Sunday, July 29, 2012

Cuti-cuti Kelantan

Bulan puasa pun nak cuti-cuti jugak keww. Ala ada orang tuuuuuu 2,3 dah duk ajak pi KL nak beli baju raya katanya tapi aku malas plak pasla bulan puasa nak bersesesak-sesak jem adoyai. Ari Khamis tu kan balik awal pastu tetiba PB ajak gi Kota Bharu. Haaa kalu KB ok lah. KB ni antara destinasi favorite kami utk jalan-jalan. Ye lah dekat je kan lagipun banyak benda ada kat sana.

Sebeum gi tu aku book hotel dulu. Sebenarnya dah ada hotel pilihan pasal ari tu masa gi KB baru perasan hotel ni baru buka. Hotel tu adalah Khalifa Suites and Apartment. Buka website dia ada diskaun sempena tahun melawat Kelantan. Daripada RM220 dapat RM150. Pastu call buat booking dia kata RM120 je. Diskaun lagi ke?

Pagi Jumaat bertolak la kami ke sana. Eh tipu bukan pagi dalam kul 12 baru bertolak pasal ralit duk tengok Kasih Alia hahahaha. PB solat Jumaat kat Jabi. Smpai kat hotel dalam kul 3 lebih. Rupanya promosi sempena ramadhan. Hotel ni betul-betul depan masjid Muhammadi.



Betul-betul di tengah bandar, depan masjid, memang dekat kalu nak ke mana-mana. Bilik pun cun! Diingatkan berbuka dan sahur tidak disediakan ye. Kalu tengok brochure dia pun breakfast takde,mungkin sebab dekat dengan pelbagai kemudahan kut.


Nampak tak kipas tu? Mula-mula pelik jugak awat ada kipas? Aircond dah ada rupanya aircon tak berapa sejuk. Pastu petang tu bagitau reception, mai sorang tehcnician. Dah ok dah pastu, mungki sebab kurang service rasanya.


Ada pintu utk ke beranda kat luar. Overall aku berpuas hati dengan hotel ni. Dan next time for sure memang kitorang akan stay sini lah. Oh ye ada satu lagi hotel ni tapi kat Wakaf Che Yeh. Kalu korang nak ke Wakaf Che Yeh call yang sana lah ye, yang ni kat Kota Bharu.

Semena Tahun Melawat Kelantan ni meh aku promote sikit. Aku syorkan hotel ni kalu korang nak duk tengah-tengah bandar. Boleh contact no kat bawah :-

Khalifa Suites Hotel and Apartments,
Seksyen 7, Hadapan Masjid Muhammadi,
15000 Kota Bharu , Kelantan
Tel : 09-747 4977/4377/7677

Websites : http://khalifag.com

Yang  ni no tel yang dekat wakaf che yeh : 09-7461777

Kalu tak leh buka website tu korang gugel je nama hotel ni akan keluar la nanti sebab aku try gugel td takleh bukak lak.

Monday, July 23, 2012

Forum Awam Teknik Reproduktif Bantuan 2012

Minggu lepas nu aku dapat sms dari Diha, dia bagitau dia dijemput atas nama jabatan la ke forum ni pastu dia ajak aku join. Hmm aku xde jemputan tapi since forum awam kan boleh je kut. Masa daftar pagi tu tulis nama bawah Jabatan Perikanan, aku selit kat situ lah hahaha.

Best sangat forum ni, banyak lagi yang aku tak tau rupanya. Tapi sayangnya sesi soal jawab sekejap sangat, tapi tak pelah aku ada beli sebijik buku berkenaan infertiliti ni.






Forum ni dr pagi sampai kul 1, pastu ada majlis meraikan bayi-bayi IVF. Kembar pun ada, bestnyeeee.


Yang kat depan tu pakar-pakar kat HSNZ, Dr. Rozi pun ada. 


Tak puas dengan forum tu aku beli  buku ni. Banyak info dalam ni.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan datang lagi :-)


Assalamualaikum dan salam ramadhan utk kawan2 blog ku.

Dah masuk ramadhan dah, begitu pantas masa berlalu. Saya ingat pesanan seorang ustaz, jangan lah kita leka dengan masa yang berlalu hinggakan tak sedar masa itu pergi begitu saja tanpa di penuhi dengan amalan-amalan yg boleh dijadikan bekalan di sana nanti. Aku tak kata orang, aku sendiri pun kadang2 tak sedar tapi kita saling mengingati.

Sempena bulan Ramadhan ni, aku dan Pakcik Botak nak ucapkan selamat berpuasa kepada sape-sape saje yg baca blog ni, mohon ampun dan maaf andai ada coretan yg mengguris hati, semoga kita kita dapat meningkatkan lagi amalan kita utk sama2 merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.

Tahun ni memulakan puasa di rumah mertua. Tahun ke 5 berpuasa berdua. Moga2 tahun dpn kami dapat berpuasa bertiga, insyaallah .



Monday, July 16, 2012

Bunga durian

Org ganu panggil bunga durian. Kat tempat lain kalu tak silap kuih ros kan?

Alkisahnya pagi Sabtu yang lalu masa aku tengah menjemur kain kat balkoni (balkoni le sangat), dengar la org bagi salam tapi bukan rumah aku. Rupanya umah sebelah, tengok ada makcik bawak bakul dan plastik bimbit yg ada sesuatu. Pastu dia gi umah depan plak tapi umah depan tak buka pintu pun. Aku bajet kalu dia mai umah aku, aku nk tengok dia jual apa. Tapi dia tak dtg pun padahal gate memang dh terbuka. pastu nampak dia jalan ke kawasan rupan depan.

Sambil menjemur kain aku bgtau PB, kalu makcik tu mai aku nak beli tak kisah lah apa dia jual. Kesian tengok dia jalan2 tapi takdok org beli. Sekali masa dia nak pegi ke jalan satu lagi tu dia palingkan kepala , aku pun lambai.  Makcik tu mai lah rupanya dia jual kuih ni lah, bunga durian ada, kuih siput pun ada. Bunga durian ni sepeket rm7 rasanya, tp kalu 3 rm20. Ambik 3 terus la. Pastu dia tanya tak nak ke kuih siput utk raya. Aku kata boleh lah, RM40 sekilo.

Cadangnya nak bagi kat sape2 la dh 3 peket ni nak makan pun x abis aku berdua je kan.


Buh la sepeket dalam tupperware. Rasa seketul, eh sedapnyeeeee. Tak manis sgt dan yg penting ia tak menyakiti gusi hahaa. Sebab dia rapuh, penah makan dulu yg tebal skit kut, smpai mencucuk2 gusi. Sudahnya ari ni tinggal beberapa keping je lagi dlm bekas tu hahahaha, Kensel la nak bagi org, simpan utk raya hahaha. Tu pun kalu tak masuk angin hahahha.

Saturday, July 14, 2012

Sebelum dan selepas

Kejadian ini berlaku pagi tadi. Fuhh dah lama nak kemas tak kemas kemas. Sakit mata aku. Ni selepas disepahkan untuk susun ikut kategori hehehe.

Okeh, sila pejam mata hakhakhak. Semua ini adalah koleksi majalah yg lama-lama yang bawak dari umah mak. Mak kata dah pindah duk umah sendiri bawak lah sekali majalah ni. Hahaha nak buang sayang plak kan.


Semua majalah ada. Remaja ada, midi pun ada. Ko ada ? hahahahahaaha. Cleo dan Remaja tu zaman study dulu la, kan masa remaja-remaja kanak-kanak ribena hahahaa. Yang dikaburkan tu majalah jelita yg cover dia personaliti yg baru kawen tu tp kena kaburkan la psl masa tu dia free hair lagi. Kena hormat la kan. 


Ni semua yg dah lama punya. Ari tu gila beli Women's Weekly dan Harmoni, tiap-tiap bulan confirm beli tapi  sejak setahun lebih yg lalu aku tak beli mana dah. In fact semua majalah aku tak beli tiap-tiap bulan dah sekarang. Kalu kebetulan ternampak yg menarik baru aku beli.

Okeh, selesai kemas macam ni la rupanya.


Ok dah cantik ! hehehehe lega mata ku hahahahhaa.

Tuesday, July 10, 2012

Family Day kali ke 2/2012 di Sutra Beach Resort

Assalamualaikum. Lama tak update. Modal nak update ada cuma virus 'M' plak duk bersarang. Hehehehe

Okok, Jumaat lepas family belah mak saya buat family day kali ke dua. 2 hari 1 malam je, ok lah tu. Kali pertama masa kat Melaka tahun lepas. Tahun ni buat dalam negeri plak. Kira selang seli la. Tahun depan insyaallah kat Cherating.

Aktiviti hari pertama terus start petang jumaat tu. Main sukaneka lah. Ala game budak-budak je tapi org tua yang main nya hahahaha. Ada cari gula-gula dlm tepung, bawak bola pingpong dalam sudu, lari dalam guni, ceritaku ceritamu, baling-baling telur hahaha. Banyak jugak wei dah lupa dah. Penat giler tau. Semua aku masuk.




Cari gula-gula dalam tepung. Hehehe hensemnye suami ku hahahaha mcm zombie kg pisang hahahaha.


musang berjanggut

lari dalam guni, hehehe kumpulan we olls juara acara ni hehehe

bawak bola pingpong dalam sudu.

Pas main apa lagi terjun kolam leeee  !!!


Ni semua adik beradik dan sepupu sepapat ye. Yg paling ujung tu abg aku yg sulung. Single and available hahahahaha.




Dating le teewwww hahaha.

Malamya ada sesi pembahagian hadiah dan makan malam la. PB jadi mc hehehehe.




Next activity adalah majlis tahlil dan majlis berbuka puasa. Berbuka puasa tu memang tiap-tiap tahun buat. Masa ni lah nak kumpul jumpa anak beranak kan. Kalu 10 tahun dulu semua kecik-kecik je, sekarang dah besar dah beranak pinak. Sekejap je masa berlalu.

Ok, bye :)

Thursday, July 5, 2012

Pulut durian oh dapnyeeeee

Oh dari tahun lepas aku rasa nak makan pulut durian nih. hahaha melampau nyaaaa. Tapi memang pun tahun lepas tak makan sgt durian. Baru ni balik umah mak, maka kata semalam buat pulut durian. Adoii terliur plak. Suh mak buat sekali lagi. Pastu bagi duit suh adik ipar beli durian psl ayah dia jual durian dapat la yg elok dan murah. RM30 dapat 7 biji. Ok la tu durian kampung. I likeeee.



Alhamdulillah, nikmat dunia. Nak makan lagi lahhahahaha.


Wednesday, July 4, 2012

petai gergasi

Tadi duk chatting dgn ween, sekali dia tunjuk gambar petai nih.


Mak ai makan tak abis la jawabnye hahahahahaa. Nak makan pun takut besar bapok nih hahahaha.

Tuesday, July 3, 2012

2 hari sebagai ibu ;)

Hari Rabu lepas my bff tinggalkan anak-anak nya sebab dia ada kursus di Chendering. Merasa aku jadi mak selama 2 hari. Huhuhu penat tapi best.




rindu plak kat budak ni.


si kakak ok je tak banyak kerenah, layan upin ipin je atu hari duk diam lah dia. Adik plak dah tido blh la aunty mengait jap hahahaha.


merasa lah orang tu jadi bapak hehehee

Monday, July 2, 2012

Lepak dengan blogger -Suhana :)

Hari Sabtu tu Suhana bgtau ada kat K.Trg, suaminya Mizan ada bagi talk kat budak-budak Sukma di UMT.  Ok , malam tu pegi lah jumpa dia kat sana, since memang dah lama tak masuk UMT. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat menghabiskan usia remaja huhuh rindunyaaaa..


sopannya haku duduk. Masa ni m izan duk bagi talk, kitorang lepak kat dataran dulu.


Si lasak Aisy ni duk posing tunjuk six pack hahaha tapi kantoi nampak pampers hahahaha. 


Rindunya, tapi masa aku dulu UPMT dan Kustem lah. UMT blom lagi. Dulu-dulu takde semua ni, library, dataram semua ni. Nak masuk lagi lah nanti tpi pi siang hari lah. Pas Mizan abis talk kitorang pi makan kat NR Cafe Tok Jembal. Gambar tak ambik plak, tunggu gambar dari Su la.

Sunday, July 1, 2012

Lina dan Mirah

Hari jumaat saya ada mekap utk adik ipar adik saya bertunang. Hari Sabtu pagi adik Fiza Lina untuk sambut menantu.