Saturday, July 21, 2012

Ramadhan datang lagi :-)


Assalamualaikum dan salam ramadhan utk kawan2 blog ku.

Dah masuk ramadhan dah, begitu pantas masa berlalu. Saya ingat pesanan seorang ustaz, jangan lah kita leka dengan masa yang berlalu hinggakan tak sedar masa itu pergi begitu saja tanpa di penuhi dengan amalan-amalan yg boleh dijadikan bekalan di sana nanti. Aku tak kata orang, aku sendiri pun kadang2 tak sedar tapi kita saling mengingati.

Sempena bulan Ramadhan ni, aku dan Pakcik Botak nak ucapkan selamat berpuasa kepada sape-sape saje yg baca blog ni, mohon ampun dan maaf andai ada coretan yg mengguris hati, semoga kita kita dapat meningkatkan lagi amalan kita utk sama2 merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.

Tahun ni memulakan puasa di rumah mertua. Tahun ke 5 berpuasa berdua. Moga2 tahun dpn kami dapat berpuasa bertiga, insyaallah .



0 cuit-cuit:

Post a Comment