Friday, March 23, 2012

Shopping di Pasar Nelayan

Pasar Nelayan ni kat Pulau Kambing, dekat jeti pendaratan ikan la. So kat bahagian depan tu dibuat macam pasar tapi harga murah dari harga beli kat pasar biasa la sebab betul-betul baru angkat dari kapal. Peniaga-peniaga pun beli kat sini.

Dah lama nak gi sebenarnya, pukul 7.30 tadi kitorang gi. Ramai gileeerrr orang. Sebab hari Jumaat dan baru dapat gaji ekekekee.


Banyak rupanya. Aku pun baru tau macam ni rupanya. Murah sudah semestinya. Aku nak cari ikan, sotong dan udang. Round punya udang tak banyak yg besar. Ada yg kecik-kecik RM5/kg. Last-last jumpa tapi harga mcm tak murah mana pun. Agaknya udang memang mahal kut. Huhuhuhu beli sekilo RM21, saiz paling besar.  Mungkin lewat jugak udang dah habis, kena awal sebelum kul 7 patutnya aku datang.




Round lagi cari ikan kembung dgn sotong. Beli sotong 1 kg RM14 dapat 10 ekor. Ikan kembung sekilo RM8. Ikan selayang RM4 je sekilo tapi aku tak beli la pasal dah beli setengan kilo kat pasar malam 2 hari lepas. Kat pasar malam RM4 baru setengah kilo huhuhu. 

Balik rumah siang ikan, basuh bersih-bersih.

 Hasil rembatan yang bernilai RM43. Murah la kut.


Siap-siap untuk disimpan dalam freezer. Ni stok untuk 1 minggu lebih ni, melainkan masak hari-hari seminggu dah habis. Lama-lama sangat tak best jugak kan.

Selamat memasak!

1 comment:

  1. husband saya suka gi jeti macam ni utk beli ikan..

    ialahhh.. udang skrg mmg mhl..

    ReplyDelete