Saturday, April 7, 2012

Citer Pulau Pinang lagi

Alang-alang dah ada gambar meh kita tepek kat blog je lah. Simpan buat apa kan.

The next day (Khamis) PB abis sampai tengahari je. Aku dah tanya dia pagi tu ari ni abis sekerat ari je kan? Dia kata macam biasa kul 5. Sekali tengahari bunyik loceng bilik. Hahahaha tepat sangkaanku.  Mula-mula cari makan dulu lah.

Makan nasi kandar lagi pastu round-round ke Queensbay Mall. Cuci mata je tapi sesat plak dalam tu nak cari parking. Lupa kitorang dari mana sebab ada central zone, north zone, south zone. Adoi dekat sejam jugak pusing-pusing. Last2 zikir2 baru teringat hahahahaa.

Dah sesat tu lapar plak, nak gi Persiaran Gurney tapi entah tak jumpa padahal tak jauh pon. last-last gi Padang Kota balik lah, nak makan laksa. Ok sampai je kita order laksa dgn coconut shake.

 Oh sedapnyeeee..


Beli jeruk skit. Beli kat Padang Kota tu je, sebab dah malam. Ween sajes beli kat Chowrasta tapi lewat takut tutup lagipun bukan nak beli banyak pun. Aku beli campur-campur dalam 2 kg je.

Hari last cadangnya pas brakfast terus valik lah. Awal skit sampai nanti. Masa tengah breakfast ada suami isteri ni duk meja sebelah. Laki dia Chinese tapi bini mat saleh. Tengah-tengah makan sekali bini dia tegur. hahaha katanya dia suka tudung aku. Tapi dia sebut skarf  la. Tanya beli kat mana  bla bla bla cite sembang skit. Hahaha lawak lah. Tudung hijau ni aku beli dengan fiza.






Perjalanan balik lancar dan tak banyak berenti pun. Berenti kat hentian Titiwangsa tu je utk pi toilet jap. Pastu ambik gambar. Aku suka la pokok giant fern ni. Tanam kat umah best nih Hehehhe.

Ok tu je sampai Trg pukul 5 lebih singgah umah mak hantar jeruk pastu balik. Oh lupa sebelum tu pi makan sate, tapi next entry lah.

4 comments:

  1. Wah..saya suka pergi Padang Kota bedal kerang bakar!

    ReplyDelete
  2. Penang tmpat fav akak. Klu jln dlm queensbay tu mmg kena cam betul2 msuk dr mn klu tak, tak jumpa pintu keluar. Hehe

    ReplyDelete
  3. oohh tergoda ngan laksa tuuu

    ReplyDelete