Sunday, April 29, 2012

Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon

Kalu nak diikutkan ini kali ke berapa puluh dah. Bagi aku, honeymoon tu bermaksud ke mana saja aku pegi asal berdua dgn Pakcik Botak.

Ok, nak cite psl 2nd honeymoon ni, sebenarnya ni program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dgn kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan LPPKN Negeri Terengganu. Nama penuh program ni Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon untuk penjawat awam negeri. Aku tak pasti negeri lain ada buat ke tak tapi kalu Terengganu banyak kali dah. Kalu yang Kerajaan Negeri anjurkan hanya utk penjawat awam je tapi orang awam boleh join jg tapi kena pegi dekat YPK. Dorang ada kursus 1 hari dan nanti peserta kursus tu akan dihantar utk program 2nd honeymoon ni tapi hanya utk yg berkahwin bawah 5 tahun sahaja. Kalu yg kerajaan negeri ni tak kira kau kahwin 30 tahun pun boleh tapi atas jemputan la dan ikut turn la.

Program ni 3 hari 2 malam di Arwana Perhentian Eco Resort. Cantik gilerrr tempat tu, air laut biru je. Dari Kuala Terengganu kitorang berkumpul di YPK, tinggal kereta kat situ pastu naik bas ke jeti di Kuala Besut. Perjalanan naik bot lbh kurang setengah lebih dan alhamdulillah tak mabuk sebab air tenang dan bot agak laju berbanding masa aku gi Redang ari tu hahahahaha.

Ok kisah honeymoon ni pjg skit sbb nk kongsi apa activity sepanjang 3h2m tu.

Day 1

Sampai kat Pulau Perhentian dalam pukul 2 pm, dapat bilik, makan tengahari, solat pastu kumpul kat dewan utk aktiviti pertama.



Pantai nya cantik sangat, biru je..


Ni bilik kami. Setiap peserta dapat mcm ni lah. Tuala pun jadi  udang galah hahahaha.




View dari bilik.

Bengkel pertama adalah suai mesra dan cakna pasangan. Semua sekali 30 pasangan so setiap pasangan akan bangun perkenalkan diri dan beritahu keistimewaan pasangan masing-masing. Hehehe yang lawak pun ada. Ada suami isteri tu yg paling lama kahwin 30 tahun. Isteri dia bagitau keistimewaan pasangan dia adalah tiap2 malam mesti akan nyanyi lagu hindustan sblm tido haha, dan pakcik tu terus nyanyi 1 lagu hahaha.

Malam pulak ada candle light dinner. Suami-suami tggu dilobi sementara para isteri siapkan makanan. Hanya ada 1 pinggan, 1 sudu, 1 pisau,1 gelas, 1 mangkuk. Pandai-pandai lah makan. Maksudnya kat sini kena suap menyuap la hehehehe. Ala bukan tak biasa kan.





 suap menyuap la kita..

 Noma dan aris yg super lawak. Boleh masuk super spontan nih hahahaha.

Tak panas ke bang ? hehehehe

Day 2

Pagi pegi sarapan, pastu sambung bengkel. Bengkel pagi ni adalah Pengurusan Konflik dan Stress. PAstu rehat pastu sambung lagi bengkel kedua iaitu Pengurusan Sumber Kewangan. Ok bengkel ni dia bagi kita satu borang dan cek olok-olok rm6k dan kita kena isi segala perbelanjaan bulanan kita dalam borang tu pastu tolak dengan cek yang dia bagi tu. Hehehe bagus jugak ni, aku ada idea nak buat kira-kira kat rumah nanti.

Kemudian suami dan isteri kena buat kad penghargaan utk pasangan masing. Kaum suami duk hujung sana, kaum isteri duk hujung sini. Urusetia dah bawak kertas warna, pecil color, krayon dan macam-macam alatulis. Kemudian tulis dalam kad tu 5 penghargaan dan 5 harapan utk pasangan masing-masing. Kemudian kena cari hadiah utk pasangan masing-masing. Hadiah tu mesti lah diperolehi dari sekitar pulau ni sahaja, suka ati la bunga ke pokok ke batu karang ke. Tempoh masa utk cari hadiah smpai 6.30 petang dan hantar pd urusetia. 

Pastu kaum suami pi solat jumaat kat Pulau Perhentian Kecil, kaum isteri ada yg siapkan kad, ada yg cari hadiah. Aku dah siap kad so balik bilik lepak dalam bilik. Hadiah nanti cari sama2 PB nanti petang. Pas solat jumaat sambung bengkel sekejap sebelum berkumpul utk snorkeling!

Best sangattttt! tak terkata ! Ini lah yg aku wish dr tahun lepas nak pi pulau nak buat semua ni lah. Alhamdulillah tercapai tahun ni dan yg paling best adalah FREE! Gambar snorkeling ada dalam kamera urusetia, kena pi pejabat dia mintak.

Malam tu ada candle light dinner lagi tapi kali ni para suami plak yang hidangkan makanan dan jemput isteri kat lobi. Hehehehe. Memang romatik habis hahahaa.



 Ni kad yang aku buat utk PB.

 Ni yg PB buat utk aku.


Yang comel ada love tu sudah semestinya yg aku buat hehehehehee. Batu karang kat atas tu adalah hadiah utk kami berdua. Sehati sejiwa la katakan pilih hadiah pun sama hahahahaa.

Malam tu juga ada sesi potong kek. setiap pasangan dipanggil dan potong kek pastu ada la tukang ambik gambar. Dan kami juga diberi sepasang tshirt utk dipakai keesokkan harinya.

Pas makan masuk bengkel ada activiti Dancing Therapy. Hahaha bukan dancing dancing cam biasa tu ye. dancing ni lekatkan tapak tangan dgn pasangan masing-masing dan gerakkan ikut lagu yang dimainkan. Banyak maskud tersembunyi didebalik xtvt ni.

Day 3

Hari last ni xtvt ada satu je iaitu Ikrar Cinta. Setiap orang diberikan kad dan masing-masing kena tuliskan ikrar cinta kepada pasangan masing-masing. Kena luahkan apa yg nak diluah. Oh sesi ni paling touching. Teringat kesalahan yang telah kita lakukan kpd pasangan dgn lagu yg syahdu huhuu memang mengalir air mata tapi ada jugak sorang pak lawak hahahaha. Sape lagi kalu bukan Aris suami si Normah. Hehehe time dia bagi ucapan pun dalam tgh feeling sempat lagi buat lawak. Tapi mostly memang sangat touching. Kita yang masih muda ni ok je kan tapi ada yg dah lama kawin masa ni lah dorang nak luahkan. Yg dah kawen 20, 30 tahun kawen pun ada. Sambil dengar ucapan sambil kesat air mata.

Pas tu sesi perasmian penutup oleh YBhg Dato' SUK dan pembahagian sijil serta gambar masa potong kek tu. Gambar-ga,bar lain kena pi ambik kat pejabat YPK cucuk pendrive je hehehehe. Sebab kitorang ni mana sempat  nak ambik gambar semua xtvt kan so dorang dah ambik gambar siap-siap.


Si suami baju putih si isteri baju hitam ye. 

 Ni la pelamin tempat lafazkan ikrar cinta.



Gambar potong kek yang telah diframe kan. Feeling la ye, kita dulu tak potong kek puuunn heheheehe.

Pastu balik la, sampai di jeti Kuala Besut dalam pukul 4.30. Sampai K.Trg kurang 10 minit pukul 6, pegi kenduri kawan jap pastu balik. Kepala dah pusing. Apapun ini adalah antara percutian terbaik yg pernah aku join. Best sangat!

Catatan ni hanya utk kenangan ku di masa hadapan.

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. so sweettt la darling...nak join jugak tp apakan daya..;-((

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah satu hari nanti giliran awak akan tiba..Allah maha kuasa kita hanya berdoa ye sayang :)

      Delete
  3. bagus kerajaan negeri Ganu kite ni buat program camni.
    sambil2 g kursus boleh bercuti skali kan? hehehe

    ReplyDelete
  4. serius...nih first time su tau pasal program ni...memang best lah awak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cek kat perlis ada x buat program mcm ni?

      Delete