Thursday, April 12, 2012

Redang Clean Up Campaign 2012

Super duper busy sebulan dua ni. Adoi.. Rumah pun ala-ala terbiar je hahaha. Bersepah. Maleew la kalu org mai. Hari Jumaat balik dari Penang, hari Ahad PB sms.

'Esok kita gi Pulau Redang, lusa balik.'

Waaahh bestnyee, dah lama aku nak gi pulau nih. Walaupun hanya 1 malam tapi oklah. Benda free kan hahahahaa. Sebenarnya PB ganti bos dia dan jugak boleh bawak isteri. I like ! tujuan utama adalah untuk bersih kawasan Pulau Redang. Kempen ni anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Aktiviti ni kalu tak silap setahun 2,3 kali gak la. Tahun lepas PB tak join pasal clash dengan program lain.

Pagi-pagi lagi driver dah tercongok depan pintu. PB ni salah dengar maklumat, org kata 8.30 nak turun dr rumah dia bantai 8.30 kumpul kat jeti. Sudahnya belum pukul 7 driver dh sampai haha aku pun terpisat pisat ngantuk lagi.


Yang pegi ni mostly lelaki la. Perempuan nya termasuk isteri pegawai 6 org je. Aku duk belah dalam. Sib baik tak pening.


Laut yang tenang jang disangka tak bergelora. Gelombang agak kuat jugak lah weh, terhentak hentak.



Oh aku suka sangat bunga ros jepun nih. Nanti nak tanam lah banyak-banyak macam ni.


Adoyai dah macam minah senget dah hahahahaa. Gi pulau tak yah cantik-cantik lah hahahaaaa.











Sampai tu hujan, makan-makan dulu kul 2.30 start gotong royong. Sampah takde lah sangat pasal diorang memang jaga  kawsan ni cuma buang pokok-pokok dan tebas-tebas mana yang patut. Aku pun join jugak ye, hehehe. Cik Abang, sila kaver perut hahahaha.



Aku suka pokok nyor senget nih.


Pentipu sangat, tak tido pun.


Manusia adalah super duper ramai okey. Mostly chinese dan mat saleh pun ada. Kitorang stay kat Redang Lagoon. Bilik ku betul2 tepi pantai. Malam dengar la bunyi ombak menghempas, hehehe seram pun ada takut tsunami hahahaha. Kebetulan masa kitorang gi tu asyik hujan je.



Hari last, bersantai sementara tunggu makan tengahari. Sempat khatam sebijik novel.

Oh best sgt. walaupun cuma 2 hari 1 malam. Yg tak best adalah manusia sangat ramai dan kat sini tak kira maghrib ke zohor ke bising je. Dengan lagu nya dengan org mandi laut nya. Ye lah pelancong ni bukan tau masa.

Tercapai wishlist tahun lepas haahahahahaha.

2 comments:

  1. mcm best je.. warna kuning warna baju yg sangat menyerlah.

    semoga kekal selamanya. insyaallah.

    ReplyDelete
  2. jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv .ESPN,STAR SPOTS ,EUROSPORTS dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

    ReplyDelete