Sunday, August 12, 2012

Al-Fatihah

Semalam iaitu hari Jumaat sepatutnya ada majlis berbuka puasa Awang's family di rumah pakcik, dan aku ditugaskan untuk menyiapkan pencuci mulut iaitu puding laici dan puding roti. Namun perancangan Allah adalah yg sebaik-baik. AKu menerima panggilan dari adik yang menyatakan tokki telah kembali ke rahmatullah selepas Asar. Nak kata terkejut adalah jugak tapi kami semua dah bersedia sebab tokki sudah terlantar beberapa tahun yang lalu.

Arwah berusia hampir 100 tahun dan aku rasa orang yang paling tua dalam kampung aku. Generasi dia sudah takde dah kat kampung tu tinggal arwah sorang je. Lahamdulillah perginya arwah pada hari Jumaat yang mulia di  bulan Ramadhan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Terlalu banyak kenangan bersama arwah kerana setelah bercerai dgn arwah tok, arwah mengambil keputusan utk tinggal bersama ayahku dan hampir 36 beliau bersama menetap dengan keluarga kami.

Al-fatihah.

0 cuit-cuit:

Post a Comment