Baba's.


Haa ni meatball feveret aku. Ko tengok jenama apa tu? hehehe jgn jeles ok. Sardin pun ada meatball pun ada. Ok takleh cite panjang sgt nanti PB jeles hahahaha.





Ok, ni makan masa petang tadi. Pagi tadi aku p mekap orang. Pastu ptg ambik PB bali keja so lapar ajak dia singgah makan. Mula-mula nak KFC tp sekali sekala tukar selera A&W pulok. Sedap dr McD sebenarnya. Oh nachos tu sangat sedap ok. Try la beli kalu tak caya tapi atas selera masing-masing le kan. Utk pemanis mulut wafle dgn aiskrim.

Sekian update psl makanan. Kalu adayg terliur pegilah ke kedai berhampiran anda :D


Wednesday, November 7, 2012

Sutera Terengganu Eklusif

Ok, ni ada kain sutera untuk dijual. Aku tak reti nak promote sangat tapi jenguk-jenguk lah kalu rajin. Nak lagi banyak blh tengok FB.

Material adalah sutera crepe bukan satin ye, lebih senang digosok berbanding sutera satin. Dan corak ni adalah eklusif. Dan untuk perhatian ni bukan dari Pasar Payang ye dan kualiti adalah sangat  bagus, aku dah beli dah satu je hehehe nak kumpul duit jugak nih.









Ok, banyak lagi sebenarnya. Utk tengok pilihan lain boleh klik kat FB aku ni. Sebarang pertanyaan boleh konen dan tinggalkan email atau fb anda . Atau lagi bagus guna fb lah ye.


Selamat menjamu mata :)

Tuesday, November 6, 2012

Menu hari ini 6/11

Ni update org takdak idea. Serius aku bukan malas nak update tp photobucket buat hal. Takleh  upload gambar. Adoi, kalu  blh tak nak guna blogger punya space gambar takut jadi macam dulu. Kalu macam ni baik beli dot com je kan.

Ok berbalik kepada topik. Hari ni menu simple je. Sebenarnya hari-hari simple hahahaha makan berdua je. Banyak-banyak tak habis pulak.


Nasi, tomyam sayur, ikag goreng, telor dadar. Cukup lah utk aku berdua dgn PB. Tomyam dgn nasi ada belen lagi esok boleh aku sarapan hahahaha.


Ni pulak menu malam kemaren. Ni menu kat kedai hehehehe aku sakit perot tak masak. Ni makan kat Katana. aku order kuewteow kungfu. Nampak sangat menarik dan mewah, udang sampai 4-5 ekor, sotong lagi, laici 3 ketul, fishball lagi tapi sayang rasanya tidak menepati  tekak ku. Lain sangat rasa comparedgn yg penah aku makan kat kedai. Tapi habis jugak hahahahahaha. Dasar kuat melantak hahahaha!

Ok, mulai hari ni aku akan update apa aku masak setiap hari. ok bye.


Latest pic of me and my lovely cousin Along. Good luck on your SPM! Banyak plan kita pas Along abis SPM nanti :D. Nampak tak kasut pink kitew hew hew hew.