Thursday, April 5, 2012

Makan-makan di Pulau Mutiara

Ari tu ada terbaca kat satu blog, dia kata kalu pi Pulau Pinang tapi makan KFC memang tak patut la hahahaha. Betul lah kan, Pulau Pinang ni syurga makanan kata orang.

Hari pertama dah pekena nasi kandar kat bawah Komtar. Sebab lapar sangat baru sampai kan, makan mmg
tak toleh kiri kanan. Hahahaha. Kitorang stay kat Traders Hotel, Georgetown. Sebelah ada Komtar dan 1st Avenue. Ye ke nama shopping complex tu. Pragin Mall sebelah jugak.

Hari Rabu habis je PB keja, kitorang kuar le. Target nak gi Padang Kota. Nak makan pasembor. Dekat je rupanya.


Kena pilih-pilih rupanya. Kalu kat Trg ada 1 tempat jual pasembor dia letak je sbb tak banyak mcm sini.


Satu pinggan ni kena RM15. Ambik sotong, udang, ketam tak ambik lah xtau nak makan camne nanti. Hehehe sedap laaaaa.


Setelah di gugel, ramai kata Hussein ni sedap. memang sedap pon hehehe. Tak lupa juga, kami order char kuey teow. Terkejut tengok bila sampai.


Udang bapok besor! Aku tak pernah makan char kuey teow udang besar gini. Dalam gambar ni tak nampak sangat kan tapi dh macam udang galah besarnya. Harga RM8/sepinggan. Ok lah dgn udang besar tu. Ke harga murah  lagi? Terasa sangat udangnya makan ni.

Okeh, perut dah kenyang, moh le kita balik. Nak jalan-jalan cuci mata dah malam. Ingat nak round2 kat 1st Avenue tu or Komtar, PB nak survey harga screen protector tab  nih.

Sebelum balik kita ambik gambar dulu skit.



Hari ni nak pi cari laksa plak hehehehee.

5 comments:

  1. kty paling suka cuti2 kat penang..sbb dpt makan sedap2..paling suka makan nan chesse tandori kat kapitan jln chulia..

    teringat2 lagi nie..takpe nanti sept kty g penang harus ke kapitan

    ReplyDelete
  2. ari tu ade kwn balik penang..en somi sya siap order pasembur wat balik putrajaya....papepun pasember pulau pinang mmg the best!

    ReplyDelete
  3. waa...lamanya tak makan pasembur..sedap betul nampak pasembur tu

    ReplyDelete
  4. Selalu ingatkan char kuey tiow dengan kerang je. Besar udangnya tu puas makan.

    ReplyDelete