Tuesday, September 4, 2012

My life

Kalu ikut bulan islam, raya haji nanti genap la setahun aku tak kerja dalam erti kata lain menjadi suri rumah. Tapi kalu ikut bulan org putih tak sampai lagi setahun. Apa perasaan aku? Seronok? Sedih? Bebas?

Jawapan ku ialah - BEBAS

Ye aku rasa bebas sangat hari pertama tak pegi kerja setelah confirm aku tak bekerja lagi. Kenapa bebas? Kalu kita berhenti kerja ataupun dibuang ataupun yg sewaktu dengannya dengan masalah disiplin sedangkan company masih utuh mungkin rasa tak best tapi kondisi aku (dan kawan-kawan yg senasib) sewaktu kejadian itu kami rasa agak lega jugak lah. Aku punya rasa pulak memang aku lega sangat nama aku naik hahahaha, sebab memang aku bajet dah. Aku ni kuat melawan, laser plak tuh. Bos pun aku laser kan, saje nak test sebenanrnya hahaha. Last-last kena panggil kahkahkah!

Ok ok, pada awalnya aku risau jugak takut boring. Aku dah bincang dgn PB kalu aku keja aku nak keja biasa je, kerani pun ok, taknak lah mcm last position. Last position aku exec dgn gaji 2.5k tapi tekanannya hanya Allah yg tahu. Aku stress setiap kali balik keja, nangis dalam kereta toksah cite lah.

So pas berenti tu aku ingt nak keja biasa2 je. Tapi since trg ni agak susah jg mencari kerja sampai sekarang aku hanya hantar 1 resume je. Aku decide nak concentrate on crocheting je. Alhamdulillah, rezeki Allah akan datang sekiranya kita berusaha, tak kisah lah kau keja opis ke kau takmo keja opis ke janji kau usaha supaya rezeki itu sampai. Bulan puasa baru ni aku tak cukup tangan nak menyiapkan tempahan crochet, dan masa gi beraya pun ada orang tempah utk raya haji pulak. So sekarang ni aku dah susun siap-siap order. Setakat ni aku dah dapat order utk 17 produk crochet untuk disiapkan sebelum raya haji. syukur sangat-sangat  hobi yang kita suka boleh beri  pulangan. Walaupun hasilnya tak lah semewah mana tapi aku ada cara utk hilangkan bosan diamping dapat duit.

Yang kelakarnya masa aku mula-mula tak keja dulu, ada sorang akak ni dia mai umah aku. Rupanya dia tau aku tak keja pastu promote ajak masuk MLM. Aku tak nafikan kalu kita pandai buat memang berjaya, akak tu sendiri dia tunjuk bukti pendapatan dia bulanan dah cecah RM10k. Keja hakiki dia biasa-biasa je tp side income yg tinggi. Siap dapat kereta lagi. Memang aku tabik ah akak ni, berangan jugak kalu blh jadi mcm dia. Tapi hakikatnya aku memang tak reti MLM ni. Bukan tak penah masuk, penah ada pengalaman tapi tak bertahan. Entah lah mmg tak serasi .

Part yg paling best ialah aku available utk ikut PB ke mana-mana saja. Keja dia ni kadang-kadang outstation, mana yg boleh ikut confirm aku akan ikut dan tak yah susah-susah nak apply cuti. Ini lah yg paling best. Hehehehhehe

Part yg tak best adalah duit kena mintak dengan suami. Ok, sebab aku jual crochet makan ada lah jugak duit nya tapi tak semewah dulu lah. Tapi yg best, aku masih lagi menjadi banker di saat hujung bulan hahahahahaha.

Ok, sila lah jenguk blog crochet aku. Aku tak update pasal crochet kat blog ni pasal tak nal campur-campur. So create satu lagi blog. Ok, boleh menjamu mata di blog crochet ku :)

0 cuit-cuit:

Post a Comment