Tuesday, October 30, 2012

Dinner

Entry ni ada unsur-unsur seram yg agaj tak melampau, kalu rasa seram jangan baca. Kalu baca jugak aku ak tau hahahaha.

Ni dinner beberapa minggu lepas. Dinner ni sempena Program Peningkatan Kerjaya PTN 4 Negeri (Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor). Senang citer 4 negeri ni saja yang ada PTN mereka sendiri. Negeri lain tak guna PTN tapi PTD. Program ni diabuat 2 tahun sekali pastu selang sekali setahun. Aku pun tak paham camne. 2 2 tahun lepas dah buat kat Kelantan. Tahun ni Terengganu plak jadi tuan rumah.

Sepanjang program tu selama 4-5 hari kut aku tak ingat banyak lah acara sukan. PB tak masuk sukan tapi dia masuk untuk buat persembahan masa malam dinner macam tahun lepas jugak. Dipendekkan cerita Terengganu menjadi juara keseluruhan. Malam last iaitu malam dinner tu ada pembahagian piala dan persembahan dari PTN 4 negeri ni. Persembahan ni pun dipertandingkan. Terengganu punya buat kesinambungan daripada tahun lepas tapi lagi best la. Hahaha aku malas nak korek entry lama. Masih jadi hantu yg kacau aci yg rindukan suaminya pegi haji hahahha tapi elemen tahun ni lagi kelakar psl hantu-hantu menari gangnam le pulok. Dan menang lagi nampaknya persembahan.

Macam biasa aku pegi dengan Salwa sebab suami-suami kena pegi awal. Kat sana jumpa plak Kak Nor. Salwa comel sangat mengandung 8 bulan.



Ok, aku pun hampir tak cam hahahahha. 

ok bai

1 comment: