Thursday, May 17, 2012

Hadiah hari guru

Selamat hari guru kepada semua guru-guru yg pernah mengajar aku dulu. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.

Masa sekolah rendah antara subjek yg aku paling suka adalah muzik. Cikgu muzik yg ajar kitprang masa tu Cikgu Law Chai Ching. Muda lagi dia masa tu. Kalu tak silap masa darjah 4. Dari tak kenal rupa note muzik sampai lah boleh baca dan main rekoder dgn terer nye. Waahh best sgt main rekorder nih hahahaha. Tapi dengar2 Cikgu Law Chai Ching dah meninggal 2,3 tahun lepas.

Sekarang ni pun masih minat dgn muzik nih dan aku ingat nak belajar main gitar. Sempat belajar jap dgn adik aku ari tu tp sekejap je, dah lupa dah. Lagipun ada sebijik gitar yg abg aku bagi kat adik aku tapi adik aku tak guna, aku dah bagitau nak ambik gitar tu nak belajar main tp tak ambik-ambik lg.

Ok, masa sekolah menengah aku paling tak suka cikgu sejarah masa form 2 dan form 3. Cikgu yg sama je, dia suka denda yg memalukan kitorang hahaha. Joget lambak lah, jalan itik keliling bangunan la masuk kelas org lah ahahaha malu tau. Ramai yg tak suka  bukan aku sorang hahaha. Ok satu lg aku suka Ustazah Norhayati. Masa tu Ting 2, beliau  mengajar Nahu Bahasa Arab. Masa tu dia pregnant, pastu aku nak sangat bagi hadiah. Mintak tuala dgn mak nak bagi kat ustazah, pastu kait sekuntum bunga letak kat kad.

Panjang plak citer, sebenanrnya aku pun dapat hadiah jugak sempena hari guru ni hahaha.


Besarnye apa tu ?


 Aves je yg bagi ambik gambar dia, irfan tu pun sebab dgn Qayyum. Sarah malu2 kucen plak ekekeke.


Drpd Irfan, Sarah dan Aves.


Ni Qayyum dgn Nabil yag bagi. Sebijik tipuware tupperware dan fridge magnet Hollywood. Hahaha bapak dorang pi US baru balik, bestnyeeee Qayyum duk cite bapak dia p Los Angeles, San Fransisco dan Las Vegas sampai tergeliat lidah excited nak citer  kat cikgu hahahaa berebut-rebut dgn adik dia si Nabil nak citer ekekeke.

Terharu la jugak weh walhal buat homework je hahahaha. Kalu cikgu-cikgu kat sekolah mesti penuh hadiah kan hehehe.


1 comment: