Wednesday, May 9, 2012

Tusyen

Sejak sebulan yang lalu, ni lah keja aku tiap-tiap malam kecuali malam minggu (Jumaat dan Sabtu). Alkisahnya pemaju rumah yang aku ni, isteri dia tau aku tak keja so dia citer dia tengah cari cikgu utk anak-anak dia. Nak mintak tolong tengok-tengokkan buat keja sekolah. Dorang dah ada tusyen lain tp ni nak mintak ajar buat keja sekolah je sebab kalu takde orang tunggu dorang tak buat.

Aku paham sangat la kalu budak2 ni, nak-nak depa ni anak orang kaya. Mak dia kata kat umah duk main game, FB la. Budak-budak ni pun bukan orang lain dengan aku, sedara sabit jugak lah. Makcik dia kawen dgn pakcik aku, walaupun xde kena mengena tapi sokmo gi mari kata org ganu.

Start dr bulan lepas, dorang mari 3 org. Irfan, Sarah dan Aves. Irfan dan Sarah adik beradik. Aves tu sepupu dorang. Pastu jiran umah sebelah tengok ada budak mai malam-malam dia pun nak hantar jugak. Anak dia 2 orang, Qayyum dan Nabil. Aku kata ok, lagipun Irfan dgn Qayyum satu kelas. Jadi semua sekali 5 orang.

Ko bayangkan lah budak2 yg suka bercakap, memang tak berenti cakap. Adoyai mau pecah umah aku. Tapi aku suka la kalu tak sunyi je aku dgn PB.


Malam tadi Irfan tak mai pasal dia ada lawatan sambil belajar ke Langkawi. Kena concentrate pd Irfan dan Qayyum psl tahun ni nak ambik UPSR. Soalan darjah 6 susah giler wei. Ada yg aku takleh buat pun ada.

Gaji pun dah dapat yg bulan lepas punya...Haaaa panjanglah akal ye nak beli apa kahkahkah.

2 comments: