Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfirtri :D

Saya dan suami Fairul Hisyam aka Pakcik Botak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan blog. Yanag baca atau yang tak baca blog ni hahahaha. Tahun ni giliran raya kampung suami di Dungun. Raya kedua balik kampung saya :D



Raya pertama dimulakan dengan beraya bersama Suhana :D


Selamat Hari Raya, maaf Zahir Batin :D



Monday, August 13, 2012

Berbuka day 23 -Mee rebus Johor

Sejak pertama kali aku makan mee rebus Johor kat Stulang Laut itu ari, terus jatuh cinta hahahaha.


Sebenarnya resepi dah lama ada ni cuma tak berkesempatan nak buat. Macam biasa lah resepi  terjah blog Kak Ita Masam Manis. Tapi banyak jugak yg aku tak ikut, b ukan tak ikut cuma xde bahan hahahaha, tapi end up rasa nya macam mee bandung yg aku makan kat muar plak hahahaha. Tapi tetap sedaaapppp. Maaf ye masuk lif tekan sendiri hahahah.


Aku punya versi tak jadi pekat sebab kurang keledek dan pemilihan keledek yang salah hahahahaha tp last2 aku bancuh tepung jagung skit.

Ok ni resepi mi reus johor versi aku org ganu. Resepi asal sila terjah blog Kak Ita ye. Oh kagum lah Kak Ita semua dia buat menjadi sedap !

Bahan-bahan :-

Hirisan ayam
1/2 cawan udang kering- kisar halus
3 sudu cili boh
1 setengah sudu serbuk kari
1 kiub pati daging
2 biji keledek (aku silap beli keledek purple, Kak Ita pesan guna keledek oren)
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai dititik
4 kuntum bunga lawang
garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sekeping hirisan halia
sehiris lengkuas

Bahan lain

Mee kuning - celur dgn air panas
Tauhu - goreng dan hiris
Limau kasturi
Daun sup, daun bawang
Telur - direbus
Cili merah - potong
Bawang goreng

Cara-cara :-

  1. Rebus keledek sampai empuk. Lenyek dan ketepikan
  2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang serai dan bahan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tumis sampai garing. Masukkan udang kering.
  4. Masukkan hirisan ayam, kacau hingga agak masak. Kalu tumisan agak kering tambah air sikit.
  5. Masukkan rempah kari, kacau lagi. Kemudian masukkan air ikut kepekatan yg korang nak.
  6. Biarkan mendidih seketika, masukkan kiub daging, keledek, air asam jawa. Tak lupa gula dan garam secukup rasa. Didihkan lagi sehingga agak-agak semua dah masak.
  7. Macam yg saya buat ni tak berapa pekat jadi saya bancuh tepung jagung dalam 3 sudu dan tuangkan dalam kuah.
Last2 rasa macam mee bandung muar plak hahahahaha. Ok lah lulus lah dari segi rasa tu. boleh dah nak buat rumah terbuka nih hahahahaha.


Sunday, August 12, 2012

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah rezeki nak raya. Tak yah beli dah.


Hari ni masak special :)

Al-Fatihah

Semalam iaitu hari Jumaat sepatutnya ada majlis berbuka puasa Awang's family di rumah pakcik, dan aku ditugaskan untuk menyiapkan pencuci mulut iaitu puding laici dan puding roti. Namun perancangan Allah adalah yg sebaik-baik. AKu menerima panggilan dari adik yang menyatakan tokki telah kembali ke rahmatullah selepas Asar. Nak kata terkejut adalah jugak tapi kami semua dah bersedia sebab tokki sudah terlantar beberapa tahun yang lalu.

Arwah berusia hampir 100 tahun dan aku rasa orang yang paling tua dalam kampung aku. Generasi dia sudah takde dah kat kampung tu tinggal arwah sorang je. Lahamdulillah perginya arwah pada hari Jumaat yang mulia di  bulan Ramadhan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Terlalu banyak kenangan bersama arwah kerana setelah bercerai dgn arwah tok, arwah mengambil keputusan utk tinggal bersama ayahku dan hampir 36 beliau bersama menetap dengan keluarga kami.

Al-fatihah.

Tuesday, August 7, 2012

Rumah baru :)

Akhirnya tercapai hajatku nak beli sebijik lagi rumah. Dan rumah baru ni ternyata lebih selesa dari yang sedia ada sekarang dan yang pastinya lebih besaaarrr dan lebih tingkat nya. Tapi yang best nya harga lagi murah hahahaha mana nak cari kan.

Mempersembahkan rumah baru kuuuuuu.

















































Tak sabar? Skroll lagiiii...




























Jeng jeng jenggggg!!




























Kehkehkeh jangan marah tau tak baik bulan puasa. Hehehhee Sebenarnya rumah benang lah hahahaha banyak duit nak beli rumah betullll hahahahaha. Ko tau lah rumah kat Trg ni mahal nak mam.

Akhirnya selesa la benang-benang tu dapat rumah baru. Sebelum ni duk umah pondok je bersesak-sesak hahahahaha. Alkisahnya Pb ajak pi beli almari kasut. Dah lama duk bersungut psl almari sedia ada aku beli yg 30 hinggit tu tu tunggu masa nk kena bakar wat kayu api je, hahaha sebab duk luar umah pastu tempias hujan, dgn pintu takleh tutup nya. Nampak sangatttt 'sopan'. So almari baru buh dalam umah sebab cantik dan tinggi macam almari hewhewhew padahal kasut berapa pasang je kahkahkah.


Babai rumah pondok :D

Semua ni beli kat kedai perabot kegemaran kami la kedai mana lagi kalu bukan Kedai Nawab the Pakistan. Banyak kedai perabot kat umah aku ni tapi semua ca ya nun alif punya dan harga pun xbleh blah punya. Last2 kedai pakistan jugak jd pilihan. Harap maaf ye bukan racist tp kebanyakan kedai ca ya nun alif ni harga letak tinggi pastu pekerja yg layan so nak mintak kurang susah skit. Kalu kedai Nawab ni dia sendiri yg layan. Almari kasut tu tinggi lebih kurang almari benang aku ni cuma slim skit dia bagi 250, almari benang ni pun 250. Nego punya negi dpt 450. Aku rasa ok lah kut pasal mak a ku beli almari mcm  ni juga tp versi kayu yg ringan skit tu. Tu pun dah 200 kalu x silap aku. Ok lah kut harga ni.Yg penting tingkat atas rumah ku tak lagi bersepah hahahahaha.

Ok, rumah benang ni sebenarnya wishlist aku sejak start mengait ari tu. Ok ada 1 lg wishlist ni sebenarnya, aku berkenan plak dgn korset yg ribu riban tu. Ada 2 jenama aku duk survey tapi hari ni cancel sebab ada 1 wish yg tak masuk dalam list tapi dah jadi wish list, hahaha apa ko merepek ni labuuuu. Ok tak paham sudah. Kalu beli korset tu aku sorang je leh pakai tapi wish yg tak masuk list ni memang bergunaaaa sngat-sangat. Untuk mengelakkan kontrobesi (bukan kontroversi ye hahaha) aku takleh reveal apakah benda itew.Ok ada sedikit bangkai di situ (tiru ayat cik ina lagi, kena marah baru tau hahahahaha. Ampun ye cik ina)

Oh pjg lak, ok bai.

Berbuka day 17

Minggu ni 'ter' rajin plak nak menerai resepi. Sebab bosan asyik mkn nasi putih jew. hew hew hew. Terasa nak makan nasi ayam tapi tak pernah buat dan tak tau pandai ke tak. Semalam kebetulan buat sup telur dan kentang dan itu adaah 1st time aku buat sup yg pakai rempah tumis. Paham tak paham tak? Sebelum ni kalu buat sup sayur cuma tumis bawang jeww hewhewhew. Rupanya senang je hahaha cuma banyak step je lah.

Back to the stori, lebihan sup masih ada dan tetiba rasa nak buat nasi ayam. Gugel punya gugel jumpa lah dua resepi iaitu Cik Mat Gebu dan ofkos Kak Ita Masam Manis. Jadi aku refer dua-dua lah hahaha pandai-pandai exjas la. Sape nak resepi mcm biasa sila terjah blog Cik Mat Gebu dan Kak Ita Masam Manis.

Utk buat sup dan ayam aku ikut Kak Ita, untuk nasi dan sambal aku ikut Cik Mat Gebu. Kalu tak jadik jugak taktau lah hahahaha. Kak Ita buat ayam madu hehe aku ikut perapan dia tapi aku bakar 30 minit, pastu aku goreng sekejap dalam 5 minit nak bagi garing dan isi ayam tidak kering sebab aku bakar dan goreng sekejap je.Kalu goreng isi jadik kering skit. Aku ni ada masalah tak yakin kalu goreng ayam ni sebab takut tak masak hahaha sudahnya ayam jadik garing segaring-garingnya. Masa panas best la tp masa sejuk gigi palsu pun boleh patah. Sebab tu kena pakai polident, hahahah tetiba masuk polident lak. Ok tak kelaka.

Pung pang pang akhirnya jadik lah my 1st ever nasi ayam madu.


Bulan puasa ni yg paling risau ialah takut tak rasa apa-apa tapi alhamdulillah aku pakai petua mak aku. Setakat ni masa berbuka rasa dulu alhamdulillah cukup rasa tak perlu tambah. Petua nya adalah masak kena ikut hati dan sesedap rasa. Aku nak citer pun tak reti hahahaha, sebenarnya kalu buh garam tu main buh je tp kena yakin lah dah cukup rasa dgn jmlah yg kita buh tu, satu lagi buh gula skit utk ganti pak aji. Aku mmg tak guna pak aji, so garam dan gula yg secukup rasa dah cukup dah.

Wahhh kuar segmen petua pulak dah kahkahkah. Boleh lawan Cik Ina nih hahahaha. #Ada sedikit bangkai disitu. hahahah tiru ayat cik ina. lariikkkkkkk hehehehehe.

Sunday, August 5, 2012

Puding laici dangdut

2 hari lepas buat puding laici. Lama dah plan nak buat tapi tak terbuat. resepi ni ambik dari log Kak Ita Masam Manis. Terima kasih Kak Ita. Memang sedap dan mudah :D


Buih-buih pulak, haha lupa nak pecahkan. Ke sebab aku tak tapis. Hahaha aku kan pemalas lipas, patutnye tapis dulu kalu guna agar-agar tali nih. Hahahaha bantai je lah hehehe


Takde acuan cantik macam Kak Ita aku bantai mangkuk dgn gelas plastik ikea. Drpd tak guna baik buat acuan puding ni ye tak hahahaha. Dapat lah 6 mangkuk, 6 gelas, satu loyang kecik dan satu mangkuk pyrex tu. Yg dalam gelas dan mangkuk ni bagi jiran kiri kanan. Banyak-banyak bukan habis makan pun aku berdua je.


Alamak, kantoi  asam jawa disitu, lupa nak sembunyikan kikikiki :D

Ok, sape nak resepi seila terjah blog Kak Ita Masam Manis ye. Ni resepi versi aku sebab agar-agar aku beli yg kecik skit.

Ok, selamat memasak :D

Friday, August 3, 2012

Berbuka di rumah mak

Ni hari ke berapa punya ramadhan dah aku lupa tapi awal-awal puasa ari tu lah. Sejak puasa  ni baru 2 kali kut berbuka kat rumah mak. Kalu kat umah mak boleh lah ambik  gambar. Kalu umah aku xde maknanya satu lauk je, nak ambik gambar malas hahaha.



Ni fav aku nih, somtam!


Kalu bulan pose mesti nak cari nekbat nih. Tapi tak feel la pasal rupa mcm baulu. Aku lebih suka versi yg macam bantal tu. Ween, ko penah makan tak nekbat ni?


Sebelum balik, kita tapauuuuuu :D utk sahur lor :D


Ok selamat berbuka .

Thursday, August 2, 2012

1st time makan nasi arab

Ari tu masa pi KB, kami berbuka kat Restoren A.M. Tarbush. Alkisahnya tak tau nak berbuka kat mana pastu ada yang suggest nasi arab. Gugel punya gugel keluar la restoren ni. Kira glamer jugak lah. Aku pun kol la, sekali lelaki cakap melayu ala-ala arab daa.

Rupanya tokei dia memang Arab mali lorr. Aku agak kahwen dengan org tempatan pasal anak ada muka arab, ada yg muka melayu.

Menu kami, chicken mandy, main order je nih hahaha.


Order air laicikang suam. Total semua RM 33.60. Not bad lah, portion besar gile, aku bagi kat PB separuh nasi tu.

Semalam pulak hari ke 12 berpuasa, PB ada program lawatan kat hospital pukul 5.30. Kebetulan ari tu aku guna kereta pastu petang tu aku gi ambik dia kat opis hantar pi hospital pastu aku tunggu je dalam kereta. Lawatan tu kejap je pun and alang-alang dah ada kat bandar nak merempit balik masak tu agak kelam kabut lah dengan ayam tak kuar freezer lagi. So decide solat asar kat masjid pastu kita makan nasi arab lagi laaaaah.

Lokasi pilihan, restoren Al-Edrus dekat bulatan Ladang :D



Order mandy chicken jugak dengan jus tembikai. Total RM 38. Aku lagi suka nasi Arab kat Al-Edrus ni tapi  rasa tak lari lah. Huhuhuhu. Maaf la ye kalu terliur. Aku pun terliur gak sebenarnya hahahaha.