Wednesday, May 30, 2012

4 tahun yg lalu


Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 4 wahai suami ku sayang Fairul Hisyam. Semoga kebahagiaan  ini berkekalan sampai akhir hayat. Semoga Allah mengurniakan cahay mata yang soleh dan solehah untuk kita. I love u so much.

Thursday, May 24, 2012

22 sifat bangsa Yahudi


Dalam Al-Quran sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)


6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

SUMBER-http://alkurawi.blogspot.com/2010/06/22-sifat-bangsa-yahudi.html

Moga kita dijauhkan dari sifat-sifat Yahudi ini.


credit to blog borakkosong.com

Wednesday, May 23, 2012

Alfatihah buat arwah Norma

Pagi-pagi bukaf FB pastu nampak gambar kat fb Moon. Rupanya Norma dah kembali ke Rahmatullah.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Norma, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Terbayang-bayang wajah Rafiq dan Talib.

Al-Fatihah.

Sunday, May 20, 2012

Kelas mekap bersama Amy Touch

Semalam join kelas mekap yg dianjurkan oleh Amy Touch Gallery dr KB. Sebenarnya aku tak berapa nak join dah kelas mekap mekap  ni tapi sebab kawan aku masuk lah. Dan salah satu sebab nya sebab nak teman Salwa yg comei lote tu. Tapi best sangat kelas ni, hehehehe. Tp yg tak bestnya yg datang semua mak andam yh memang keja dorang. Aku rasa aku, salwa dgn wani je yg tak brp reti hahahaha.




wahh makcik tudung coklat tu semangat sampai berdiri hahaha. ni kes xdan nak berebut duk depan hahahaha.





ni model nye erin, santek santek. ada lg sorang tp xdok gambor hahaha.

Gambar2 kat atas ni diambik dari OP pada hari tu. Credit to EL Gamillo

Habis demo oleh Amy boleh la nak mekap2 sape yg nak. Mulanya aku nak mekap Salwa tapi tgk ramai plak yg berebut nak mekap si Salwa ni, maklumle org comel kan plus segan nk tunjuk bakat psl semua mak andam yg terer hahahahahahaha. Alih2 aku tengok je. Ada insiden yg menyakitkan hati sikit la masa ni tapi biarlah aku dan Salwa je simpan.

Last2 pakat dgn Salwa nak main conteng2 sesama kita je. Lagi best kan Wa hehehe.

Ok ni Salwa selepas di mekap. Tapi bukan aku mekap hahahha. Kat bawah ni semua kamera aku hehehe. Malas nak ambik gambar banyak2.




Yesszaaa makan time. hehehe lupa nak kabo event ni buat kat Hotel Seri Malaysia K.Trg. Beza sgt la dulu dgn sekarang. Semua dah renovate. Makan pun sedap hehehhee.

Thursday, May 17, 2012

Hadiah hari guru

Selamat hari guru kepada semua guru-guru yg pernah mengajar aku dulu. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.

Masa sekolah rendah antara subjek yg aku paling suka adalah muzik. Cikgu muzik yg ajar kitprang masa tu Cikgu Law Chai Ching. Muda lagi dia masa tu. Kalu tak silap masa darjah 4. Dari tak kenal rupa note muzik sampai lah boleh baca dan main rekoder dgn terer nye. Waahh best sgt main rekorder nih hahahaha. Tapi dengar2 Cikgu Law Chai Ching dah meninggal 2,3 tahun lepas.

Sekarang ni pun masih minat dgn muzik nih dan aku ingat nak belajar main gitar. Sempat belajar jap dgn adik aku ari tu tp sekejap je, dah lupa dah. Lagipun ada sebijik gitar yg abg aku bagi kat adik aku tapi adik aku tak guna, aku dah bagitau nak ambik gitar tu nak belajar main tp tak ambik-ambik lg.

Ok, masa sekolah menengah aku paling tak suka cikgu sejarah masa form 2 dan form 3. Cikgu yg sama je, dia suka denda yg memalukan kitorang hahaha. Joget lambak lah, jalan itik keliling bangunan la masuk kelas org lah ahahaha malu tau. Ramai yg tak suka  bukan aku sorang hahaha. Ok satu lg aku suka Ustazah Norhayati. Masa tu Ting 2, beliau  mengajar Nahu Bahasa Arab. Masa tu dia pregnant, pastu aku nak sangat bagi hadiah. Mintak tuala dgn mak nak bagi kat ustazah, pastu kait sekuntum bunga letak kat kad.

Panjang plak citer, sebenanrnya aku pun dapat hadiah jugak sempena hari guru ni hahaha.


Besarnye apa tu ?


 Aves je yg bagi ambik gambar dia, irfan tu pun sebab dgn Qayyum. Sarah malu2 kucen plak ekekeke.


Drpd Irfan, Sarah dan Aves.


Ni Qayyum dgn Nabil yag bagi. Sebijik tipuware tupperware dan fridge magnet Hollywood. Hahaha bapak dorang pi US baru balik, bestnyeeee Qayyum duk cite bapak dia p Los Angeles, San Fransisco dan Las Vegas sampai tergeliat lidah excited nak citer  kat cikgu hahahaa berebut-rebut dgn adik dia si Nabil nak citer ekekeke.

Terharu la jugak weh walhal buat homework je hahahaha. Kalu cikgu-cikgu kat sekolah mesti penuh hadiah kan hehehe.


Wednesday, May 16, 2012

I LOVE U

wordless wednesday. Hahahaha wordless la sangat.


Do u love me?

Tuesday, May 15, 2012

Lagu ku untuk mu :)




Hahahaa incik suami jgn jeles..haahahaha. Tq ween sbb jumpa lagu ni hahahaha.

Monday, May 14, 2012

Bila mat saleh nyanyi ombak rindu. wow!

Singapore's very own Irwan Azly stars alongside Cassidy Anderson in her melayu debut singing their cover version of 'Ombak Rindu'


best jugak ek.

Game

Aku suka main game. Boleh dikatakan hantu main game lah. Sentiasa cek kut ada game barui yg best-best utk di download. Tapi tak lah terer cuma best je dapat main nih. Tapi PB plak tak berapa suka, dan dia tak pandai main game hahahaha. Bagus lah, takdok lah aku berebut tab nak main. Tapi lately dia sokmo duk tengok aku ralit main, alih2 dia try main, sekali dah addicted dah.

Ni antara game yg aku paling suka dan yg tengah main sekarang. Sekarang ni senang kan, nak-bak kalu guna ipad atau tablet. Donlod free je, pastu guna tangan, memang lawas la nk compare guna pc atau laptop kena ketik-ketik mouse pastu kena duk atas kerusi dgn meja skali. GUna tab atau ipad ni mana-mana pun ko boleh main kan.



Mula berjinak dgn burung marah ni masa keja dulu duluuuuuuu. Hahaha curi-curi main kehkehkeh. Tapi tak dpt main habis. Bizi keja pastu tak teringat nk main dah.

Pastu skrg ni dh tak keja download balik guna tab. Oh senang sgt nk mencari dan mendonlod. Teknologi oh teknologi. Donload balik main sampai habis level smpai dpt golden eggs.

Pastu ada plak Angry Bird Rio. Oh, best jugak yg ni.


Tapi sakit ati dgn monyet-monyet yg ketawa terkekeh-kekeh time kita tak habis tembak dia hahahhaaha.

Pastu Angry birds season plak. Yg bestnye pakai tablet ni, dia akan bagi notification setiap kali ada update. Jadi update sokmo la game ni hahaha.

 
Suka jugak dgn Anry Birds Seasons ni sbb banyak giler level. Pastu ada update utk valentine lah, tahun baru cina la hahaha best best.

Pastu burung marah versi angkasa lepas plak. Yg ni memang aku tertunggu-tunggu. Hari pertama rovio launch game ni terus cek kat playstore dah boleh download ke belum. Dah boleh terus tekan download tak tunggu dah.


Ok, best jugak versi angkasa lepas ni tapi aku lagi suka yg seasons dgn rio. Yg ni aku main tak habis tapi PB main. Sebab aku main banyak tak lepas hahahahaha tp PB masa ni dia dh start berjinak-jinak dgn angry birds ni hehehe. Ok, dh habis semua level angry birds, versi apa plak yg kuar pas ni ye, wait n c ok.

Pastu yg hari2 duk main (ok tipu) ari tu la game coin dozzer. Game ni budak tadika pun boleh main hahahaha.


Pastu latest Clouds and Sheep. Hahahaha comel giler game nih. PB pun dh rebut tab nak main sama adoyaiii. Best la jugak pasal kita kena buat challenge yg dia bagi tu sampai habis baru blh gerak ke next level. Mencabar jugak hahaha.


Lawak dan comel je game bebiri ni. Tak logik pun ada hahahahaa. Korang kena main lah kalu nk tau apa yg tak logik tu hahahahaa.

Lagi satu time boring-boring main game burung gemuk ni.


Boleh lah, best sgt tu takde ah, kalu takleh tido aku main game ni, tak lama main terus ngantuk hahahaha.

Last sekali game yg memenatkan hahahaa. Penat berlari. Temple run.


Game ni best dan sangat mencabar, Kadang-kadang pening sebab banyak korner hahaha. Tapi mmg mencabar lah.

Kalu nk ikutkan banyak lagi tapi aku list yg aku suka main je hahahaha. What's your favorite game?

Sunday, May 13, 2012

Sayang nak guna

Melampau la sayang nak guna. Sebenarnya kain batik ni beli masa gi KK ari tu, cantik sangat kan. Pastu kawan PB balik Sarawak kirim kat dia beli, pastu dia bagi hadiah hehehehe. Dah lama duk dlm plastik sbb sayang nak guna hahaha tapi sebab kain batik ari tu kena curi pastu beli baru tak best la plak yg baru sbb beli yg 10 inggit jadi kain dia mcm licin skit tak berapa serap peluh, so tak pakai mana leeeee.


Basuh dulu sebelum pakai. Saya lebih suka kain batik borneo yg dari Sabah sebab kain dia mcm cotton skit, yg Sarawak tu agak licin sesuai kalu nak buat kain baju kurung/kebaya.

Wednesday, May 9, 2012

Tusyen

Sejak sebulan yang lalu, ni lah keja aku tiap-tiap malam kecuali malam minggu (Jumaat dan Sabtu). Alkisahnya pemaju rumah yang aku ni, isteri dia tau aku tak keja so dia citer dia tengah cari cikgu utk anak-anak dia. Nak mintak tolong tengok-tengokkan buat keja sekolah. Dorang dah ada tusyen lain tp ni nak mintak ajar buat keja sekolah je sebab kalu takde orang tunggu dorang tak buat.

Aku paham sangat la kalu budak2 ni, nak-nak depa ni anak orang kaya. Mak dia kata kat umah duk main game, FB la. Budak-budak ni pun bukan orang lain dengan aku, sedara sabit jugak lah. Makcik dia kawen dgn pakcik aku, walaupun xde kena mengena tapi sokmo gi mari kata org ganu.

Start dr bulan lepas, dorang mari 3 org. Irfan, Sarah dan Aves. Irfan dan Sarah adik beradik. Aves tu sepupu dorang. Pastu jiran umah sebelah tengok ada budak mai malam-malam dia pun nak hantar jugak. Anak dia 2 orang, Qayyum dan Nabil. Aku kata ok, lagipun Irfan dgn Qayyum satu kelas. Jadi semua sekali 5 orang.

Ko bayangkan lah budak2 yg suka bercakap, memang tak berenti cakap. Adoyai mau pecah umah aku. Tapi aku suka la kalu tak sunyi je aku dgn PB.


Malam tadi Irfan tak mai pasal dia ada lawatan sambil belajar ke Langkawi. Kena concentrate pd Irfan dan Qayyum psl tahun ni nak ambik UPSR. Soalan darjah 6 susah giler wei. Ada yg aku takleh buat pun ada.

Gaji pun dah dapat yg bulan lepas punya...Haaaa panjanglah akal ye nak beli apa kahkahkah.

Tuesday, May 8, 2012

Baby Danish

Jumaat baru ni aku dgn PB gi Kuantan. Tujuan asanya mertua nak gi Darusyifa kat Sg. Isap tu. Alang-alang pi Kuantan singgah umah my bff sekali. Lama tak tengok baby dia. Dulu masa gi baby Danish baru 2 hari kuar dr perut umi dia.

Sekarang dah besar dah, dah 4 bulan. Comeeeeellll sgt!









Putih gebu baby Danish. Comel sgt. Kakak Ayish bad mood plak ari tu. mKita tepek gambar Kakak Ayish yg lama la.



Nak baby..............................................

Thursday, May 3, 2012

Koleksi novel Ramli Awang Murshid

Bagi peminat RAM, novel terbaru beliau Sunan Musafir bakal keluar tak lama lagi. 


pic credit to beliamuda.com

Sempena nak kuar novel terbaru ni teringat kat koleksi yang sedia ada. Aku dah start collect novel dia ni masa tahun-tahun akhir kat U dulu. Puncanya aku pinjam novel Tombiruo dgn sorang kawan. Pastu eh rasa best plak. Terus cari sambungan, rupanya banyak dah novel RAM kat pasaran.

Lepas tu la aku beli sikit-sikit, sentiasa ambik tahu bila novel baru akan keluar. Ada orang pinjam tak hantar, dan lost contact semua aku beli balik sebagai ganti. Sayang la kalu tak cukup koleksi. Genre RAM ni kebanyakan nya thriller dan ada sesetengan nya agak berat tapi memang kena banyak pikir lah. Aku perasan ada juga beberapa penulis lain yang cuba gaya RAM ni tapi aku rasa RAM yg terbaik.



Aku sayang sangat koleksi ni, huhuhuhu. Nak bagi orang pinjam pun sayang hahahaha. Sebabnya dah ada pengalam orang pinjam novel Mandatori pastu tak hantar dah sebab lama tak jumpa, lost contact semua, so aku beli lain lah. Ada satu lg yg aku tak ganti, Rahsia Perindu. Kena cari balik ni.


Ni yang paling banyak, kompilasi Sunan. Dah ada 5 bijik, bakal keluar Sunan Musafir sebagai penamat kompilasi Sunan ni.


Yg ni trilogi Tombiruo. Memang best sangat. Kalu nak baca memang kena baca dari novel yang pertama.


Aku paling suka Mandatori. Citer dia agak berat tapi memang best sangat.

Rasa nak tulis novel lah, heheheheehehe.