Thursday, September 27, 2012

Suka-suka mekap

Ini kejadian pagi tadi hehehee. Saje je lah suka-suka dengan Farah. Ini lah keja orang takde keja hahahaha. Ini model kedua. Model pertama dah siap mekap pastu ulit anak nak tido hehehe. Lupa lak nak ambik gambar sebelum.




Gambar tepon cap hayam. Tunggu farah upload kat fb la.


Budak bangun tido.

Ok next boleh buat lagi. Ramai plak nak join hahhaaha kena setup buat masa weekend la plak hahahaa.

Wednesday, September 26, 2012

Kembar

Oh bestnya kalu dapat anak kembar. Anak jiran depan rumah yg kawen bulan 2 ari tu pregnant 6 bulan dgn anak kembar. Besar perut dia.

Ok jangan speku, aku tak pregnant lagi. Doakan aku ye.

Pegi Giant nampak lah buah strawberi besar-besar. Oh aku memang suka buah ni. Nak nak kalu Korea punya, manis je. Kalu yang masam tabur garam halus sikit oh sedap. Tak pun cicah coklat. Tapi bukan selalu lah mau bangkrap kalu sokmo beli kan.



Ok, back to the title. Dalam banyak banyak tu aku perasan ada yg ganjil kat bawah.



Tak tau lah kembar berapa nih. Besar plak tu. Ok, kita makan je lah simpan buat apa hahaha.

Tuesday, September 25, 2012

TF after raya

Huissh lama nya tak makan TF nih. sejak belum puasa lagi kut hahaha. Minggu lepas PB bgtau ada Lady's day setiap selasa. Apa lagi, plan baekkk punya dengan geng-geng bas sekolah. Janji jumpa lunch hour since dorang keja kan , aku je la tak keja. Oh Farah pun baru habis cikgu ganti dia semalam. Sekali starting Lady's Day pukul 6 pm daa. Apapontakbleh hahaha.

Ok, bertukar ke plan B. Nasik goreng ayam goat island lah apalagii!! Tapi gambaq tak ambik psl sibuk nak sembang.

Lepas makan aku gi Giant cari barang dapor sementara nak tunggu PB balik keja kan. Malas dah nak ulang alik balik umah. Solat kat Giant pastu shopping skit pastu teringat nak hntr contoh tudung kat Bonda Iizetty ni. aku nk beli tudung tapi nk mintak dia buat ikut size kita nak lah. Owh sgt  best tudung dia buat nih. Opps iklan jap. Nanti aku buat satu entry psl Bonda Hijab ni since ramai yg tanya.

Ok balik ambik PB, gi solat pastu TF le hahahha.



Yg banyak tu Pb punya. Dia ni memang tau, dah le baru nak baik batuk, ambik bukan main membukit. Yg bestnya dalam TF tu aku 2 org je dgn PB pastu pekerja dia 2 org. Hahaha ok tak best sbnrnya sbb takde org tak meriah. Tengok kat luar gelap langit dh mcm citer independence day dah. Takuiiitttt.


Friday, September 21, 2012

Bidai

Masa awal pindah dulu mak suruh buh langsir kat dapur. Tapi nanti nak kena basuh banyak kali tau lah kat dapur kan. Aku terpikir nak letak bidai lah. Setahun selepas pindah baru lah beli hahahaha. Susah kalu takde bidai ni pasal tingkap tu malam-malam orang luar boleh nampak.

Jadi ari tu sebelum puasa kut aku gi kedai Hisyam I-Design nak mintak dia design kan label utk barang crochet aku. Keluar kedai baru perasan sebelah kedai Hisyam ada kedai buat bidai rupanya. Ajak PB masuk la nk survey. Survey punya survey terus tempah lah. Aku ambik yg pesen macam dalam gambar ni lah kalu tak silap RM8/kaki. Balik rumah ukur tingkap siap-siap pastu sms tuan kedai tu. Ada 2 tingkap je kat dapur. Anggaran harga dlm RM200 utk 1 keping.

Bila dah siap dia kata kena pasang sendiri pasal dia akan pasang kalu beli 3 keping ke atas. Dia ajar cara pasang ok lah senang je kut hahahaha. Sudahnya berbulan duk dlm bilik store pasal aku silap beli skru hahaha. So mintak tolong ayah pasangkan. Siang tadi ayah, mak n John mai umah.



Ok, abaikan lah dapur ku yang 'bersih' sangat tu ye. excited nak ambik gambar hakhakhak. Microwave tu tunggu masa nak alih je psl dah rosak dah. Jangka hayat 4 tahun je huhuhu. 

Kaler ni aku pilih psl nk mecing dgn dinding dan jugak kabinet kayu kat dinding sebelah sana. Kabinet pasang siap kitorang tak buat pasal hajat nya nanti nak besarkan dapur (insyaallah kalu ada rezeki) baru nak buat kabinet.Jeles tengok rumah org ada kabinet huwaaaaa.

Tetiba jadi excited nak masak malam-malam hahahahahaha.

Updtae, ok sebenarnya microwave tu tak rosak pun, power point tu yg problem waaaaaa.. susah lah mcm  ni.

Thursday, September 20, 2012

Popia udang

Dulu-dulu masa belum kawen aku suka sangat buat popia. Kalu beli mesti tak puas hati. Ni tetiba rasa nak makan popia. Sebenarnya dari bulan puasa lagi aku nak buat tapi tak kesampaian. Kebetulan ada bahan tinggal nak beli kulit popia je terus aku buat pas tu.




Dapat lah 20 bijik. Aku simpan kat peti beku. Tapi simpan kat peti biasa tak beku pun ok kut. Resepi senang je, cincang udang, tauge, parut carrot, parut sengkuang, daun bawang, daun sup, pastu goreng sekejap jgn sampai layu pasal nanti nak goreng lagi kan. Masa goreng tu tambah la garam lada sulah skit kang tak rasa apa plak. Ok, udang tu jgn cincang halus sgt ye nanti tak rasa sangat. Kalu letak ayam pun best. Pastu goreng lah.

Ok dijamin sedap hahahaha.

Thursday, September 13, 2012

Happy National Crochet Day


Happy National Crochet Day to me and my crocheter's friends :D


Kat Malaysia ni xde ke sambutan Crochet Day? :D

Saturday, September 8, 2012

Jamuan Raya TCS 2012

Orang lain dah banyak update psl raya. Aku malas sebenarnya nak update cite psl raya. Sama je kut dengan orang lain. Ni jamuan raya Persatuan Pegawai Tadbir Terengganu yg buat hari Rabu malam minggu lepas.

Apa yang best nya pasal jamuan raya ni adalah makanan yang banyak dan ada cabutan bertuah. Dan semua ahli yang hadir akan dapat cabutan. Jangan risau la semua bertuah cuma 16 cabutan terakhir adalah yang best dan mahal-mahal hahaaha. Mula-mula daftar dah dapat hadiah sorang satu. Tahun lepas dapat seterika untuk pendaftaran, tahun ni dapat toaster. Hmmm aku dah ada toaster ni.

Aktiviti macam biasa, makan-makan, persembahan joget2, nyanyi nyani pastu cabutan. Cabut piunya cabut naik jugak nama PB. Dapat lah water dispenser. Kitorang gi majlis tu dengan Salwa dan suami nya Adzhar. 16 cabutan terakhir dan 1 cabutan grand proze agak menhdebarkan hahahaa. Nama Adzhar naik untuk 16 cabutan terakhir tu dapat Le Run Mountain Bike berhrga Rm1400. Pastu semua nama yg dah dicabut akan di gaul sekali lagi untuk cabutan grand prize iaitu tiket penerbangan untuk mnengerjakan umrah pada tahun 2013. Aku dah standby kamera kut-kut PB dapat ke Adzhar dapat ke. Hahahaa sekali kau Adzhar dapatt!!! Aku pulak rasa nak nangis. Memang rezeki Adzhar dgn Wa. Rezeki 2nd baby.









Tahniah Adzhar dan Salwa !

Wednesday, September 5, 2012

New thing to explore :D

i'm learning how to knit


Excited :D

Tuesday, September 4, 2012

My life

Kalu ikut bulan islam, raya haji nanti genap la setahun aku tak kerja dalam erti kata lain menjadi suri rumah. Tapi kalu ikut bulan org putih tak sampai lagi setahun. Apa perasaan aku? Seronok? Sedih? Bebas?

Jawapan ku ialah - BEBAS

Ye aku rasa bebas sangat hari pertama tak pegi kerja setelah confirm aku tak bekerja lagi. Kenapa bebas? Kalu kita berhenti kerja ataupun dibuang ataupun yg sewaktu dengannya dengan masalah disiplin sedangkan company masih utuh mungkin rasa tak best tapi kondisi aku (dan kawan-kawan yg senasib) sewaktu kejadian itu kami rasa agak lega jugak lah. Aku punya rasa pulak memang aku lega sangat nama aku naik hahahaha, sebab memang aku bajet dah. Aku ni kuat melawan, laser plak tuh. Bos pun aku laser kan, saje nak test sebenanrnya hahaha. Last-last kena panggil kahkahkah!

Ok ok, pada awalnya aku risau jugak takut boring. Aku dah bincang dgn PB kalu aku keja aku nak keja biasa je, kerani pun ok, taknak lah mcm last position. Last position aku exec dgn gaji 2.5k tapi tekanannya hanya Allah yg tahu. Aku stress setiap kali balik keja, nangis dalam kereta toksah cite lah.

So pas berenti tu aku ingt nak keja biasa2 je. Tapi since trg ni agak susah jg mencari kerja sampai sekarang aku hanya hantar 1 resume je. Aku decide nak concentrate on crocheting je. Alhamdulillah, rezeki Allah akan datang sekiranya kita berusaha, tak kisah lah kau keja opis ke kau takmo keja opis ke janji kau usaha supaya rezeki itu sampai. Bulan puasa baru ni aku tak cukup tangan nak menyiapkan tempahan crochet, dan masa gi beraya pun ada orang tempah utk raya haji pulak. So sekarang ni aku dah susun siap-siap order. Setakat ni aku dah dapat order utk 17 produk crochet untuk disiapkan sebelum raya haji. syukur sangat-sangat  hobi yang kita suka boleh beri  pulangan. Walaupun hasilnya tak lah semewah mana tapi aku ada cara utk hilangkan bosan diamping dapat duit.

Yang kelakarnya masa aku mula-mula tak keja dulu, ada sorang akak ni dia mai umah aku. Rupanya dia tau aku tak keja pastu promote ajak masuk MLM. Aku tak nafikan kalu kita pandai buat memang berjaya, akak tu sendiri dia tunjuk bukti pendapatan dia bulanan dah cecah RM10k. Keja hakiki dia biasa-biasa je tp side income yg tinggi. Siap dapat kereta lagi. Memang aku tabik ah akak ni, berangan jugak kalu blh jadi mcm dia. Tapi hakikatnya aku memang tak reti MLM ni. Bukan tak penah masuk, penah ada pengalaman tapi tak bertahan. Entah lah mmg tak serasi .

Part yg paling best ialah aku available utk ikut PB ke mana-mana saja. Keja dia ni kadang-kadang outstation, mana yg boleh ikut confirm aku akan ikut dan tak yah susah-susah nak apply cuti. Ini lah yg paling best. Hehehehhehe

Part yg tak best adalah duit kena mintak dengan suami. Ok, sebab aku jual crochet makan ada lah jugak duit nya tapi tak semewah dulu lah. Tapi yg best, aku masih lagi menjadi banker di saat hujung bulan hahahahahaha.

Ok, sila lah jenguk blog crochet aku. Aku tak update pasal crochet kat blog ni pasal tak nal campur-campur. So create satu lagi blog. Ok, boleh menjamu mata di blog crochet ku :)

Update

Nak update amende nih?