Thursday, August 2, 2012

1st time makan nasi arab

Ari tu masa pi KB, kami berbuka kat Restoren A.M. Tarbush. Alkisahnya tak tau nak berbuka kat mana pastu ada yang suggest nasi arab. Gugel punya gugel keluar la restoren ni. Kira glamer jugak lah. Aku pun kol la, sekali lelaki cakap melayu ala-ala arab daa.

Rupanya tokei dia memang Arab mali lorr. Aku agak kahwen dengan org tempatan pasal anak ada muka arab, ada yg muka melayu.

Menu kami, chicken mandy, main order je nih hahaha.


Order air laicikang suam. Total semua RM 33.60. Not bad lah, portion besar gile, aku bagi kat PB separuh nasi tu.

Semalam pulak hari ke 12 berpuasa, PB ada program lawatan kat hospital pukul 5.30. Kebetulan ari tu aku guna kereta pastu petang tu aku gi ambik dia kat opis hantar pi hospital pastu aku tunggu je dalam kereta. Lawatan tu kejap je pun and alang-alang dah ada kat bandar nak merempit balik masak tu agak kelam kabut lah dengan ayam tak kuar freezer lagi. So decide solat asar kat masjid pastu kita makan nasi arab lagi laaaaah.

Lokasi pilihan, restoren Al-Edrus dekat bulatan Ladang :D



Order mandy chicken jugak dengan jus tembikai. Total RM 38. Aku lagi suka nasi Arab kat Al-Edrus ni tapi  rasa tak lari lah. Huhuhuhu. Maaf la ye kalu terliur. Aku pun terliur gak sebenarnya hahahaha.

4 comments: