Wednesday, October 31, 2012

Manik crumble le pulok

Ok, this is my new passion. Aku tak de lah minat sangat tapi nak try jugak jahit manik ni. Alkisahnya ari tu Farah ajak join satu kelas manik crumble and basic 3D. Yuran RM250 buat dekat Pengadang Buluh iaitu dekat Kedai Buluh.

Ok gikgu yg ajar manik ada 2 satu lelaki dan satu perempuan . Ok aku ingt dia  gurau masa Fea (cikgu perempuan) kata yang laki ni pun cikgu rupanya memang betul. Orang nya engineer tapi boleh jahit manik. Aku tak mampu ok, ko mampu? hahahaha terer ah.

Kelas tu student nya 3 orang je termasuk aku, ok best sangat pasal boleh bagi tumpuan. Gmabra0gambar masuh ada lagi ni tunggu fea upload. Takpe kita masuk gambar yang ada.


Yg baju n tudung coklat tu lah Fea cikgu kitorang. Yg tudung kuning tu Zila, owner kedai jahit tempat kami belajar jahit manik.


ini yg aku belajar. Best sgt, aku bawak baju yg nak di jahit manik pastu mecing pearls dan manik yg sesuai terus beli boleh jahit kat rumah nnati. 

Tak sabar sgt tapi kena bersabar pasal aku kena siapkan tempahan mengait dulu ni waaaaaaa. Aku nak buat shawl utk Kak Emi yg sokmo order. Minat aku dah terbahagi kepada dua sekarang, camne nak bahagikan masa ek? Aku ingat nak stop ambik tempahan crochet sampai akhir tahun ni. Nak siapkan order dalam list pastu nak buat manik hehehhee. Ok harap-harap berjaya. Chaiyok chaiyok!

Tuesday, October 30, 2012

Dinner

Entry ni ada unsur-unsur seram yg agaj tak melampau, kalu rasa seram jangan baca. Kalu baca jugak aku ak tau hahahaha.

Ni dinner beberapa minggu lepas. Dinner ni sempena Program Peningkatan Kerjaya PTN 4 Negeri (Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor). Senang citer 4 negeri ni saja yang ada PTN mereka sendiri. Negeri lain tak guna PTN tapi PTD. Program ni diabuat 2 tahun sekali pastu selang sekali setahun. Aku pun tak paham camne. 2 2 tahun lepas dah buat kat Kelantan. Tahun ni Terengganu plak jadi tuan rumah.

Sepanjang program tu selama 4-5 hari kut aku tak ingat banyak lah acara sukan. PB tak masuk sukan tapi dia masuk untuk buat persembahan masa malam dinner macam tahun lepas jugak. Dipendekkan cerita Terengganu menjadi juara keseluruhan. Malam last iaitu malam dinner tu ada pembahagian piala dan persembahan dari PTN 4 negeri ni. Persembahan ni pun dipertandingkan. Terengganu punya buat kesinambungan daripada tahun lepas tapi lagi best la. Hahaha aku malas nak korek entry lama. Masih jadi hantu yg kacau aci yg rindukan suaminya pegi haji hahahha tapi elemen tahun ni lagi kelakar psl hantu-hantu menari gangnam le pulok. Dan menang lagi nampaknya persembahan.

Macam biasa aku pegi dengan Salwa sebab suami-suami kena pegi awal. Kat sana jumpa plak Kak Nor. Salwa comel sangat mengandung 8 bulan.



Ok, aku pun hampir tak cam hahahahha. 

ok bai

Tuesday, October 16, 2012

Update

Ya allah apsal la malas sangat nak update. Dah hampir setahun aku tak bekerja. Eh tapi masih bekerja sebenanrnya walaupun bekerja mengait je hahahha. Semalam satu hari aku tak balik rumah, malam dekat maghrib baru sampai. Sebenarnya ada plan dengan farah. Kitorang nak ziarah Syib yang baru keguguran ari tu.

Kluar dari rumah gi hantar PB p opis dulu pastu aku gi Klinik Rawatan Harian ada appoinment dgn O&G. Jumpa kat Ilmi jiran sebelah rumah. Rupanya dia pregnant lagi anak no 4. So dia ajak breakfast, sembang punya sembang jumpa Kak Siti plak, jiran sebelah rumah belah satu lagi hahahaha tp Kak Siti memang keja kat hospital no wonder lah terjumpa pun kan hahahhaa.Masa kat O&G Dr. Roziana yg bertugas ari tu, haa best la sebab dia dah tau history aku cmne, hampir 3 tahun aku dengan dia masa buat treatment kat Ibai Clinic last last dia refer kan aku ke HSNZ lagi senang.

Pas selesai dengan O&G vroom terus pi rumah Farah, tunggu sekejap pasal anak dia baru bangun tido . Mak nye plak baru nak mandi. Ok aku main-main dengan Aqeel dan Aqeef dulu hehhee comel la dorang nih. Pastu siap masuk dalam kereta la plak takkan naik motor hahaha. Otw tu Farah suggest suh tanya tailor baju aku tempah dah sipa ke belum/ Oh ye aku ada tempah baju kat 1 tailor ni. Org kemboja muda lagi sebab tailor biasa aku tu tak nak ambik dah. Aku nak pakai baju ni dalam minggu depan sblm raya kalu jadi lah. Ada dinner nanti. Harap-harap dinner tu dijemput isteri sekali hahaha kalu tak wat raya la. Aku risau jugak sebenanrnya sebab aku tak tau dia ni jahit ok ke tak. Ok ,aku sangat cerewet kalu pasal tailor ni. Tapi farah kata dia pernah cuba dan ok lah setaraf dengan tailor lama tu. LAgipun dia ni pernah keja dengan tailor lama tu hahaha. aku risau sebab kain aku beli tu sutera crepe, paling mahal penah aku beli lah tu yang sayang takut tak sedap hahahaha. Ok dah siap rupanya upah RM45 pasal buat kurung pahang+kain sutera lagi kan. Ok, cakap psl sutera ni nanti aku upload gambar sutera untuk di jual. Dan sutera  yg aku beli ni memang ekslusif dan takkan jumpa corak yg sama. Design adalah terhad ok, boleh kembangkan bisnes ni tunggu ye.


Baru basuh hahaha sori lah ye gambar kat ampaian je.

Ok, nasib baik cantik jahitan dan pakai pun sedap terletak je. Waah pas ni boleh la tukar tailor. Oh dia jugak boleh jahit tudung. aku tengok cantik plak pastu boleh request nak saiz besar mana kan. Tapi aku tak order lah pasal dah janji dengan Khalil nak go tengok tudung kat kedai dia kat stesen bas. Ok korang  boleh tengok kat FB Khalil kalu nak beli tudung, comel-comel belake weiii. Dia jual online jugak.

Ok habis citer kita pi umah syib di Gong Badak. Lepak-lepak sembang sembang. Budak Amir ni dah besar rupanya tak ingat nak ambik gambar dia. Nakal je hehehe. Dalam kul 1 lebih kitorang blah pasal anak-anak dah tidor dah. Nak hantar kopiah kait plak yg Fathy Kameel order utk anak dia, rupanya dia balik rehat kat umah, cari umah dia kat Gong Badak 4 pastu terus balik. Singgah umah mak aku jap nak ambik surat. Pastu makan nasi hahahaha. Lauk besttttt! Pas makan balik umah Farah dia nak solat, siapkan anak-anak semua salin pampers pastu kuar lagik nak pi pej pos, aku nk pos barang, farah nak ambik barang. Pastu dh dekat kul 5 terus tunggu PB balik lah sekali arung tp sebelum tu pi beli cendol dulu haus giler.

Pas ambik Pb nak hantar Farah balik lu. Otw tu singgah kat Pulau Kambing beli ikan degan sotong. Ikan kembung RM 10/kg. Ok lah segar dan saiz sederhana tapi bagi aku saiz besar dah. Sotong aku ambik yg kecik RM8/kg tp aku ambik setengah je. Udang tak banyak dan aku lagi suka beli udang kat Mydin, besar dan murah. Pastu hantar Farah, pastu balik rumah dekat pulu 7 pm sampai. Maghrib kan awal skrg so dah nak gelap dah. Siang ikan siap-siap masak nasi je. Lauk dah ada tadi tapau kat umah mak hahahaha. Bertuahpunyanak.

Ok sekian catatanku sempena hari semalam :D

Sunday, October 7, 2012

Adam dan Hawa

Weeeee besh nye citer ni.




Aku ni sebenarnya jaraaaaaaaangg sangat ikut drama bersiri ni. Malas nak tengok sebab takut terlepas episod dah tak best la. Tapi sebab org duk cong ceng cong ceng  kata cite ni best tambah pak aku suka heroin tu hehee. Abam Aaron ajis tu toksah cakap lah kan. Tapi takleh lawan suamiku PB  hahahahahah. Nampaknya abam aaron ajis kalah di tangan Pakcik Botak hahahahaha.

Ok ok, since aku takde astro 134 tu maknaya menggugel la carik mana nak tengok online. Kat youtube aku x jumap, ada trailer je. Akhirnya jumpa lah kat Dailymotion.com. Ko search je Adam dan Hawa. Dan aku agak ketinggalan keretapi jugak lah pasal skrg dah episod 24 tp aku baru nak tengok. Tapi xpe lah better late than never kan wahahahha kelass gituuu :D

Dah khatam dan dalam masa 3 hari siap ulang lagi yg part awal2 tu masa Am duk ngorat Ain, cuwiiittt sangat hahahaha. Ok pas ni aku nak beli novel dia plak lah hehehe. Dan aku kalu tak de cite ni mmg aku takkan beli novel ni pasal kisah cinta kan. Aku tak suka novel cintan cintun tp terpaksa akur dek penangan Am dan Ain nih hehehehe.

Ok ni link lagi sekali kalu nak tengok. Ni senarai cite. Korang klik je.


OST pun besh gilerrrr...cepat lah sambunggggg hahahhaha.

Tuesday, October 2, 2012

Nasi goreng sardin

Oh lapar lagi perut. Asyik mencekik je keja nya. Pagi tadi mkn megi goreng ala mi sedap tu. Sedap pulak perasa kari lain skit dari mi sedap tu. Kul 2 perut kreok kreok dah. Adoi kena makan lagi.

Ku turun tangga menuju ke dapor, ku tengok dalam periuk ada nasi semalam lepas je kalu nak buat nasi goreng barang sesenduk dua. Haahahaha apapunasekimaayatni. Ok nak letak apa dalam nasi goreng ye? Aku tak main la nasi goreng kosong mesti nk letak paling kurang udang ke sotong ke tp xde plak semua tu hahaha. Oh ada lebihan sardin buat sandwich ari tu. Belasah la mesti sedap ni.


Sedap le plak tengah-tengah lapar giler ni hahahhaa.

Ok, aku xde modal nk update sebenarnya :P

Monday, October 1, 2012

Lunch

Selamat makan semua. Ari ni lapar giler. Aku jarang makan nasi tengahari sejak tak keja ni. Biasa makan pagi pastu makan petang masa PB balik. Tapi sebab ari ni mendung je dan sejuk sangat buatkan perutku lapoooo sangat. Nak makan yg sedap tapi cepat. Apa ye?


Nasi panas + ikan goreng x letak kunyit + telur goreng + kangkungpetiktanamsendiri +kicap. Percayalah aku tambah 2 kali.

Selamat makan :D