Thursday, March 1, 2012

Majlis Santapan bersama DYMM Sultan & Sultanah

Ni malam tadi punya majlis. Persiapan nya dah lama. PB kena join persembahan. Silat and dikir barat. Hari-hari latihan, balik umah asyik duk iyah iyah berlatih silat depan aku. Hahaha nk tergolek suka pun ada hehehehe.

Pegawai yg buat persembahan kena gi awal sblm maghrib  utk siap2 kat sana. Jadi isteri-isteri kena pandai-pandai gi sendiri lah. Nasib baik rumah aku dgn rumah Salwa tak jauh, so hantar PB gi umah Salwa, dia gi dgn Azhar suami Salwa. Pas maghrib aku dan Salwa baru bertolak pastu ambik sorang lagi wife TCS baru, Samsinar kat kuarters Jln Kamaruddin.

Aku ni duk mikir jugak nak pakai baju mana ye, ambe ni takdok sangat baju glamer-glamer ni. Baju kain cotton banyak lah, takkkan gua nak pakai baju cotton g dinner plak adoyaiii! Ni 1st time aku gi majlis dgn Sultan ni. 2 tahun lepas aku tak pegi pasal masa tu takdok geng huhuhuhu.

Sampai je kat dewan SUK kitorang cari meja siap. PB dah bagitau isteri2 TCS yg buat persembahan duk kat meja mana so terus gi cari meja. Dan seperti biasa memang aku dgn Salwa duk sebelah menyebelah sebab nama suami2 kami kalu dalam senarai memang sebelah menyebelah.

 meja santapan tuanku atas sana, kitorang pacal yg hina duk bawah.

 The wives. Samsinar, Kak Nor and Nurul.

Aku dan Salwa, Cantik lah Salwa ni, nama secantik tuannye. Aku sempat mekap mata dia wat simple smokey hehehehe


Simple soft smokey utk Wa, xdan nk buat lebih2 psl duk kejar masa. Huhuhu, best sgt mekap Wa nih, kulit cantik, mata bundar huhuhuuhu. Cantik mcm bidadari. Mcm ko penah tgk bidadari kan, hahaha tp perumpamaan la sbb dia ni cantik sgt.

 Persembahan pertama ialah persembahan joget-joget dari Suktra.


Appetizer. Apa nama tak tau sbb xdok tulis. Yg bawah tu mcm pastry puff tu pastu udang celup tepung dgn pokok-pokok. Tak sedap mana pon weh. Ni 1st time aku makan org hidang satu2 mcm di hotel tau. Tetiba teringat Hell's Kitchen bila waiter mai hantar satu2 makanan ni hahahahaa. Merasa la ko makan mcm org kaya walhal nan hado hahahahaha. Al darats sekejap hahahahahaa.

Yg ditunggu-tunggu. Teng teng tenggggggg..

Persembahan silat oleh TCS hahahaha. Ko nampak tak PB ka tepi belah kanan tu hahahahaa.


Sementara menegok persembahan silat, joget  tu makanan seterusnya pon tiba.  Ni sup apa ni hahahaha. Series wei sekali lg aku teringat Hell's Kitchen. Ni sup apa ntah, aku rasa sesudu, boleh kut tp tak brp nk leh telan. Sekali nmpk tiram sekor kat dalam tu, huhu terus tak leh makan hahahhaa. Al jakun nye ko ni marina weiiii hahahahaha. Masalahnya bukan aku sorang, sebelah aku, depan, tepi pun tak leh makan hahahaha. Sian waiter tu hantar penat je tp tak luak pon. Hahahahaha nasib leeww.


 Tak yah susah-susah ko nak berebut kusi. Nama dah siap tag dah.

Ni yg paling ditunggu-tunggu. Akak ELLA in da houseeeee!!! weeee cantik la Ella ni.


Series wei, keciknye Ella ni. Harap kasut je tinggi nak mam. Tapi memang kecik comel je. Suara dia pun sedaaaap. Rambut dia lawa. Tetiba rasa nyesal sbb baru potong rambut hahahahaaha. Padan muka aku.


Sementara layan acik Ella nyanyi sampai lak main course. Main course katanya. Nampak sedap tapi memang sedap pun cuma x suam. Sejuk sikit. Aku rasa kalu suam tu mungkin lagi sedap. Banyak songeh ko ni marina. Ko bayang camne dia nak maintain panas makanan tu. Jawabnye menunggu le ko nak makan. Dada ayam ni garing kat luar pastu sos tu mcm campuran cheese dgn krim kut tp best la. Tapi tak habis makan juga psl lenguh tangan duk menghiris dgn pisau, maklumle pisau tumpul hahahahahahaa.


Acik Ella, nak saiiiiiinnnnnnn!


Dessert. Bekas tu white choc. Keras la wei, aku siap ketuk-ketuk tak pecah juga. Last2 makan buah je. Aku tak brp gemor dessert yg mcm ni. Aku suka agar-agar laici hahahaha.


Aku nak la ajak Wa bergambar gila-gila skit tapi si Wa ni pemalu sangat huhuhu. Jauh nye beza perangai aku dgn Wa, mcm langit dgn  bumi. Lemah lembut, very soft spoken.


 Di belakang tabir duk bersilat 2 orang pendekar.



TCS yg membuat persembahan. Silat, gamelan, tarian dan nyanyian. 3 gambar di atas credit to FB Azmidi.

Dah selesai majlis, Sultan dan Sultanah pon kuar. Sekali TCS ni kena mengadap plak. Isteri pon sekali la. Ahh sudah. Ketar lutut aku wei nak hulur tangan salam dgn Sultan dan Sultanah. 1st time aku tengok live ni dan 1st time nak salam ni. Sudah salam tu lutut aku bergegar hahahaha. Macam nak gi interview keja debornye. Si Salwa lagi lah sampai sejuk tangan. Siap isteri MB kata ' sampai sejuk tangan. Hahahaahaha.



Cantik nye dorang ni kan. Atas tu dgn Salwa, bawah dgn Analita. Dua2 ni dah beranak 1 tapi slim melim.

Selesai majlis balik. Ok bai.

2 comments:

  1. Marina, kau pun cantik jugak ok..."U r kind, U r smart, U r Important"..hehehe tiru ayat filem The Help :P tapi honestly kau pun cantik la, luar dalam, pandai masak, pandai ngait..pandai berblog..serba serbi, eh tu tudung yg beli online ke?

    ReplyDelete
  2. Women's shoes now look about in Bale as well. Asics OnitsukaThe shoes company was in actuality transformed utilizing the intro belonging toward Bale shoes even in spite within of the actuality that within Franklin and Marshall hoodies of your market. The Bale shoes have been completely released bearing a hip and trendy look. the north face
    It may possibly be pointed out that in spite within of the actuality the simple fact that

    ReplyDelete