Monday, July 16, 2012

Bunga durian

Org ganu panggil bunga durian. Kat tempat lain kalu tak silap kuih ros kan?

Alkisahnya pagi Sabtu yang lalu masa aku tengah menjemur kain kat balkoni (balkoni le sangat), dengar la org bagi salam tapi bukan rumah aku. Rupanya umah sebelah, tengok ada makcik bawak bakul dan plastik bimbit yg ada sesuatu. Pastu dia gi umah depan plak tapi umah depan tak buka pintu pun. Aku bajet kalu dia mai umah aku, aku nk tengok dia jual apa. Tapi dia tak dtg pun padahal gate memang dh terbuka. pastu nampak dia jalan ke kawasan rupan depan.

Sambil menjemur kain aku bgtau PB, kalu makcik tu mai aku nak beli tak kisah lah apa dia jual. Kesian tengok dia jalan2 tapi takdok org beli. Sekali masa dia nak pegi ke jalan satu lagi tu dia palingkan kepala , aku pun lambai.  Makcik tu mai lah rupanya dia jual kuih ni lah, bunga durian ada, kuih siput pun ada. Bunga durian ni sepeket rm7 rasanya, tp kalu 3 rm20. Ambik 3 terus la. Pastu dia tanya tak nak ke kuih siput utk raya. Aku kata boleh lah, RM40 sekilo.

Cadangnya nak bagi kat sape2 la dh 3 peket ni nak makan pun x abis aku berdua je kan.


Buh la sepeket dalam tupperware. Rasa seketul, eh sedapnyeeeee. Tak manis sgt dan yg penting ia tak menyakiti gusi hahaa. Sebab dia rapuh, penah makan dulu yg tebal skit kut, smpai mencucuk2 gusi. Sudahnya ari ni tinggal beberapa keping je lagi dlm bekas tu hahahaha, Kensel la nak bagi org, simpan utk raya hahaha. Tu pun kalu tak masuk angin hahahha.

7 comments:

  1. aku tgh pening kepala pk nama ni, setau aku, aku tak panggil bunga durian, apalagi kuih rose...ada satu panggilan yg aku lupa..tu la lama sangat dok indon hahahahahhaha, adoiii weiiiiiiiiiiii apa nii

    ReplyDelete
  2. ya allahhh baru ingat..tu pon sbb google..ok aku panggil kui loyang

    ReplyDelete
  3. Akak panggil kuih goyang juga, sebab kita kena goyang2kan dia masa nak leraikan dari acuan tu, kuih ros kadang-kadang tapi bunga durian tak prnah pulak dengar.. hehe. Rupanya di Ganu panggil gitu ya... lain dari yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha goyang2 acuan. penat giler tangan hahaha

      Delete
  4. tue kuih goyang...nak panggil apa pun tak apa janji sedapppp

    ReplyDelete

tima kaceh sudi komen, i love u olls!