Monday, December 10, 2012

Durian crepe

Haishh orang buat durian crepe aku pun nak buat durian crepe. Sebenanrnya aku tak tau kenapa baru skrg glamer durian crepe ni. Aku dah pernah makan dulu tapi nama nya durian pancake le. Aku dah penah citer dah dulu. 

Ok, sebenanrya aku pi rumah makcik aku nak hantar baju dia dah siap jahit manik, pastu sepupu aku tanya lak pandai tak buat durian crepe tu? Aku kata tak pernah buat tapi tengok resepi macam senang je. Plan punya plan terus setuju nak buat kebetulan ada durian. Pi kedai cari whipping cream, pewarna kuning dgn esen vanila. Aku gugel punya gugel nak cari resepi yg paling senang dan simple, jumpa lah cikepal punya. Sonang  yo! Tayah nk guna banyak jenis tepung, ko pakai tepung gandum dah cukup. Ada aku tengok kat fb sape ntah dia jual durian crepe  ni, siap mention dia guna 5 jenis tepung tapi tak guna tepung gandum. Amboii macamkan guna tepung gandum tak sedap. Aku guna ok je sedap jugak.

Ok lah layan je lah, resepi kat bawah ye. Lupa lak nak ambik gambar bahan-bahan. Nanti bukak je blog cikepal, aku tiru sebijik dia punya.

Bahan-bahan :-


250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Utk filling :-

Isi durian
1 cawan whipping cream 

Cara-cara:-

Ok senang je,ko satukan semua. Masukkan tepung, santan, air, telur,m garam, esen vanila, garam dan pewarna kuning. Pastu aku guna hand mixer senang skit sebati.

Pastu whipping cream tu pukul la sampai gebu.




Pukul sampai sebati. Pastu tapis dulu kasi buang ketul-ketul.


Dah siap tapis leh start mengcrepe plak. Pastikan guna kuali non stick ye.


Tuang satu senduk pastu gelek-gelek bagi nipis dan rata. Aku tak tau nak agak besar mana nak buat crepe ni. Yg aku buat ni tak besar mana so masa nak lipat susah skit.


Jadilah durian crepe hahaha. Agak comot lipatan tapi tetap gebuuuu. Yg pecah pun ada hahaha. Tak sempat nk simpan dlm peti ais, dorang ni tak sabar nak ngap.

ok, aku guna whipping cream cap Value Pride. Sedap macam aiskrim. Jangan lupa cek cop halal ye dan utk lebih faham lagi boleh baca kat blog Kak Ita Masam Manis ni mengenai perbezaan whipping cream. Jangan sampai salah beli kang jo pukul tak kembang-kembang hahahhaah.


Ok lah aku rasa 1st time buat ni menjadi lah walaupun berpeluh ketiak nak menyiapkan crepe. mencabar jugak nk buat crepe tu jd nipis. Aku rasa nak buat lagi sekali lah. Sape nakkkkkkk?? Ok sila datang rumah :D




4 comments:

  1. Terbaik dari ladang betol ni. Hihi..

    Rsanya yg guna tepung 5-7jenis tuh if aku x silap blog cikmin. Dia xguna lgsg t.gandum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bnyk wei. Aku jmpa dlm fb aku duk mention x guna tepung gndum, pdhal jd jg tpung gndum hhhuhuhu. Mungkin dia nk jual nk lg bgus kan

      Delete
  2. Marina, nanti aku blk ganu tahun baru ni, mu buat la pulok. Blh aku terjah rumoh mu. Cian ke aku... Durian crepe x pernah makan.

    - nani

    ReplyDelete
  3. Laaaa mu ke nani, aku ingt sape hahaha. Ok ok. Nt kena beli durian lah

    ReplyDelete