Wednesday, April 25, 2012

Lama tak masak-masak

Bukan lama tak masak tau. Jangan salah paham kata aku tak masak plak. Masak tu macam  biasa la, of kos hampir hari-hari la. Dah ko jadi suri rumah sekarang kan, so masak lah utk makan petang suami balik nanti kan. Tapi masak simple je, ikut apa yg ada hahaha takkan nak buh dalam belog gak  kan kihkihkih.

Ni bila punya  ntah, aku tak rasa nak makan nasi, PB pun sama. Teringat ada kentang 2,3 ketul dgn daging cincang. Ok, kita buat cekodok ayam atau bahasa ganu nye jemput-jemput ayam.


Cara buat nya sama mcm nak buat begedil tu cuma takde telur. Rebus je kentang tu pastu lenyek dgn ayam atau daging cincang atau kalu rajin beli ayam pastu cincang sendiri. Aku malas, so beli yg siap cincang hahaha.

Pastu letak garam, lada hitam, sayur mayur apa yg nak letak. Biasa aku letak karot, daun bawang, daun sup. Pastu sudukan ikut suka hati nak besar mana.


Pastu bakar dalam oven 40 minit suhu 180 darjah atau suka hati la suhu brp pun asal masak ye.


Ok, dah masak. Sebenarnya lagi sedap kalu guna daging. Terasa sikit dagingnya tp  ni pun sedap. Aku  guna 4 biji kentang banyak jg dapat. Kenyang macam makan nasi.

3 comments:

  1. uiii...buat lauk mkn dgn nasik pun sedap ni kan?

    ReplyDelete
  2. Salam, wahhh.. bagus ni, bakar ingatkan tadi nak goreng, hehe

    ReplyDelete