Sunday, July 29, 2012

Cuti-cuti Kelantan

Bulan puasa pun nak cuti-cuti jugak keww. Ala ada orang tuuuuuu 2,3 dah duk ajak pi KL nak beli baju raya katanya tapi aku malas plak pasla bulan puasa nak bersesesak-sesak jem adoyai. Ari Khamis tu kan balik awal pastu tetiba PB ajak gi Kota Bharu. Haaa kalu KB ok lah. KB ni antara destinasi favorite kami utk jalan-jalan. Ye lah dekat je kan lagipun banyak benda ada kat sana.

Sebeum gi tu aku book hotel dulu. Sebenarnya dah ada hotel pilihan pasal ari tu masa gi KB baru perasan hotel ni baru buka. Hotel tu adalah Khalifa Suites and Apartment. Buka website dia ada diskaun sempena tahun melawat Kelantan. Daripada RM220 dapat RM150. Pastu call buat booking dia kata RM120 je. Diskaun lagi ke?

Pagi Jumaat bertolak la kami ke sana. Eh tipu bukan pagi dalam kul 12 baru bertolak pasal ralit duk tengok Kasih Alia hahahaha. PB solat Jumaat kat Jabi. Smpai kat hotel dalam kul 3 lebih. Rupanya promosi sempena ramadhan. Hotel ni betul-betul depan masjid Muhammadi.



Betul-betul di tengah bandar, depan masjid, memang dekat kalu nak ke mana-mana. Bilik pun cun! Diingatkan berbuka dan sahur tidak disediakan ye. Kalu tengok brochure dia pun breakfast takde,mungkin sebab dekat dengan pelbagai kemudahan kut.


Nampak tak kipas tu? Mula-mula pelik jugak awat ada kipas? Aircond dah ada rupanya aircon tak berapa sejuk. Pastu petang tu bagitau reception, mai sorang tehcnician. Dah ok dah pastu, mungki sebab kurang service rasanya.


Ada pintu utk ke beranda kat luar. Overall aku berpuas hati dengan hotel ni. Dan next time for sure memang kitorang akan stay sini lah. Oh ye ada satu lagi hotel ni tapi kat Wakaf Che Yeh. Kalu korang nak ke Wakaf Che Yeh call yang sana lah ye, yang ni kat Kota Bharu.

Semena Tahun Melawat Kelantan ni meh aku promote sikit. Aku syorkan hotel ni kalu korang nak duk tengah-tengah bandar. Boleh contact no kat bawah :-

Khalifa Suites Hotel and Apartments,
Seksyen 7, Hadapan Masjid Muhammadi,
15000 Kota Bharu , Kelantan
Tel : 09-747 4977/4377/7677

Websites : http://khalifag.com

Yang  ni no tel yang dekat wakaf che yeh : 09-7461777

Kalu tak leh buka website tu korang gugel je nama hotel ni akan keluar la nanti sebab aku try gugel td takleh bukak lak.

5 comments:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete
  2. salam marina..menarik jugak hotel ni.. mana tau oneday dtg kelantan.leh pilih hotel ni

    ReplyDelete
  3. wa..... mana entry bab shopping ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha shopping apa nye .. beli beras je hahaha

      Delete
    2. hahaha shopping apa nye .. beli beras je hahaha

      Delete