Sunday, April 29, 2012

Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon

Kalu nak diikutkan ini kali ke berapa puluh dah. Bagi aku, honeymoon tu bermaksud ke mana saja aku pegi asal berdua dgn Pakcik Botak.

Ok, nak cite psl 2nd honeymoon ni, sebenarnya ni program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dgn kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan LPPKN Negeri Terengganu. Nama penuh program ni Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon untuk penjawat awam negeri. Aku tak pasti negeri lain ada buat ke tak tapi kalu Terengganu banyak kali dah. Kalu yang Kerajaan Negeri anjurkan hanya utk penjawat awam je tapi orang awam boleh join jg tapi kena pegi dekat YPK. Dorang ada kursus 1 hari dan nanti peserta kursus tu akan dihantar utk program 2nd honeymoon ni tapi hanya utk yg berkahwin bawah 5 tahun sahaja. Kalu yg kerajaan negeri ni tak kira kau kahwin 30 tahun pun boleh tapi atas jemputan la dan ikut turn la.

Program ni 3 hari 2 malam di Arwana Perhentian Eco Resort. Cantik gilerrr tempat tu, air laut biru je. Dari Kuala Terengganu kitorang berkumpul di YPK, tinggal kereta kat situ pastu naik bas ke jeti di Kuala Besut. Perjalanan naik bot lbh kurang setengah lebih dan alhamdulillah tak mabuk sebab air tenang dan bot agak laju berbanding masa aku gi Redang ari tu hahahahaha.

Ok kisah honeymoon ni pjg skit sbb nk kongsi apa activity sepanjang 3h2m tu.

Day 1

Sampai kat Pulau Perhentian dalam pukul 2 pm, dapat bilik, makan tengahari, solat pastu kumpul kat dewan utk aktiviti pertama.



Pantai nya cantik sangat, biru je..


Ni bilik kami. Setiap peserta dapat mcm ni lah. Tuala pun jadi  udang galah hahahaha.




View dari bilik.

Bengkel pertama adalah suai mesra dan cakna pasangan. Semua sekali 30 pasangan so setiap pasangan akan bangun perkenalkan diri dan beritahu keistimewaan pasangan masing-masing. Hehehe yang lawak pun ada. Ada suami isteri tu yg paling lama kahwin 30 tahun. Isteri dia bagitau keistimewaan pasangan dia adalah tiap2 malam mesti akan nyanyi lagu hindustan sblm tido haha, dan pakcik tu terus nyanyi 1 lagu hahaha.

Malam pulak ada candle light dinner. Suami-suami tggu dilobi sementara para isteri siapkan makanan. Hanya ada 1 pinggan, 1 sudu, 1 pisau,1 gelas, 1 mangkuk. Pandai-pandai lah makan. Maksudnya kat sini kena suap menyuap la hehehehe. Ala bukan tak biasa kan.





 suap menyuap la kita..

 Noma dan aris yg super lawak. Boleh masuk super spontan nih hahahaha.

Tak panas ke bang ? hehehehe

Day 2

Pagi pegi sarapan, pastu sambung bengkel. Bengkel pagi ni adalah Pengurusan Konflik dan Stress. PAstu rehat pastu sambung lagi bengkel kedua iaitu Pengurusan Sumber Kewangan. Ok bengkel ni dia bagi kita satu borang dan cek olok-olok rm6k dan kita kena isi segala perbelanjaan bulanan kita dalam borang tu pastu tolak dengan cek yang dia bagi tu. Hehehe bagus jugak ni, aku ada idea nak buat kira-kira kat rumah nanti.

Kemudian suami dan isteri kena buat kad penghargaan utk pasangan masing. Kaum suami duk hujung sana, kaum isteri duk hujung sini. Urusetia dah bawak kertas warna, pecil color, krayon dan macam-macam alatulis. Kemudian tulis dalam kad tu 5 penghargaan dan 5 harapan utk pasangan masing-masing. Kemudian kena cari hadiah utk pasangan masing-masing. Hadiah tu mesti lah diperolehi dari sekitar pulau ni sahaja, suka ati la bunga ke pokok ke batu karang ke. Tempoh masa utk cari hadiah smpai 6.30 petang dan hantar pd urusetia. 

Pastu kaum suami pi solat jumaat kat Pulau Perhentian Kecil, kaum isteri ada yg siapkan kad, ada yg cari hadiah. Aku dah siap kad so balik bilik lepak dalam bilik. Hadiah nanti cari sama2 PB nanti petang. Pas solat jumaat sambung bengkel sekejap sebelum berkumpul utk snorkeling!

Best sangattttt! tak terkata ! Ini lah yg aku wish dr tahun lepas nak pi pulau nak buat semua ni lah. Alhamdulillah tercapai tahun ni dan yg paling best adalah FREE! Gambar snorkeling ada dalam kamera urusetia, kena pi pejabat dia mintak.

Malam tu ada candle light dinner lagi tapi kali ni para suami plak yang hidangkan makanan dan jemput isteri kat lobi. Hehehehe. Memang romatik habis hahahaa.



 Ni kad yang aku buat utk PB.

 Ni yg PB buat utk aku.


Yang comel ada love tu sudah semestinya yg aku buat hehehehehee. Batu karang kat atas tu adalah hadiah utk kami berdua. Sehati sejiwa la katakan pilih hadiah pun sama hahahahaa.

Malam tu juga ada sesi potong kek. setiap pasangan dipanggil dan potong kek pastu ada la tukang ambik gambar. Dan kami juga diberi sepasang tshirt utk dipakai keesokkan harinya.

Pas makan masuk bengkel ada activiti Dancing Therapy. Hahaha bukan dancing dancing cam biasa tu ye. dancing ni lekatkan tapak tangan dgn pasangan masing-masing dan gerakkan ikut lagu yang dimainkan. Banyak maskud tersembunyi didebalik xtvt ni.

Day 3

Hari last ni xtvt ada satu je iaitu Ikrar Cinta. Setiap orang diberikan kad dan masing-masing kena tuliskan ikrar cinta kepada pasangan masing-masing. Kena luahkan apa yg nak diluah. Oh sesi ni paling touching. Teringat kesalahan yang telah kita lakukan kpd pasangan dgn lagu yg syahdu huhuu memang mengalir air mata tapi ada jugak sorang pak lawak hahahaha. Sape lagi kalu bukan Aris suami si Normah. Hehehe time dia bagi ucapan pun dalam tgh feeling sempat lagi buat lawak. Tapi mostly memang sangat touching. Kita yang masih muda ni ok je kan tapi ada yg dah lama kawin masa ni lah dorang nak luahkan. Yg dah kawen 20, 30 tahun kawen pun ada. Sambil dengar ucapan sambil kesat air mata.

Pas tu sesi perasmian penutup oleh YBhg Dato' SUK dan pembahagian sijil serta gambar masa potong kek tu. Gambar-ga,bar lain kena pi ambik kat pejabat YPK cucuk pendrive je hehehehe. Sebab kitorang ni mana sempat  nak ambik gambar semua xtvt kan so dorang dah ambik gambar siap-siap.


Si suami baju putih si isteri baju hitam ye. 

 Ni la pelamin tempat lafazkan ikrar cinta.



Gambar potong kek yang telah diframe kan. Feeling la ye, kita dulu tak potong kek puuunn heheheehe.

Pastu balik la, sampai di jeti Kuala Besut dalam pukul 4.30. Sampai K.Trg kurang 10 minit pukul 6, pegi kenduri kawan jap pastu balik. Kepala dah pusing. Apapun ini adalah antara percutian terbaik yg pernah aku join. Best sangat!

Catatan ni hanya utk kenangan ku di masa hadapan.

Friday, April 27, 2012

2nd honeymoon










Wednesday, April 25, 2012

Lama tak masak-masak

Bukan lama tak masak tau. Jangan salah paham kata aku tak masak plak. Masak tu macam  biasa la, of kos hampir hari-hari la. Dah ko jadi suri rumah sekarang kan, so masak lah utk makan petang suami balik nanti kan. Tapi masak simple je, ikut apa yg ada hahaha takkan nak buh dalam belog gak  kan kihkihkih.

Ni bila punya  ntah, aku tak rasa nak makan nasi, PB pun sama. Teringat ada kentang 2,3 ketul dgn daging cincang. Ok, kita buat cekodok ayam atau bahasa ganu nye jemput-jemput ayam.


Cara buat nya sama mcm nak buat begedil tu cuma takde telur. Rebus je kentang tu pastu lenyek dgn ayam atau daging cincang atau kalu rajin beli ayam pastu cincang sendiri. Aku malas, so beli yg siap cincang hahaha.

Pastu letak garam, lada hitam, sayur mayur apa yg nak letak. Biasa aku letak karot, daun bawang, daun sup. Pastu sudukan ikut suka hati nak besar mana.


Pastu bakar dalam oven 40 minit suhu 180 darjah atau suka hati la suhu brp pun asal masak ye.


Ok, dah masak. Sebenarnya lagi sedap kalu guna daging. Terasa sikit dagingnya tp  ni pun sedap. Aku  guna 4 biji kentang banyak jg dapat. Kenyang macam makan nasi.

Monday, April 23, 2012

Lepak @ TF

Lama tak jumpa kawan-kawan. Aku dgn farah dah plan nak lepak kat TF, saje la duk sembang-sembang. Ajak syib sekali tapi dia xleh datang. Takpelah next time kita jumpa lagi.


Ok, PB adalah melampau sangat, dah lah dkt2 nk hujung bulan, aku ni berkira jugak nak ambik banyak-banyak, sekali dia bantai sampai rm 20++. Aku punya rm15.

 Aqeel Rayyan





 Aqeef Mikhail pun nk mkn eskrem..hehehe





Suka sangat Aqeel main auu chak!

Entry ni khas utk Syibrah Zaza, hehehe nanti kita lepak bertiga plak ye.

Saturday, April 21, 2012

Apakah hukum dry cleaning

Baca maklumat ni dari blog saudara Syahril Kadir. Baca entry mengenai hukum dry cleaning di blog beliau :-

Apakah hukum dry cleaning ?

Credit to http://syahrilkadir.wordpress.com

Thursday, April 19, 2012

Only in Malaysia

Terbaik ah video ni.. u guys should see this video.


Video ni dah ditonton lebih setengah juta walhal baru di upload 17 April yg lalu.

Truly Malaysia.

Info credit to mynewshub.my

Wednesday, April 18, 2012

Books update

Macam biasa rutin harian kalu online mesti blogwalk dulu. Pastu baca blog orangsakit ni. Dia baru siap baca novel. terpandang novel dia teringat aku pun ada beli novel yang sama tapi masih berbungkus lagi. Belinya dah sebulan lebih kut.



tak boleh zoom sampai bawah pasal bawah tu bersepah dgn majalah  dan suratkabo tak susun pun hahahaha. Eh, ada biskut plak hahahaha.



Ni 4 bijik novel yang terbaru. Dulu aku suka beli satu-satu. Tapi sekarang ni sebab jarang gi kedai buku kan, so sekali beli aku akan cari yg betul-betul menarik dan biasa aku akan akan 2, 3 atau 4 biji sekilaigus. Jerat tu aku tertarik sebba cover dia lain dari yang lain. Rupanya terbitan syarikat Amir Muhamad pengarah tu. Aku suka karya dia. Buku ni terbitan FIXI. Cute je nama. Rupanya banyaaak lagi koleksi novel FIXI. Aku akan dapatkan semua koleksi tu satu hari nanti. Kehkehkeh azam baru hahaha.


Jerat dah baca, M.A.I.D belum baca lagi, ramai yg kata best. Yg Misteri Telaga apa ntah tu aku baru beli masa kat Penang ari tu. Kristal Berdarah tu sebab aku minat tulisan penulisnya, Rosli Mohd Sah. Dah ada sebijik karya beliau sebelum ni, Misteri Jejawi Tua. Aku suka sangat novel horror, seram dan mistik ni hahha . Padahal tengok citer hantu tutup mata dgn bantal kahkahkah.


Nak baca tapi kena concentrate mengait dulu lah. adoyai bila nak siap.


Last but not least, dont forget to visit my crochet blog- My Crochet World

Tuesday, April 17, 2012

Menghitung hari

Jangan nak speku apa-apa ye. Menghitung hari ganti puasa sebenarnya hahahaha. Tak sedar la wei aku tak ganti puasa lagi rupanya. Ni dah bulan 4. lagi 3,4 bulan nak puasa balik hahahahaha ganti la cepat-cepat.

Bulan lepas sempat 2 hari je hahhaa pasal duk berjalan je keja nya. Masa kat Penang tu ingat nak puasa tapi tetiba bendera jepun lak elok2 dalam perjalanan nak ke Penang hahhahaha. Semalam aku dh start ganti, hari ni lagi satu hari. Ingat sampai Khamis la kau puasa staright. Habis je minggu ni insyaallah ada 2 hari lagi. Sambung minggu depan lak kalu xde aral melintang insyaallah.

Nak tepek gambar apa ek. Tak best la entry xde gambar hahahaha. Minggu ni takde aktiviti. Aku mengait je. Alhamdulillah walaupun aku tak keja tapi ada rezeki. Ada sorang kwn ni nak order banyak2 untuk buat stok kat kedai dia. Aku kena siap sblm bulan puasa. Setakat ni baru siap 1 hahaha.

Ok update seketul gambar my latest project.


Hehehhee tumpang lalu kat blog ni.

Dont forget to visit my crochet blog !

Friday, April 13, 2012

Reunion ex-Tadc

Plan nak buat ni last minit jugak. Lama tak jumpa kengkawan. Asalnya nak buat kat pantai tapi rasa macam panas sangat so tukar wat kat lagun Chendering. Diha yang jadi tukang kutip duit merangkap pengerusi merangkap admin page hahaha.

Macam biasa aku kena settle bahagian makanan. Diha pun sama. Aku perap ayam 4 ekor dan goreng mi. Bajet utk 20 oarg dalam 4 bungkus mi kuning. Mihun adalah tak pandai ye, so buat mi goreng je.

Start pukul 3 lebih kurang tunggu org beli arang lagi, dengan org sesat lagi hahahahaha. Nak hidupkan api pun lambat jugak psl angin kuat sangat hahahaha.












rindu amir. buas budak nih dan iman yg sangat behave. tak takut orang.



 Nabihah, anak dara Anne Cen, bulat matanya..


Amir melalak.. hahahaha cari ummi ke cari abi?



Haaaakan comei tu hehehhee. geram budak nih.



3 beradik. Menunggu adik baru dalam perut umi.


awek mana comei ngat nih, hehhee opps bini orang tu hehehe.


Gosip mosip hahaahha.



Dua-dua comei.






Layan gambar je lah, tak larat nak tulis caption. Gambar banyak tapi pilih-pilih je lah kang muntah plak. Hahaha. Ramai lagi yg tak join ni. Next insyaallah cuti sekolah pertengahan tahun ni pulak dan akhir tahun ni insyaallah buat juga sebab ada sorang tgh duk sambung study kat UK nak join jugak. Nanti dia balik kita buat.

Tapi semuanya tertakluk kepada perubahan semasa la, mana tau kut ngundi nanti. Cuti sekolah nanti pun family aku nak wat family day jugak jadi x confirm lagi lah reunion ni, nanti kena meeting semula. Apa pun enjoy sangat sebab lama x jumpa.

* Semua gambar ni dicilok dr FB Damak Mus dan Pb punya.