Tuesday, October 16, 2012

Update

Ya allah apsal la malas sangat nak update. Dah hampir setahun aku tak bekerja. Eh tapi masih bekerja sebenanrnya walaupun bekerja mengait je hahahha. Semalam satu hari aku tak balik rumah, malam dekat maghrib baru sampai. Sebenarnya ada plan dengan farah. Kitorang nak ziarah Syib yang baru keguguran ari tu.

Kluar dari rumah gi hantar PB p opis dulu pastu aku gi Klinik Rawatan Harian ada appoinment dgn O&G. Jumpa kat Ilmi jiran sebelah rumah. Rupanya dia pregnant lagi anak no 4. So dia ajak breakfast, sembang punya sembang jumpa Kak Siti plak, jiran sebelah rumah belah satu lagi hahahaha tp Kak Siti memang keja kat hospital no wonder lah terjumpa pun kan hahahhaa.Masa kat O&G Dr. Roziana yg bertugas ari tu, haa best la sebab dia dah tau history aku cmne, hampir 3 tahun aku dengan dia masa buat treatment kat Ibai Clinic last last dia refer kan aku ke HSNZ lagi senang.

Pas selesai dengan O&G vroom terus pi rumah Farah, tunggu sekejap pasal anak dia baru bangun tido . Mak nye plak baru nak mandi. Ok aku main-main dengan Aqeel dan Aqeef dulu hehhee comel la dorang nih. Pastu siap masuk dalam kereta la plak takkan naik motor hahaha. Otw tu Farah suggest suh tanya tailor baju aku tempah dah sipa ke belum/ Oh ye aku ada tempah baju kat 1 tailor ni. Org kemboja muda lagi sebab tailor biasa aku tu tak nak ambik dah. Aku nak pakai baju ni dalam minggu depan sblm raya kalu jadi lah. Ada dinner nanti. Harap-harap dinner tu dijemput isteri sekali hahaha kalu tak wat raya la. Aku risau jugak sebenanrnya sebab aku tak tau dia ni jahit ok ke tak. Ok ,aku sangat cerewet kalu pasal tailor ni. Tapi farah kata dia pernah cuba dan ok lah setaraf dengan tailor lama tu. LAgipun dia ni pernah keja dengan tailor lama tu hahaha. aku risau sebab kain aku beli tu sutera crepe, paling mahal penah aku beli lah tu yang sayang takut tak sedap hahahaha. Ok dah siap rupanya upah RM45 pasal buat kurung pahang+kain sutera lagi kan. Ok, cakap psl sutera ni nanti aku upload gambar sutera untuk di jual. Dan sutera  yg aku beli ni memang ekslusif dan takkan jumpa corak yg sama. Design adalah terhad ok, boleh kembangkan bisnes ni tunggu ye.


Baru basuh hahaha sori lah ye gambar kat ampaian je.

Ok, nasib baik cantik jahitan dan pakai pun sedap terletak je. Waah pas ni boleh la tukar tailor. Oh dia jugak boleh jahit tudung. aku tengok cantik plak pastu boleh request nak saiz besar mana kan. Tapi aku tak order lah pasal dah janji dengan Khalil nak go tengok tudung kat kedai dia kat stesen bas. Ok korang  boleh tengok kat FB Khalil kalu nak beli tudung, comel-comel belake weiii. Dia jual online jugak.

Ok habis citer kita pi umah syib di Gong Badak. Lepak-lepak sembang sembang. Budak Amir ni dah besar rupanya tak ingat nak ambik gambar dia. Nakal je hehehe. Dalam kul 1 lebih kitorang blah pasal anak-anak dah tidor dah. Nak hantar kopiah kait plak yg Fathy Kameel order utk anak dia, rupanya dia balik rehat kat umah, cari umah dia kat Gong Badak 4 pastu terus balik. Singgah umah mak aku jap nak ambik surat. Pastu makan nasi hahahaha. Lauk besttttt! Pas makan balik umah Farah dia nak solat, siapkan anak-anak semua salin pampers pastu kuar lagik nak pi pej pos, aku nk pos barang, farah nak ambik barang. Pastu dh dekat kul 5 terus tunggu PB balik lah sekali arung tp sebelum tu pi beli cendol dulu haus giler.

Pas ambik Pb nak hantar Farah balik lu. Otw tu singgah kat Pulau Kambing beli ikan degan sotong. Ikan kembung RM 10/kg. Ok lah segar dan saiz sederhana tapi bagi aku saiz besar dah. Sotong aku ambik yg kecik RM8/kg tp aku ambik setengah je. Udang tak banyak dan aku lagi suka beli udang kat Mydin, besar dan murah. Pastu hantar Farah, pastu balik rumah dekat pulu 7 pm sampai. Maghrib kan awal skrg so dah nak gelap dah. Siang ikan siap-siap masak nasi je. Lauk dah ada tadi tapau kat umah mak hahahaha. Bertuahpunyanak.

Ok sekian catatanku sempena hari semalam :D

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis...

    Berminat dengan sutera?

    Sila like page

    FB : TSUKI MOON SHOP
    INSTAGRAM : TSUKI MOON SHOP
    EMAIL : TSUKIMOONBULAN@GMAIL.COM
    SMS/WHATSAPP : 017-6052330

    THANKS.

    ReplyDelete