Wednesday, June 27, 2012

Mr mama :-)

my luvly mr mama...



Monday, June 25, 2012

Nasi minyak Zaki

Oh dapnyeee, ni nasi minyak peberet ku hehehe. Senang dan cepat hahahaa. Kalu hari aku nk guna keta aku akan hantar PB gi opis pastu otw balik umah singgah la Warung Nasi Minyak Zaki ni hehehe. Senang dan cepat kan, tak sampai 5 minit dah siap bungkus hahahahaa.




Sebungkus rm4. jemput makan semua hehehehe


Sunday, June 24, 2012

Tolong jangan buat macam ni!

2 hari lepas masa dalam kereta kat traffic lite, rasa nk toleh kat kereta sebelah. Tetiba nampak nih.


nampak tak baby tu?


masa drive kereta pun masih memangku baby tu. mak dia ada kat sebelah pun ada baby jg rasanya abg kpd baby tu sbb nmpk mcm besar skit.

Banyak kali dah nmpk org drive mcm ni, aku ts bahaya ni . Ke memang normal ? Aku tak nak la org kata oh  sebab aku takde anak boleh la kata macam2 tapi aku rasa baby patutnya letak kat baby seat kan? Uissh sabo je lah..



Tuesday, June 19, 2012

Larian Perdana PMINT 2012

Cepat-cepat sape nak join , jom kita berlari sama-sama. Aku dgn Pb join ni. Meh lah leh kita jumpa nanti hehehhee. Bajet retis leteww hahahaha.


Jauh okey! 10 km tu adoyai camne agaknye hahahaha. Tunggu dan lihat je nanti hehehe. Eh kasut sukan koyak dah ni, kena gi beli plak.

Monday, June 18, 2012

Zikir harian

Copy paste dari kuliyah isyak oleh Ustazah Nor Bahyah.

Zikir orang yg berjaya antaranya ialah:

1.Astaghfirullah 3 kali.(saya minta ampun wahai Allah)


2.Subhaanallah 33 kali.(Maha suci Allah)


3.Alhamdulillah 33 kali.(Segala puji bagi Allah)


4.Allahu Akbar 33 kali.(Allah maha besar)


5.Laa ilaaha illallah sekali.(Tiada ada tuhan melainkan Allah)


Tolong jadikan zikir harian ye,zikir pendinding diri dan keluarga.
Salam kasih sayang kerana Allah utk semua.



Shariing is caring

Sunday, June 17, 2012

Main mekap-mekap

Lamanya tak mekap orang kawen. Ni adik fiza yg nak kawen, so boleh lah tolong kawan-kawan. Boleh jugak praktikkan apa yg belajar ari tu.




Lawa lah baju .. i likeee..



Suami isteri ini baru berusia 23 tahun. Bagus lah kawen muda, dah keja tunggu apa lagi kan.



Friday, June 15, 2012

Nuffnang

Hoih lama giler aku tak cek nuffnang, hampir terlupa yg blog ada nuffnang. Nasib baik tak lupa password, hahahaha melampau la kau.

Alhamdulillah banyak iklan masuk, kalu update sokmo banyak le masuk iklan, paling kurang satu hari kena update satu entry . Ni yg aku duk baca kat blog2 otai lah yg income nuffnang dorang beribu-ribu lemon fufufu.


Wednesday, June 13, 2012

Jalan-jalan ke Kg. Cina

Lama nya dok gi kawasan Kg Cina nih. Tujuan nya nak cari kedai sinsei. Rupanya senang je kedai nya selang 2 buah kedai je dari Pasar Payang.  Kedai tu nama kedai sinsei Poh Ann, dongak atas nampak sign board.





Klasik sangat tempat ni, patut lah ramai yg  wat photoshoot kawen kat sini.

Tuesday, June 12, 2012

M.A.I.D.

Aku baru selesai baca novel M.AI.D. 2,3 hari lepas. Best la jugak. Asalnya aku beli sebab tertarik dengan ketebalan muka surat dan sinopsis yg kelakar dan menarik hati. Dan yg paling penting nama watak adalah simple dan tidak berbelit lidah menyebut serta tidak nmpk sgt seperti nama rekaan yg canggih manggih tu. Aku kalu baca sinopsis tgk nama watak adalah super canggih berbelit mmg confirm aku tak beli ah hahahaha. Kalu nama macam biasa je, Nurul ke, Mamat ke, Harun ke haa tu ada kemungkinan aku akan beli hahahaha.



Keseluruhan ok lah novel ni tp macam terbuai-buai skit hahahaha. Kalu tak kawen lg mau berangan nih hahahaha. Ok, citer ni kisah dia si Noorul ni dia terdesak nak keja so dapatla keja sebagai maid kat rumah orang kaya la, bujang, dan hensem lagi hahhaa bernama Harris. Biasa lah kan kalu tak hensem mana blh jadik hero tp hensem dalam novel je lah bukan nampak kat mata pun. Ko sendiri bayang la camne tahap kehenseman si Harris ni hahahaha. Aku bayang macam Fahrin Ahmad kahkahkah! Si Noorul ni panggil Harris Mr. F iaitu Mr. Fussy hehehe. Harris ni ada adik yg suka kan si Noorul ni nama Haikal. See, nama rilek je abis canggih pun nama mak Harris la, Puan Sri Kirana hahahaha.

Nak dijadikan citer si Noorul ni suka kat Mr. F ni, dan pd masa yg sama Haikal jatuh cinta kat Noorul. Pastu ada org fitnah Harris ni kata dia simpan pompuan simpanan kat rumah dia. Biasalah mesti ada watak jahat  kan, dan akhirnya Harris kena kawen dgn Noorul ni sbb mak dia paksa walaupun mak dia tak suka Noorul dan dah ada calon dia iaitu sape ek lupa dah nama hahaha.

Dipendekkan citer, rupanya si Harris ni pun suka kat Noorul, hahahaha pastu ada lah adegan-adegan romantik jiwang yg kalu aku tak kawen lagi confirm berangan lebih hahahahahaha terutama masa dorang gi honeymoon huhuhuhu.

Kesimpulannya citer ni tak berat dan santai je cuma yg berat sbb tebal hahahhaa. Dari 5 bintang aku bagi 3 bintang  lah. Takde lah wow sangat tapi boleh lah sebab bukan kisah cinta yg meleret-leret sangat.

Thursday, June 7, 2012

Sunan Musafir pelengkap koleksi

Akhirnya pelengkap koleksi novel Laksamana Sunan  ni berada di tangan. Tadi jenguk kat PSI sekali ada plak. Rembat selalu lah.


Apa yg aku suka dengan novel-novel RAM ni, selain ianya sebuah novel, kandungannya juga boleh membantu meningkatkan iman kita.

Udang masak lemak pucuk paku

Betul lah kut nama lauk nih. Biasa buh tempoyak tapi lama doh tak jumpa tempoyak nih. Sekarang ni aku dah tau dah mana nak beli udang XL. Biasa kalu Giant dgn Sabasun kalu nasib baik je ada. Tu pun tak brp nak segar. Ala-ala je.

Tapi itu hari aku gi Mydin pasal nal cari stok sepit rambut, pastu lalu lah bahagian basah tu, sekali tengok udang bapak besorrrrr. Baru aku terpikir, itu hari masa gi Pasar Nelayan dia kata udang dah abih, kena mai awal. Aku syak memang diborong dek Mydin lah. Harga pun murah dari lagi dari harga kat Pasar Nelayan. Masa aku beli ari tu kebetulan jumpa skit udang tu harga RM 21/kg. Hmm tak murah pun, sama macam harga kat pasar biasa. Tapi beli lah jugak.

So 2 hari lepas aku nak beli barang dapur so nak try gi Mydin lah tapi gi awal. Aku memang jaraaaaaang sangat gi Mydin, boleh bilang setahun tu tak sampai 5 kali kut. Sebab org ramai yg amat. And satu lagi kualiti barang dia lah kan. tapi aklu sayur, buah ke ok lah. So baru ni aku pi lah, memang stok udang banyak la wei. Murah lak tu. RM 17.99/kg. Aku ingt nak ambik sekilo tapi tak tau nak agak, so kena dlm RM 12++.

Alahai pjg pulak mukadimah. Kehkehkeh.


Pucuk paku ni beli kat pasar malam. Singgit seikat. Geram aku tengok aku beli 2 ikat. Ni dah masak 1 ikat. Ni kira masak utk sekali makan je. Kalu hari biasa memang masak 1 kali je iaitu petang pastu kira abis makan abis la lauk tu. Kalu tak abis simpan dalam peti tapi jarang sangat tak abis nya psl memang masak cukup-cukup. Malas nak masak banyak psl 2 org je tukang lantak nya hahaha.

Santan tu guna santan kotak je. Bukan tak nak beli santan segar tapi tak tahan lama. Aku ni bukan sokmo masak bersantan ni sekali sekala je.Santan kotak ni pun best jugak. aku paling suka guna cap Kara tu.


Ikan pun 2 ekor je hahaha cukup sorang sekor. Sayur kacang pjg dgn sawi yanglayuditasikmadu. Hahaha perabiskan stok sawi psl kalu esok ko tak masak sawi tu jawabnye ke tong sampah le kahkahkah.

Sejak jd surirumah ni memang kena masak sokmo la ye. Tapi tak juga, awal2 bulan stok dlm peti banyak boleh lah masak hari-hari, kalu tak ke kedai jugak jawabnye hahahaa.

Tuesday, June 5, 2012

Muslimah seksi


Wordless Tuesday.. hehehe

Sunday, June 3, 2012

32

1st june 2012. i'm 32 years old.


letak muka besar2 nak cek ada kedut ke tak? hahaha dah tua dah 32 tahun. Sempena hari lahirku ini, aku tak nak apa-apa selain cahaya mata sebagai penyambung zuriat kami.


Simple celebration at pizza hut. Aku order prawn olio. Tak sedap langsung. Rasa mcm mi sedap je hahaha betul tak tipu.


2nd celebration at TF Indera Mahkota Kuantan.