Friday, September 21, 2012

Bidai

Masa awal pindah dulu mak suruh buh langsir kat dapur. Tapi nanti nak kena basuh banyak kali tau lah kat dapur kan. Aku terpikir nak letak bidai lah. Setahun selepas pindah baru lah beli hahahaha. Susah kalu takde bidai ni pasal tingkap tu malam-malam orang luar boleh nampak.

Jadi ari tu sebelum puasa kut aku gi kedai Hisyam I-Design nak mintak dia design kan label utk barang crochet aku. Keluar kedai baru perasan sebelah kedai Hisyam ada kedai buat bidai rupanya. Ajak PB masuk la nk survey. Survey punya survey terus tempah lah. Aku ambik yg pesen macam dalam gambar ni lah kalu tak silap RM8/kaki. Balik rumah ukur tingkap siap-siap pastu sms tuan kedai tu. Ada 2 tingkap je kat dapur. Anggaran harga dlm RM200 utk 1 keping.

Bila dah siap dia kata kena pasang sendiri pasal dia akan pasang kalu beli 3 keping ke atas. Dia ajar cara pasang ok lah senang je kut hahahaha. Sudahnya berbulan duk dlm bilik store pasal aku silap beli skru hahaha. So mintak tolong ayah pasangkan. Siang tadi ayah, mak n John mai umah.



Ok, abaikan lah dapur ku yang 'bersih' sangat tu ye. excited nak ambik gambar hakhakhak. Microwave tu tunggu masa nak alih je psl dah rosak dah. Jangka hayat 4 tahun je huhuhu. 

Kaler ni aku pilih psl nk mecing dgn dinding dan jugak kabinet kayu kat dinding sebelah sana. Kabinet pasang siap kitorang tak buat pasal hajat nya nanti nak besarkan dapur (insyaallah kalu ada rezeki) baru nak buat kabinet.Jeles tengok rumah org ada kabinet huwaaaaa.

Tetiba jadi excited nak masak malam-malam hahahahahaha.

Updtae, ok sebenarnya microwave tu tak rosak pun, power point tu yg problem waaaaaa.. susah lah mcm  ni.

3 comments:

  1. boleh share tak kat mana tempah bidai dapur ni?

    ReplyDelete
  2. Kedai nya dekat simpan 4 durian burung kalu dr bt 6 kedai belah kiri se lepas traffic light simpan 4 (belah kiri traffic lite losong tank air)

    ReplyDelete
  3. Salam akak marina...boleh share x ape nm kedai bidai ni...ade fon no x? Nama sya emma.

    ReplyDelete