Tuesday, January 31, 2012

Hari ini hari Selasa. How time flies.

How time flies. Hari ni dah last Januari. Bermakna dah 3 bulan aku bergelar suri rumah. Setakat ni aku happy tapi dalam masa yg sama agak janggal jugak sebab aku dah start keja dari lepas SPM, masa cuti sem diploma pun keja. Habis degree pun terus keja even keja biasa2 je. Ini lah cuti yang paling panjang sepanjang 9 tahun aku bekerja non stop.

Takpelah dah rezeki aku mcm ni kan, tapi takdelah duk saje makan tido kat umah kan, aku still mengait. Tempahan tu ada lah sikit, alhamdulillah sangat walaupun tak banyak tapi dari aku duk saje ada juga masyuk kan. PB pulak kalu aku sibuk nak cari keja dia duk tanya 'betul ke nak keja?' Duk ulang tanya soalan tu. Jadi aku decide biarlah dulu,aku nak merasa nikmat menjadi surirumah dan concentrate untuk mendapatkan zuriat. Otak tak pikir psl keja dah so lebih tenang dan relaks. Semoga kami berjaya. Tak perlu la aku ceritakan apa usaha yg kami lakukan tapi bagi yang dah kawen 3 tahun dan ke atas dan belum dpt zuriat pastinya mereka tahu.

Hari ni aku terbangun pukul 11.30 pagi. Ulang suara 11.30 pagi! Bangun solat subuh pastu tunggu PB g keja, aku lepak atas katil baca novel. Since cuaca adalah mendung maka aku termengantuk lalu ketiduran siap mimpi ada orang bagi anak kembar kat aku. laki dan pompuan. Aku suka gile tapi rupanya hanya mimpi.

Siap mandi aku sambung mengait sambil on laptp, on ym, on fb dan buka blog sambil mengait sambil chatting dgn monas. Pukul 2 aku lapar turun dapur bakar roti sapu nutella, makan 4 keping pastu rasa muak sbb aku kurang suka roti tapi sbb malas nk ambik kuali goreng2 maka terpaksa telan. Untuk lunch aku kunyah coklat yg beli semalam.


Nak siapkan beg cerut yg Diha tempah, esok aku nak hantar. Seksa juga nak buat psl 1st time buat ni. Masa ni boleh la nak lepak2 buka fb semua nanti esok2 ada anak aku rasa tak boleh dah hahahaha. Doakan aku berjaya mengandung dan dapat anak kembar ye kawan2 hahaha. Dan tak lupa doakan monas utk mengandung juga sama macam aku.

Jumaat ni aku dan family akn bertolak ke Melaka utk perkahwinan adik aku yg no 4. Semoga selamat tiba dan selamat kembali.

Friday, January 27, 2012

Cute slippers for Adda :)

Mula-mula nak mintak maaf kat Adda pasal lambat buat. Sebenarnya tak ingat pasal maklum je lah tahun lepas, macam-macam hal jadik. Adda nak warna merah tp mintak mahap lah sekali lagi psl wrna merah tinggal seketoi je dan confirm tak cukup punya. cukup untuk  buat bunga jew.




Sekuntum rose sebagai pemanis.. Auuw so shuwiitttt :)

Harap padan lah psl Adda nak size 4 tapi kaki ku dan PB saiz 7. Mana nak refer size ek? Agak2 je lah. HArap2 padan, kalu tak padan boleh baiki.

Thursday, January 26, 2012

Kalu ada duit jangan simpan di bank, jom kita melabur.

Sepanjang 5 tahun keja ari tu aku masuk Koperasi Pemin. Bulan-bulan potong RM100. banyak kelebihan koperasi ni, yang bestnye dapat buat pinjaman RM3 ribu tanpa faedah. Aku sempat buat pinjaman 2 kali, dan yang kedua tu tak sempat habis, ada baki RM 1 ribu lagi.


So, bila dh kena retrench ni terpaksa lah berenti dari koperasi tu. Sebenarnya sayang nak berenti tapi kalu nak sambung boleh tapi kena keja lah sebab potongan hanya boleh dibuat melalui syarikat tempat kita keja. Takpelah nak buat camne kan.


Jadi akhir tahunh lepas dah hantar surat semua pastu aku punya caruman yang terkumpul ada dalam 5k tapi kena tolak baki hutang pinjaman dalm 1k lebih so total dapatlah 3k lebih. Aku sebenarnya bukan nak menunjuk tapi nak bagi cadangan kalu ada koperasi kat tempat korang keja masuk lah koperasi tu. Bagus tau. Last dividen koperasi tahun lepas aku sempat rasa. Diorang istihar dividen 10%. Tak ke banyak tu tapi sayang aku tak sempat nak bagitau duit dividen tu nak labur balik. Tapi diorang dh buat cek dah sebab aku tak bagitau awal-awal. 




Nak dijadikan citer, si Fiza yg sama kena retrench tu buat Public Mutual. Dah lama dia saiko aku suh masuk tapi hehehe tak masuk-masuk. So baru ni dapat duit pampasan aku join dgn dia, mula-mula nak buka akaun nak RM 1k. Pastu ni dah dapat duit koperasi ni aku masuk 3k dalam akaun Public Mutual so nanti bulan-bulan dia akan deduct. Aku mintak fiza deduct 100/bulan so kalu RM3k tu tahan lah sampai 2 tahun lebih. 


Jadi kawan-kawan, kalu ada duit tu melaburlah skit. Aku nak join dah lama tapi duit simpanan bukan banyak pon, harap duit ni le. Satu lagi ye, insurans jangan lupa ambik. Sangat berguna tau.


Pesanan utnuk masa depan ini dibawa oleh marinahunny.blogspot.com. Haahahahhaha.

Wednesday, January 25, 2012

Nutella mug cake

Lama dah intai resepi ni. Hari2 duk buka blog irma tapi buat nye tak. Buatnye senang sangat!




Ikut suka lah nak hias atau nak makan cara mana. Saya tuangkan coklat hershey je utk saya dan picit whippung cream utk PB.

Resepi :-


Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.

2. Kacau rata sampai sebati.

3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda). Saya bakar selama 5 minit.

4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.

Resepi asal di blog irma. Thanks to her for sharing this recipe.

Belog ku selamat

Huwaa, rindu kat blog. Sebenarnyaari tu blog tak buka tetiba dia kuar 'adiwidget.com'. Cari punya cari ada kata kena buang kod adiwidget tu. Rasanya dah buang dulu. Tak tau lah mcm mana boleh jadi balik. Rupanya ada 2 org kwn saya pun kena mcm tu.

Last2 tadi try bukak, eh dah ok. Yeay yeay!

Itu je citernye..hehehhee. Rasa nak guna [dot][com] le..xde kena kacau lagi..huhu any suggestion?

Saturday, January 21, 2012

Maxi kaftan-update

~ STICKY MODE ~

Salam korang,

Adik saya ada jual baju kaftan maxi ni. Saya tak tau kaftan ke apa tp dia takde sayap kat tepi tu kira macam maxi lah. Saya beli 2. Selesaaaaa sgt. Ada saiz ye. M, L dan XL. Yg saya beli tu saiz XL. Yg tinggi dlm 158-165 cm ok. Saya dah basuh, dan tak luntur pun. Kalu beli ni boleh terus pakai sebab dia dah basuh siap-siap.

 pink

 hijau

biru 

Yg kat atas tu antara contoh warna ye. Ada lagi warna lain tapi saya ambik contoh 3 ni je. Baju ni abang ipar kepada adik saya yang buat.

Ada lengan panjang juga ye. Harga RM 35 untuk lengan pendek dan RM 38 untuk lengan  panjang. Lengan panjang tu tak lah pjg sgt mcm lengan 3 suku tp labuh skit. include postage. Sape berminat boleh tinggal komen ataupun email saya marinahunny@gmail.com.

Ok, happy shopping uolls.

Friday, January 20, 2012

Izwan Pilus meninggal dunia?

Tadi Pb bgtau izwan pilus meninggal. Saya kata abg aril AF tu ke? Terus laju2 gugel. Saya baca dr blog Oh Bulan dan berita itu memang benar. Arwah telah kembali ke rahmatuklah jam 6.20 ptg tadi demam panas yg berpanjangan. Nak tau berita lanjut blh buka Oh Bulan.

Innalillah..sama sama kita sedkahkan alfatihah.

Cik Beah Osem. Osem lah sangat hahahahaa. Lawaakkkk!

Lihat dan faham..



Hehehee....

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, January 18, 2012

Dari Dia kita datang, kpd Dia kita kembali. Al-fatihah..

Assalamualaikum..

Bapa kpd sahabat blogger saya iaitu An Wardrobe telah kembali ke rahmatullah pada khamis 12 januari yg lalu. Innalillah..semoga arwah ditempatkan dikalangan kekasih kekasih Allah .

Sabar ye an, kuatkan semangat.

Tuesday, January 17, 2012

Cute roses for my darling :)

Lama giler cuti mengait. Bila stop susaaaah nak start balik. Nak ambik mood tu bercinta hokey! Tapi bila dh start susah lak nk berenti.

Ari tu sepupuku yg comel mai tido kat umah, kebetulan masa tu banyak brooch bunga2 so bagi dia, nk tunjuk kat kawan -kawan katanya. Dalam tu terselit lah sekuntum dua brooch bunga ros.

Tup2 2,3 hari lepas Along sms mintak buatkan brooch bunga ros ni. Ok, kita buat warna warni :)






Tak lupa sehelai kopiah utk ex-schoolmate. Special made for him. Katanya susah nak cari saiz sbb tuan dia comel sgt :)

Happy crocheting!

Monday, January 16, 2012

Rolling in the deep

Aku suka lagu nih. Suara dia best woh!


Penyanyi tak lah slim mcm artis lain tp suara mantap!

Sunday, January 15, 2012

Yeaaa! Makan-makan lagi!

Ok, acara makan-makan ni dicadangkan oleh bekas bos ku Razak. Saje lah nak buat bakar-bakar ayam, makan-makan dgn kawan-kawan. Dulu masa kat opis lama memang kitorang selalu buat bakar-bakar n i tapi lama dah tak buat. Sejak keadaan opis jadi lain, budak-budak pun banyak tekanan nak keja pun tak senang hati jadi takde org nak organize benda ni.

Jadi ada org cadangkan wat makan-makan ni tapi since tak tau nak buat mana, jadi cadangan buat kat rumah ku :)

Ok kita buat hari jumaat baru ni ye, walaupun ada  yg tak leh datang tapi ok lah. Yang datang pun makan banyak hahahahaha. Kalu tak makan banyak nanti tak habis lak kan. Gambar tak banyak mana pun tapi banyak jugak lah kalu letak dlm blog hahahhaa.

Menu adalah spageti, nasi  kapit (org ganu panggil nasi kapit ye) dan kuah kacang. Kuah kacang aku request mak buat pasal tak reti. Lagi ada puding roti dan bubur kacang. Tak lupa Cikgu Ross bawak puding jagung. Walaupun tak menjadi katanya tapi habis licin sebab ada penggemar jagung :)






 Iman yg comel anak Cikgu Ross dan Inchik Chen Chen.



 Tukang bakor adalah bapak Amir. Sebab dia sampai awal hahaha.

 Amir in da house! Suara dia je yg kuat ari tu hahaha.

 The newlyweds, Kero n wife.



 mr papa to be :)




The kids.

Nasib baik pakai pinggan polisterin jadi tak banyak mende nak kena basuh. Walaupun penat tapi enjoy. Suka lah sebab org mai umah kita kan, lagi lagi ada budak-budak.

Next time boleh wat lagi ni :)

Saturday, January 14, 2012

Hasil mem'baking' yang pertama~ nak gelak ke nak nangis?

Huwaaaa! Maleww le nak tunjuk...huhuhuhu

Kena berguru dengan cik ina ni.

 Perlu ada bahan-bahan dan yang paling penting, resepi!


 Haahhaaha abis smpai pemegang ni comot. Aku bantai letak serbuk koko sekaligus. Ikut resepi nih..hahahaa



Ini hasil brownies ku. Sedikit mengecewakan sebab agak kering dan keras. Boleh lah makan bukan keras takleh makan tapi tak lembut. Paham tak? Aku rasa aku letak banyak gandum lah. Hmm next time buat aku nak tambah gula lebih sikit dengan kurangkan gandum. Ke camne cik ina?

Resepi yg aku  tiru takyah letak lah, nanti kalu aku buat 2nd time jadi baru letak resepi tu hahahaha.

Friday, January 13, 2012

Wang yang saya hadiahkan mungkin akan habis dalam sekelip mata tapi ilmu yang saya curahkan boleh menggandakan wang ini dengan gandaan infiniti

Tadi adalah blogwalking ke blog2 yg aku selalu baca. Dan aku suka tinggalkan komen kalu entry tu menarik hatiku utk dikomen.  Tapi tengok mood jugak, kalu hari malas nak komen maka tak komen le.

Tapi tadi aku baca blog tukang cuci ni. Tertarik dgn pengalaman dia mencari ilmu di tempat org. Sambil belajar sambil bekerja, spt nama blog dia 'Tukang Cuci', dan dia pun keja tukang cuci jugak tp dlm masa yg sama jadi cikgu mengajar BM kpd anak2 dan juga habiskan PHD.

Apa yg buat aku tertarik hati sebab aku tetiba teringat masa tingkatan . Aku duk dlm kelas Sains Arab, satu2 kelas Arab di sekolah tu. Aku mmg belajar Arab dr tingkatan 1-5. Masa di tingkatan 4 aku suka sgt subjek matematik padahal masa sekolah rendah itulah subjek yg paling aku lemah. Aku dpt 4A1D masa UPSR. Dan D adalh matematik. Masa PMR aku dpt B utk matematik.  Masa form 4, cikgu matematik namanya Cikgu Rodiah Adnan, mengajar dgn cara yg menarik sekali. Pelajar dibahagikan kpd 3 kumpulan iaitu cemerlang, baik dan sederhana dan aku di kumpulan baik which is yg selalu dpt markah antara 60-70 (yg selalu dpt B tp jarang dpt A). Oleh kerana kelas aku hanya 24 org je (8 laki n 16 prmpuan), maka setiap pelajar dpt perhatian yg cukup drpd cikgu.

Cikgu Rodiah selalu pesan, tiap2 hari  kena buat latihan matematik, paling koman pun 1 atau 2 soalan.  Jadi masa tu matematik mmg jadi fav aku. Balik rumah buat latih tubi ikut masa peperiksaan sebenar sbb nak tengok boleh handle tak masa dengan nak buat pengiraan. Berkat ajaran Cikgu Rodiah, aku dapat A2 masa SPM. Dan walaupun tak dapat A1 tapi aku puas hati sebab aku rasa soalan matematik masa SPM sangat mudah.

Hahaha yang lawaknya keputusan SPM aku semua gred ada dari A2 hinggalah P8. Yang xdok A1 dan F9 je hahahahaha. Tapi masih dpt pangkat 1 cuma cukup2 makan hahahhaa. Pulak tu Bahasa Arab Tinggi soalan bocor masa tahun 97, merasa lah kena kuarantin , habis lari soalan spot.

Sebelum cuti raya, Cikgu Rodiah bagi duit raya. Ada yg dapat RM10, RM5 dan RM2. Aku dpt RM2. Tapi yg buat aku ingat sampai hari ni, sekeping nota dilekatkan bersama not RM2.

' WANG YANG SAYA HADIAHKAN MUNGKIN BOLEH HABIS DALAM SEKELIP MATA, TAPI ILMU YANG SAYA CURAHKAN BOLEH MENGGANDAKAN WANG INI DENGAN GANDAAN INFINITI'

Jadi secara tak langsung aku berfikir tentang apa yang telah aku lalui selepas habis tingkatan lima 15 tahun dulu. Pikir punya pikir aku pun tak sangka aku boleh berada pada tahap sekarang ni. Walaupun sekarang ni dah tak keja tapi aku masih bersyukur.

Tapi hidup aku sebagai seorang wanita belum sempurna lagi. Aku kepingin cahaya mata untuk menyerikan hidup kami. Takpelah, rezeki di tangan Allah, mungkin belum masanya lagi.

Thursday, January 12, 2012

Nuffnang cash out

Dah selamat sampai.


Ni bukan nak niat nk menunjuk tapi ni hasil blogging dr tahun 2008. 4 tahun baru dpt banyak ni? Fuh! Awal2dulu tak tau pun apa nuffnang ni kan. Org letak kita letak tapi dulu2 update pun ala kadar je. Blog pun xde org masuk hahahaha.

Tapi pas dah cash out ni cepat plak masuk duit. Tapi tunggu lama skit lah. Kagum la dgn blogger2 yg glamer tu, sebulan dpt RM 2k - 3k. Fuuhh xyah keja pun xpe kan. Huhuhu bila nk dapat mcm tu ek. Hahahhahberanganle..huhuhu

Persediaan utk mem'baking'. Tak lupa juga kena beli ikan juga.

Ikan oh ikan. Susah nya nak dapat ikan segar musim2 hujan gini. Kena tanya tukang jual dan jangan lupa belek insang dan sentuh-sentuh skit badan ikan tu. Kalu ikan kotak ni kadang2 luaran kita boleh tertipu, ada yg tak nampak merah mata tapi bila siang mak aii.

Tapi harga ikan fresh mahal la wei tapi nak wat cmne terpaksa la. Ikan kembong sekilo RM12-14. Kalu yg kotak RM10 -12. Sekilo tahan lah 1 minggu.

Semalam beli ikan selayang je pasal ikan kembong ada yg ikan kotak jeww. Selayang pakcik tu bagi RM10/kg. Size sederhana je. Ok la dari xde langsung. Musim2 gini xleh memilih kan.


Siang siap-siap masuk freezer.

Ok, mood mem'baking' sudah mariiii!!  Pas ambik PB singgah kedai kek yg baru buka.Eh baru buka ke? Rasanya lah, nak  beli barang basic utk membako katanya.


Kedai ni letaknya kat Kubang Parit. Tepi jalan utama nak ke Bukit Payong, Kuala Berang. Kedai ni owner dia melayu. Nak kata banyak tu tak lah banyak sgt tapi barang2 yg common tu ada lah. Semua barang yg aku nak ada kecuali walnut. Ok xpe, kita ganti dgn almond.


PB pantang tengok coklat Hershey tu. Beli je bang oiii.

Tunggu hasil mem'baking' ye :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, January 9, 2012

Cek nuffnang dah sampai !

Tadi mak kol, katanya sampai surat macam cek. Yuhuuuuu!

Cek nuffnang tu, sbb dh dapat paymet advise via HSBC ari tu katanya cek dh di pos kan.

Hehehehhehee nak buat apa yeeeee?

Kalu ikut PB dia suh simpan, tapi nak spend blh tak?

Bolehlaaaaaaaaa...

Esok gi umah mak :)

Rumah untuk dijual - Semi D setingkat ~ update harga

Saya bukan broker jual rumah hehehe tapi ni rumah yang baru buat sebelah umah mertua. Saje letak kat blog kut-kut ada orang kat belah-belah Dungun tengah cari rumah.





Nak masuk tak leh hehehee. tapi siyes memang cantik umah ni. Buatan pun kemas. Gate depan guna wrought iron, fuuuuuu..rumahku besi biasa je hukhukhuk.

Harga saya tak pasti tapi kalu tak silap mak mertua bagitau antara RM 220K - RM 250K. Tapi tak pasti la. Boleh kontek nombor kat bawah ni ye.


Semua sekali 4 unit tapi yang dah siap 2 unit baru. Tunggu habis jual yang ni dulu kut baru dia buat lagi 2.

Update :-

ada kwn bagtau rumah ni harga RM 230k se unit.

Kedai Buku Wan Ariffin

Kalu balik Dungun mesti tertarik nak singgah kat kedai nih, tapi tak singgah pun hinggalah minggu lepas ajak PB gi.






Banayak gilerrrr buku dalam kedai ni dan mostly keluaran DBP lah. Buku lama-lama, rujukan, novel semua ada. Tak terkira, tak larat nak jenguk. Tapi end up tak beli apa pun sebab aku tengok novel keluaran DBP ni lebih kepada sastera skit, huhuhhu.

Rindu Pustaka Munirah :(