Tuesday, June 12, 2012

M.A.I.D.

Aku baru selesai baca novel M.AI.D. 2,3 hari lepas. Best la jugak. Asalnya aku beli sebab tertarik dengan ketebalan muka surat dan sinopsis yg kelakar dan menarik hati. Dan yg paling penting nama watak adalah simple dan tidak berbelit lidah menyebut serta tidak nmpk sgt seperti nama rekaan yg canggih manggih tu. Aku kalu baca sinopsis tgk nama watak adalah super canggih berbelit mmg confirm aku tak beli ah hahahaha. Kalu nama macam biasa je, Nurul ke, Mamat ke, Harun ke haa tu ada kemungkinan aku akan beli hahahaha.



Keseluruhan ok lah novel ni tp macam terbuai-buai skit hahahaha. Kalu tak kawen lg mau berangan nih hahahaha. Ok, citer ni kisah dia si Noorul ni dia terdesak nak keja so dapatla keja sebagai maid kat rumah orang kaya la, bujang, dan hensem lagi hahhaa bernama Harris. Biasa lah kan kalu tak hensem mana blh jadik hero tp hensem dalam novel je lah bukan nampak kat mata pun. Ko sendiri bayang la camne tahap kehenseman si Harris ni hahahaha. Aku bayang macam Fahrin Ahmad kahkahkah! Si Noorul ni panggil Harris Mr. F iaitu Mr. Fussy hehehe. Harris ni ada adik yg suka kan si Noorul ni nama Haikal. See, nama rilek je abis canggih pun nama mak Harris la, Puan Sri Kirana hahahaha.

Nak dijadikan citer si Noorul ni suka kat Mr. F ni, dan pd masa yg sama Haikal jatuh cinta kat Noorul. Pastu ada org fitnah Harris ni kata dia simpan pompuan simpanan kat rumah dia. Biasalah mesti ada watak jahat  kan, dan akhirnya Harris kena kawen dgn Noorul ni sbb mak dia paksa walaupun mak dia tak suka Noorul dan dah ada calon dia iaitu sape ek lupa dah nama hahaha.

Dipendekkan citer, rupanya si Harris ni pun suka kat Noorul, hahahaha pastu ada lah adegan-adegan romantik jiwang yg kalu aku tak kawen lagi confirm berangan lebih hahahahahaha terutama masa dorang gi honeymoon huhuhuhu.

Kesimpulannya citer ni tak berat dan santai je cuma yg berat sbb tebal hahahhaa. Dari 5 bintang aku bagi 3 bintang  lah. Takde lah wow sangat tapi boleh lah sebab bukan kisah cinta yg meleret-leret sangat.

0 cuit-cuit:

Post a Comment